Sunday, 13 September 2009

Telah dibuktikan ALLAH sebagai Fitnah...

Sudah masanya fitnah jahat pembangkang diperbetulkan. Bukan niat mengungkit tetapi membuktikan bahawa Pembangkang tidak takut kepada perbuatan dosa menfitnah. Walaupun mereka sedar ianya merupakan pembohongan dan bukan fakta, namun tidak seorang pun (yang telah mati), sempat memohon maaf secara terbuka kerana dosa menfitnah.

Fitnah mengenai Seri Perdana paling hebat dicanangkan pada PRU tahun 1999. Kerana keberanian dan terang-terangan menyebarkan fitnah dengan ayat berbunyi "....saya tahu, saya dulu dalam Kerajaan....", Pembangkang terus menjual autanya ke seluruh negara.

Harganya memang mahal dan perpaduan Malaysia menjadi goyah. Melayu berpecah dengan teruk dan pembangkang mendapat undi yang begitu 'menyeronokkan' mereka kerana taktik mereka menjadi.


Fitnahnya berbunyi begini...Seri Perdana dihebahkan kononnya dibina kerana ianya adalah hasrat Perdana Menteri ketika itu. Dr. Mahathir mahukan Kerajaan membina Seri Perdana kerana mahu ianya kekal menjadi miliknya. Dr. Mahathir mengharapkan Seri Perdana 'dihadiah' oleh Kerajaan Malaysia kepada beliau. Hasrat Dr. Mahathir, Seri Perdana diharapkan akan dijadikan 'galeri' seperti Seri Perdana sebelumnya yang dijadikan Galeri kepada Mantan Perdana Menteri terdahulu.

Fitnah inilah yang dijaja seluruh negara dan seingat saya sehingga hari ini tidak ada yang memohon maaf kepada keterlanjuran mereka itu. Bukan itu saja malah mereka terus-terusan menaburkan fitnah baru dengan niat agar ianya diterima rakyat dan mampu memberikan mereka undi.

Biarlah berjaya di dunia tetapi sebagai orang Islam kita wajib jauhkan diri kita dari sengaja menfitnah orang lain apa lagi ianya menfitnah saudara seagama.

Firman ALLAH, “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka (buruk sangka terhadap sesama Islam), kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa,dan janganlah kamu mencari-cari ‘aib orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa ia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkainya)? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang”, Surah Al-Hujuraat Ayat 12.

Begitulah kerasnya amaran ALLAH kepada kita namun ianya seolah-olah tidak memberi makna kepada mereka2 yang mengejar Jawatan Dunia.

Dengan fitnah ini, rakyat sebahagiannnya membenci Kerajaan Pimpinan Dr Mahathir sehingga ada yang menggelarkan Dr. Mahathir dengan gelaran yang sinonim jahatnya kepada Islam seperti MAHZALIM & MAHAFIRAUN.

Ketahuilah oleh mu wahai Saudara Seagamaku, selagi kamu tidak membetulkan salah mu terhadap sesama kamu maka selama itu jugalah ALLAH tidak pernah mengampunkan kamu. Jadi adalah Wajib untuk mereka yang terlibat menfitnah ini bangun dan membetulkan serta memohon maaf kepada Pemimpin yang difitnah. Keampunan juga diphon untuk rakyat yang terikut membuat dosa fitnah yang dimulakan pembangkang agar dosa itu tidaklah bertali arus tanpa hentinya....Wallahualam.

0 comments:


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP