Wednesday, 16 September 2009

Hukum Baru

University of Blue Haru menjadi kelam kabut lagi. Semuanya gara-gara formula terkini yang dikeluarkan Profesor Nicky Exist yang menyatakan bahawa ‘dua tambah tiga tidak semestinya menjadi lima, sebaliknya menjadi enam atau tujuh.’

Maka para cendikiawan dan ahli akademik di universiti itu menjadi bengong seketika dalam meneka helah terbaru Profesor Madya tersebut.

Biarpun begitu, para pelajar tidak merasa apa-apa sebab mereka tidak perlu memikirkan apa-apa pun. Mereka cuma sedikit resah menanti para tutor dan professor mereka berfikir, mengambil keputusan dan menyiarkan keputusan tersebut melalui SMS atau email ke mailbox masing-masing.

Apapun keputusan professor, mereka akan terima. Maklumlah, keputusan peperiksaan di tangan pensyarah.

Kegemparan rupa-rupanya tidak berakhir di bilik kuliah sahaja. Kekecohan juga berlaku di beberapa buah kafe apabila terdapat pengusaha kafe mengugut untuk menutup perniagaan ekoran tindakan ramai pelajar yang tidak mahu membayar dengan cukup harga makanan yang dibeli. Alasan para pelajar tersebut ialah jika mereka membeli nasi berharga RM5, kemudian membeli pula minuman berharga RM2, maka mereka cuma perlu membayar lima ringgit berdasarkan fatwa terbaru professor tersebut.

Terdapat pula kes para pelajar memberontak memecahkan kerusi meja di kafe kerana merasa ditipu penjual makanan. Hal ini berlaku apabila penjual makanan membuat tafsiran iaitu jika para pelajar membeli pada harga RM5 maka mereka perlu mengeluarkan wang sebanyak RM7.

Rupa-rupanya penjual tersebut telah menetapkan pada computer mereka bahawa jika tanda harga (barcord) tersebut tertulis RM5, maka computer secara automatic akan memaparkan harga baru iaitu RM7.

Ketika Demang tiba di universiti tersebut dua hari selepas itu, keadaan benar-benar kelam kabut. Para pensyarah kelihatan berhimpun di padang kawat kerana membantah gaji mereka yang turut dibayar menggunakan formula terbaru itu. Pihak pengurusan akademik juga pening kepala kerana formula pengredan markah pelajar menjadi bercelaru.

Akhirnya Demang berhasil menemui Profesor Nicky Exist setelah memujuknya berkali-kali. Sebaik melihat Demang, Profesor Nicky Exist terus menempelak:

“Mu ni lagi tak beto. Sistem yang mu pakai tu tak betul. Mati nanti mu masuk nerako. Tak cium bau syurga mu ni… mu buke Isle.”

“Profesor.” Kata Demang. Saya telah mengucap ‘aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.’ Adakah saya tidak Islam? Kemudian saya solat lima waktu. Saya akui itu adalah wajib, cuma kadangkala saya terlalai. Saya juga berpuasa di bulan Ramadhan walaupun tak penuh. Namun saya sedar bahawa meninggalkan puasa itu suatu dosa, tetapi tidaklah samapai gugur Islam saya kerana ponteng puasa. Setiap tahun saya mengeluarkan zakat dan fitrah. Cuma saya belum berkemampuan untuk mengerjakan haji.

“Itu yang aku kata tu… ‘dua tambah tiga belum tentu jadi lima”. Walaupun mu dah akui semua rukun Islam tu, tapi oleh kerana mu tidak ikut hukum hudud, maka mu belum lagi jadi Islam.”

“Hukum hudud tu rukun Islam yang ke berapa Prof?” tanya Demang ingin tahu.

“Err…” Profesor Nicky Exist teragak-agak.

“Satu lagi, Profesor Nicky Exist… Kata orang, Raja Pop Michael Jackson telah memeluk Islam sebelum meninggal dunia. Adakah beliau benar-benar seorang Muslim? Adakah beliau berpeluang masuk syurga?

0 comments:


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP