DUN BAGAN PINANG – UMNO sudah habis ‘gas’ ?
PAS khawarij menyifatkan UMNO 'sudah kehabisan gas oksigen untuk bernafas' kerana mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam PRK Bagan Pinang. Begitulah kata Ketua Penerangan PAS khawarij, Idris Ahmad.
Idris masih mengulangi isu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat bahawa Tan Sri Isa tidak seharusnya menjadi calon BN, imej UMNO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.
Pencalonan Tan Sri Isa telah menggambarkan bahawa UMNO sudah kehilangan pemimpin yang berwibawa dan bersih dari segi moral dan rasuah.
"Sedia maklum DUN Bagan Pinang mempunyai ramai pengundi tentera dan mereka adalah orang yang berdisiplin dan bermoral tidak akan rela berketuakan orang yang telah terpalit dengan rasuah," kata Idris. KLIK
Nampaknya PAS khawarij sudah merasakan akan menerima tamparan hebat apabila Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN. PAS khawarij sudah mula berjinak-jinak untuk meraih undi simpati dari pengundi-pengundi Tentera dan Polis.
Apa lagi yang dapat dibuat oleh PAS khawarij untuk kempen memburuk-burukkan calon BN, hendak bawa isu ke kampung-kampung mereka tahu pemilihan Tan Sri Isa berdasarkan kehendak masyarakat akar umbi, bukan berdasarkan kroni kepimpinan UMNO.
Apatah lagi Bagan Pinang adalah kampung halaman Tan Sri Isa, kemahuan dan kehendak pengundi tempatan berdasarkan khidmat Tan Sri Isa sejak tahun 1982 lagi menyebabkan mereka sudah melupakan serta memaafkan kesalahan yang tercatat dalam sejarah karier politik Tan Sri Isa sebelum ini.
Inilah budaya yang diamalkan oleh UMNO, orang-orang Umno sememangnya senang melupakan dan memaafkan serta tidak terus menghukum seseorang yang sudahpun menjalani hukuman.
Tidak cukup dengan isu Tan Sri Isa, Idris Ketua Penerangann PAS khawarij buat pula cerita Datuk Noh Omar mengugut pengundi serta mengekang pegawai kerajaan dan tentera dari menyokong PAS khawarij dan ‘pakatan rompak’, kerana UMNO-BN sudah tidak yakin Tan Sri Isa mencapai kemenangan.
Apa lagi kata Idris, “rakyat Malaysia sebenarnya dimundurkan dengan tindakan serta cara berfikir Menteri 1Malaysia UMNO-BN." KLIK
Begitulah jahat dan liciknya PAS khawarij membuat fitnah, tanpa mereka sedar PAS khawaijlah sebenarnya telah memundurkan serta menjumudkan pemikiran rakyat dengan menjual agama Islam untuk jawatan dan kuasa, khususnya bagi rakyat di negeri Kelantan’serambi Mekah’ kata Nik Aziz.
Bagaimana PAS khawarij memundurkan dan menjumudkan pemikiran rakyat Malaysia ?
Tan Sri Isa PAS khawarij telah melebelkan lebih dari seorang penjenayah yang pernah dihukum penjara, sedangkan Anwar al-jub pengkhianat adalah seorang penjenayah liwat dan penzina isteri orang diagung-agungkan, malah diangkat sebagai Ketua Penasihat Pakatan Rakyat. Malah ramai lagi dikalangan pemimpin-pemimpin PAS khawarij yang berjubah, berserban, berjanggut dan berjambang yang rendah moral dan akhlak dijadikan pemimpin dalam parti mereka.
Di negeri Kelantan, PAS khawarij telah memundur dan menjumudkan pemikiran rakyat Kelantan dengan janji-janji ‘syurga’ oleh mursyidul amnya Nik Aziz, sehinggakan beratus ribu rakyatnya berhijrah ke negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO-BN untuk memajukan diri dalam sektor pekerjaan, usahawan dan perniagaan.
Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, memperlihatkan wakil-wakil rakyat PAS khawarij tunduk dan bacul apabila berdepan dengan kuasa DAP komunis dan PKR pengkhianat walau pun agama Islam dicerca serta dihina, maruah dan hak bangsa Melayu-Bumiputera dilacur kerana jawatan dan kuasa.
UMNO dikatakan kafir serta assobiyah kerana meletakkan asas perjuangan kepada bangsa Melayu-Bumiputera, sebaliknya PAS khawarij lebih mesra bersekudukan dengan DAP komunis walaupun sedar DAP komunis juga lebih mengutamakan perjuangan untk kaum Cina sahaja. Tidakkah DAP komunis lebih kafir dan assobiyah ?
PAS khawarij telah memecahbelahkan perpaduan umat Islam di Malaysia dengan semaian kebencian serta permusuhan sesama umat Islam dengan fatwa Nik Aziz bahawa pendokong-pendokong UMNO tidak akan boleh membawa ke akhirat, tidak akan dapat masuk ‘syurga’, lebih mudah mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dari kaum kafir.
Apakah rakyat, khususnya umat Islam sedar bagaimana pemimpin-pemimpin PAS khawarij ini memundur dan menjumudkan pemikiran rakyat Malaysia dengan dakyah-dakyah songsang yang berlandaskan hokum agama untuk mendapatkan kuasa.
Cuba kita renung bersama, apakah wakil-wakil rakyat PAS khawarij benar-benar menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan rakyat ?
Atau
Hanya datang merayau-rayau mengadakan cermah menipu disegenap pelusuk kampung pada waktu malam, membawa cerita berunsur fitnah, memaki hamun orang lain dan hanya tahu mengutip derma dari penduduk kampung dengan alasan untuk ‘berjihad’ ?
Merekalah petualang sebenar yang selama ini telah memundurkan orang Melayu dan rakyat, apabila rakyat memberi mereka kuasa, mereka gagal serta buta dalam melaksanakan tanggungjawab untuk membangunkan kesejahteraan rakyat dan Negara.
Sesunguhnya kepimpinan UMNO-BN sejak dari mula merdeka lagi sentiasa mendahulukan rakyat serta mengutamakan pencapaian perlaksanaannya dalam membangunkan sebuah Negara Islam yang maju dan moden.
Kerana slogan ‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ maka UMNO-BN memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calon di DUN Bagan Pinang, itu kehendak suara rakyat setempat, bukan kehendak suara kroni pemimpin-pemimpin UMNO-BN, PAS khawarij perlu tahu itu…………
8 comments:
Memang betul tu. umno dah terlampau terdesak nak menang sampaikan calon yg rasuah pun dipilihnya. Bn boleh memang hanya disbbkan undi pos aje. Kalau tak ada undi pos, PR akan sambung kemenangan dgn score 8-0.
nujum pak belalang...
aku punya firasat kuat...kali ni BN bungkus lagi....yang pi letak ISA Rasuah tu pasai apa..
orang lama dah bagitau tak payah duk gagah pi calon jugak tu pasai apa..semua cari pasai...
Salam Bro Pejuang Bangsa,
BN menang akan menang kali ni. Ini bukan kira undi pos ke tidak. Undi pos pun bukan untuk BN undi kepada parti pembangkang pun banyak.
Jangan jadikan alasan pos ke bukan pos. Tan Sri Isa disukai ramai...
Cuba klik pada nama JUWA tu. Kenal? Sudah tentu tidak kerana dia adalah pengecut yang sekadar baling batu sembunyi tangan. Blog tersebut tidak wujud. Hanya satu cara untuk menyebarkan fitnah.
nujum pak belalang? nama tu pun dah menggambarkan kaki temberang.
hehehe siap yang tebungkus 2 agaknya heheh mamay nie pun sorang yang lalok mser kempen kat perak isu yang bangang jd modal politik dia...dia nie ketinggalan jauh dibelakang so aper yang dia kata bleh la campak kat longkang.calon yang dah byk kali kalah pun ada lagi dicalonkan pas???tempah bala la nie.dah tahu rakyat tak suka duk pilih lagi buat aper???mcm takder calon lain jer....
Calon PAS jadi penaung penjaja AYAM, rupanya Pesuruhjaya pas pun kaki AYAM jugak
Woi JUWA akai ada ka? habis yang undi Parti Ajaran Sesat 1000 lebih undi tu bukan undi POS ka, Bila nak kalah cari macam -macam alasan. MALPRELL ( Baca malprettt) tu sokong puak hampa walaupun kata dia pemerhati bebas orang tak kisah pun. tambah-tambah cina yang janggut macam ho chih mihn tu macam pelaq
Post a Comment