Sunday, 27 September 2009

Teluk Kemang tetap mahu Isa-Ketua Wanita


UMNO Telok Kemang tetap tidak berganjak daripada pendirian mereka mereka untuk terus menamakan Tan Sri Isa Samad dalam PRK DUN Bagan Pinang, kata Ketua Wanitanya Rohani Yaakob.

Sebelum ini Ketua Pemuda Mohd Faizal Ramli mempertahanka, keputusan untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN.

Yang peliknya pemimpin PAS khawarij juga membuat saranan supaya UMNO mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam PRK DUN Bagan Pinang oleh Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.


Salahuddin juga menyarankan agar UMNO memenuhi keinginan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menekankan supaya UMNO memilih calon yang bebas politik wang untuk pilihan raya itu. KLIK

Tetapi, Tan Sri Mohd. Isa Samad selaku Ketua UMNO Bahagian meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon.

Tan Sri Isa juga menyatakan, sudah terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.

Komen;

Pada pendapat kawan, semua pihak perlu menghurmati saranan kedua-dua sayap Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang.

Mungkin pada pandangan pemimpin kedua-dua sayap UMNO itu, BN berpeluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil itu berdasarkan sokongan akar umbi Umno terhadap Tan Sri Isa walaupun pernah digantung daripada parti kerana dikatakan terbabit politik wang.

Pemuda dan Wanita mungkin mengambil kira sentimen tempatan dan sokongan akar umbi dalam konteks UMNO bahagian itu dan pemilihan Tan Sri Isa sebagai calon mungkin keputusan terbaik disamping faktor Ketua UMNO Bahagian dan statusnya sebagai bekas Menteri Besar menjadikan Tan Sri Isa sebagai pemimpin paling berpengaruh di Teluk Kemang ketika ini.

Dominasi kepimpinan Tan Sri Isa tidak pernah terjejas atau luntur walaupun pernah digantung keahlian parti serta megambil kira kekuatannya di Teluk Kemang boleh dinilai dari keseluruhan cawangan UMNO memberi kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian walaupun ketika itu beliau baru tamat dari penggantungan keahlian UMNO.

Apa yang dilihat, pemimpin-pemimpin PAS khawarij juga seolah-olah menangguk di air yang keruh bila Salahuddin Ayub berharap benar agar Tan Sri Isa tidak dicalonkan oleh UMNO.

Sejak bila pula PAS khawarij begitu perihatin dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir yang selama ini diberi gelaran ‘mahafiraun’, ‘mahazalim’, atau sebenarnya PAS khawarij sememangnya sudah merasakan akan kekalahan jika Tan Sri Isa menjadi calon BN di Bagan Pinang.

Waima siapa pun yang menjadi calon BN, walau sebersih mana sekali pun, PAS khawarij tetap akan menimbulkan isu-isu fitnah untuk meraih undi, yang sebenarnya mereka amat bimbang kalau Tan Sri Isa yang dipilih oleh UMNO.

Apakah sekiranya UMNO-BN menampilkan calon yang bersih, PAS khawarij tidak akan bertanding di DUN Bagan Pinang ?

Apa pun pandangan atau pendapat berhubung dengan calon BN di Bagan Pinang, kawan hurmati pendapat Tan Sri Isa selaku Ketua UMNO Bahagian yang menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan. Jangan terlalu banyak andaian dan senario sehinggakan tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat penilaian.

Apa yang menjadi masalah ketika ini terlalu ramai hendak menjadi 'Presiden' parti.

Presiden UMNO, Dato Sri Najib tidak perlu mengikut rentak tari dari luar kawasan DUN Bagan Pinang, apa lagi dengan suara-suara sumbang dari pembangkang sehinggakan UMNO-BN sendiri akan kehilangan rentak sendiri.

Dato’ Sri Najib mungkin sudah mendapat gambaran sebenar sejauh mana sokongan pengundi-pengundi setempat terhadap calon BN. Dato’ Sri Najib boleh mendapat gambaran analisa calon dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan terhadap calon. Mereka mungkin sudah turun ke padang menemui mesyarakat setempat untuk dilaporkan kepada Dato’ Sri Najib dan terserahlah pada kebijaksanaan beliau untuk menentukan siapa calon BN nanti.

Waima sesiapa pun calon yang bakal dipilih, ianya hendaklah dipersetujui pemimpin dari akar umbi dan diyakini akan menang serta tidak disabotaj oleh jentera BN atau orang UMNO sendiri.

0 comments:


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP