Thursday, 17 September 2009

Senjata ampuh UMNO di Bagan Pinang, papar PAS parti ekstrimis

DENGAN hampir 40% pengundi di Bagan Pinang adalah terdiri dari bukan Melayu, adalah amat sukar untuk PAS menang dalam PRK Bagan Pinang nanti.

Bertambah sukar lagi kerana di sana terdapat 4600 pengundi pos yang kebiasaannya trend undi pos akan berpihak kepada UMNO. Sudah tentu majoriti pengundi pos ini adalah juga orang Melayu. Oleh itu berapa peratus sajalah lagi orang Melayu yang tinggal yang akan mengundi PAS setelah ditolak pengundi pos ini.

Oleh itu di Bagan Pinang, PAS sangat bergantung kuat kepada undi dari orang bukan Melayu bagi memenangkan calon mereka.

Di PRK Manek Urai terdapat lebih 95% pengundi Melayu Islam, namun PAS masih terkial-kial untuk menang, apatah lagi kalau di Bagan Pinang ini yang jumlah orang bukan Melayu hampir 40% dari bilangan pengundi.

Nampaknya UMNO berada dalam keadaan yang begitu selesa sekali, UMNO tak perlu berhempas pulas untuk menang di Bagan Pinang.

UMNO tak perlu belanja besar untuk mengadakan projek ‘mee segera’ di Bagan Pinang. Apa yang perlu UMNO lakukan hanyalah cukup dengan menggunakan media perdana sebaik mungkin untuk menjauhkan orang bukan Melayu dari PAS.

Melalui media perdana UMNO akan mengambil peluang untuk melakukan perang saraf dengan menggambarkan PAS sebuah parti politik Islam yang ekstrim. Hukum Hudud dan Negara Islam ala PAS sudah tentu akan dimainkan semula oleh UMNO menjelang pilihanraya ini.

Kalau kita menggunakan strategi yang bijak, adalah tidak sesuai untuk pihak PR menurunkan calon PAS bagi mewakili mereka dalam PRK di Bagan Pinang ini. Calon yang mungkin lebih sesuai ialah dari parti PKR.

Parti PKR adalah parti yang sederhana yang boleh diterima oleh orang bukan Melayu dengan baik berbanding parti PAS. Peluang untuk PR menang di Bagan Pinang lebih cerah jika membenarkan calon dari parti PKR bagi mewakili PR bertanding di situ.

Tetapi apalah yang PR boleh buat, sudah tentu parti komponen dalam PR tidak mahu menyinggung perasaan parti PAS untuk mengusulkan cadangan ini.

Tentulah parti PKR tidak berasa selesa dan tidak manis kalau mereka meminta kepada PAS supaya calon PR yang bertanding di Bagan Pinang untuk kali ini diberikan kepada parti PKR. Semuanya ini terpulang kepada budibicara parti PAS sendiri.

Parti PAS tidak harus melihat kepada keuntungan jangka pendek sahaja dengan terus berkeras untuk mengekalkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang. PAS patut melihat kepada keuntungan jangka panjang, keuntungan kepada PR secara keseluruhannya.

Bagi PAS kemenangan mungkin tidak begitu penting, bagi mereka perjuangan itulah yang lebih penting. Tetapi kita kena ingat juga, kalau kita hendak berjuang, strategi pun mesti ada juga.
Kalau PAS betul-betul hendak melihat PR menang dalam PRK Bagan Pinang ini, tentulah parti PAS tidak menolak untuk memberi peluang kepada parti yang lain dalam PR untuk mewakili kawasan itu.

Semasa berlaku tsunami politik pada pilihanraya 2008, PAS tidak dapat memenangi kawasan Bagan Pinang, apa lagilah bila keadaan gelombang tsunami politik yang semakin reda sekarang ini. Parti PAS kenalah mengambil kira perkara ini, ia boleh dijadikan alasan kuat kenapa PAS harus memberi peluang kepada parti komponen yang lain dalam PR untuk bertanding di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Kita begitu yakin, PAS sukar untuk memenangi PRK Bagan Pinang ini. Kekalahan PAS di Bagan Pinang bukan sahaja akan melemahkan moral parti PAS tetapi juga ia turut memberi kesan yang negatif kepada persepsi orang ramai kepada PR itu sendiri.

PRK Bagan Pinang adalah pilihanraya sangat penting bagi menentukan nasib masa depan BN dan PR, sehingga kepentingan parti bukanlah lagi menjadi suatu keutamaan dalam PRK Bagan Pinang ini.

(Sumber: http://aliasmohdyusof.blogspot.com/)

6 comments:

UMNO PARTI PENJARA 17 September 2009 at 09:04  

Selamat berkempen..


















Reformasi Dan Transformasi – Generasi Muda Perlu Bersiap Sedia
>>> Forum 1 Malaysia <<<

Anonymous 17 September 2009 at 14:11  

kalau betul pihak umno mengikut cara kempen seperti disarankan penulis di atas, saya percaya Umno akan kalah teruk. cara pengundi bukan melayu berbeza dengan melayu. Mungkin penyokong Umno yang tua-tua akan percaya dengan paparan di media massa sebaliknya orang bukan melayu lebih melihat Umno sebagai ekstrimis bangsa berbanding Pas yang dilabel ekstremis agama.

Umno mungkin boleh memperalatkan suratkabar Utusan atau Berita Harian untuk sebaran propaganda sebaliknya akhbar cina berbeza. Suratkabar cina lebih terbuka dan susah diperalatkan oleh mana2 parti samada BN atau PR.

Untuk menang selesa, Umno perlu berkempen terutamanya di kawasan melayu. Taburlah duit dan projek banyak2 sebagai habuan untuk pengundi di musim perayaan, anggaplah itu sebagai duit raya dan bonus untuk mereka.

PemudaRasah 17 September 2009 at 15:24  

Orang Umno memang tak sedar diri, Parti UMNO dah ditolak oleh rakyat. Lihat saja pilihan raya kecil yang lepas, sokongan orang melayu mula turun dan yang paling best orang muda makin jauh dengan UMNO. Kalau mereka ingat orang muda bersama mereka dan setia bersama mereka, tanggapan mereka adalah salah, Orang muda yang ada dalam UMNO hanya mempunyai agenda tersendiri dan tidak punyai semangat perjuangan jika nak dibandingkan dengan pemuda Pakatan Rakyat teramatlah jauhnya.

Muhamad Affandi Abd Malik 20 September 2009 at 21:37  

kecewa betul baca bila blogger sendiri nak gambarkan pAS sebagai parti islam esktrim...korang ni tak perasan ke masyarakat dah celik..bapak aku dulu umno pun dah stat muak dah..

cammon la..korang blogger..tak blaja startegi ke..baca buku-buku politik..tgk teori then rancang strategy..aku tgk umno ni ada niat nak berubah tapi orang2 bangang yang jadi tulang belakang..so idea pun bangang la..

blog ni bukan blog info...bagi tau apa BN nak buat..dah buat..tapi blog propaganda..kutuk2..hadoi..macam baca majalah gile2 la..

kamon la..main fakta UMNO..satu undi korang dah terlepas(undi bapak aku)hhehe...orang umno yang kecewa..undi aku lagi..abg aku..akak aku..atas pagar ni..

Anonymous 24 September 2009 at 17:18  

itulah UMNO, maso nak nyawo2 ikan baghu nak mintak bantuan pas ateh nama bangso. Pas pulak tolak bangso sbg matlamat tapi agamo yang didahulukan. Nampak ae umno tak sodar diri yang agamo lobih ponting dari bangso. Jiran ese cakap umno bertalkin dongan lagu umno. Bilo pas tolak, dio tuduh macm2 pulak seolah-olah pas pengkhianat bangso. Maso umno kuek dulu apo yang umno tak buek kek Pas dan Kerajaan Kelantan? sebona ae, umno sah sosek baghek dan tak mengaji agamo dari ulama yang baik. Mano ulama dalam kepimpinan umno? semua jadi tukang sapu PWTC. agak ae sampai kiamat ulama tak menghaso pimpin umno.

Anonymous 24 September 2009 at 17:23  

Kalau Pas monang di Bgn Pinang, kedudukan BN sangat kalut.. lebih baik YB umno 2- 3 kerat jadi katak lompat dalam Pas. Kemudian salah seorang dari mereka ditabalkan sbg MB. ini idea baik untuk jernihkan keadaan. Jadi katak tak apa.. sebab BN/UMNO boleh terima spesies begitu sejak dulu, kini dan selamanya... HANCUR UMNO!!!!!


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP