Monday, 14 September 2009

Orang PAS

foto sekumpulan remaja di Arab Saudi.
...........................
Tidur Demang dikejutkan oleh deringan telefon daripada seorang rakan sekolah yang sudah hampir 30 tahun tidak bertemu. Sehari sebelumnya Demang mendapat nombor telefonnya (daripada bekas kekasihnya) dan ini kali kedua kami berhubungan.

Antara isi perbualan ialah betapa sekarang ini dia sedang memberi tumpuan pada amal ibadat sahaja. Kemudian beliau menyentuh tentang keinginannya untuk berpoligami (sudah ada calon). Beliau juga bercerita bahawa beliau pernah ke negeri Demang menemui kekasih lamanya yang kini menjadi isteri orang (anak dah habis SPM). Beliau menyatakan betapa jodoh di tangan Tuhan dan tidak mustahil cinta mereka boleh bersambung kembali.

Mendengar bahawa Demang baru bangun tidur maka mukaddimah beliau ialah menasihati Demang agar membanyakkan ibadat di bulan puasa. Terima kasih. Namun di akhir perbualan beliau menyelar kerajaan yang dikatakan tidak mengikut hukum Islam.

Petangnya, Demang menghantar satu SMS kepada beliau bagi meminta sedikit penjelasan. Berikut Demang ‘copy & paste’ SMS antara kami itu:

Demang: aku keliru, kenapa PAS pakat dgn DAP?
Rakan: Pas tak pernah ikut telunjuk dap.org yg kata islam x nak ikut islam so x slh dap ikut islam.

Demang: PAS ada berapa kerusi parlimen? Dap ada berapa?
Rakan: Ape pun kena faham islam betul2. (nampaknya beliau tak menjawab soalan Demang)

org umno bukan islam?
Rakan: Itu masalah lain.ada ke buat dosa boleh byr dgn duit.kitab mana yg ajar. (Demang kurang pasti apa yang beliau maksudkan)

Demang: pada hakikatnya org UMNO bukan Islam la?
Rakan: Hanya pada nama.

Demang: macamana klu aku org UMNO?
Rakan: Kalau ikutkan ilmu tauhid begitulah.

Demang: belum menjawab soalan..
Rakan: Baca kitab faham al quraan tanya diri sendiri,islam kah aku?

*(Panggilan dari beliau, sengaja Demang tak angkat sebab tak mahu bertengkar)

Rakan: Hai takut ke
Demang: ye, aku takut rosak akidah berbahas perkara ni. Menuduh org yg mengucap 2 kalimah syahadah sbg bukan Islam. Nko tak takut ke?

Rakan: Ingat islam bukan sekadar mengucap
Demang: rukun Islam ada berapa? (mana tau, kot-kot ada Rukun Islam yang keenam iaitu Masuk PAS)
.
Rakan: Sbb tulah saya kata kena faham al quraan.
Demang: email & YM aku: cheguman@yahoo.com. Guna sms ni bazir. Lain le klu hp sykt. (Demang dapat tau yang nombor dia guna tu nombor syarikat tempat dia bekerja).

Rakan: Org kafir kata dia betul kita kata kita yg betul.so siapa yg betul.
Demang: analogi yg tak sesuai tu. OK, bagaimana klu aku sokong PAS dan kemudian PAS bentuk kerajaan dgn PKR-DAP, then mereka teruskan sebagaimana yg UMNO sedang lakukan? Bagaimana status Islam aku? (Demang faham maksud kiasannya namun adalah tidak adil membuat kesimpulan berdasarkan analogi, kiasan, atau perumpamaan. Apatah lagi berkenaan akidah).

Rakan: Yg penting hukum islam.bukan perut dunia.
Demang: Hukum islam atau kecenderungan menghukum org yg tak sependapat? kenapa ada byk mazhab dl Islam? mana satu yg betul?

Demang: guna internet le. Aku cikgu tadika je. gaji tak byk nak byr bil hp. cheguman@yahoo,com

Rakan: Hantar bil kau kat aku.
Demang: terima kasih je le.. nko rasa debat ni boleh abis ke? ada tak cara lain utk berdakwah kat aku yg jahil ni?

Rakan: Tanya tuhan.

Rakan: Carilah ilmu ikhlas.

Rakan: Kita kena tahu rukun agama.yg nyata negara kita mengamalkan hukum taghut.
Demang: ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? (SMS ini adalah pancingan)

*SMS tak berjawab. Nampaknya beliau sedar yang Demang sedang memancing. He he

Demang: ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? ertinya, rakyat negara tu pun bukan Islam la? (Demang hantar sedikit lagi dengan sedikit tambahan)

*SMS tak berjawab.

Demang: (SMS kali ketiga) ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? ertinya, rakyat negara tu pun bukan Islam la?

Nampaknya SMS tersebut tidak dibalas sehingga sekarang. Nak kata credit habis, guna HP syarikat...

Demikianlah mentaliti seorang pengikut PAS bergelar ustaz.

Cheguman

..............................
foto hiasan: saudi arab girls
TQ to foolme09 flickr.com


9 comments:

YANG GAMBI 14 September 2009 at 07:04  

Salam, beginilah kalau Islam dijadikan landasan untuk menumbangkan kerajaan Islam yang lain. Umat Islam terlalu banyak tertipu dengan dakyah songsang PAS......

Pak Zad 14 September 2009 at 09:25  

Ikuti Blog Sembang Pak Zad untuk kita sama-sama melihat perungkaian dan pembongkaran sedikit demi sedikit strategi Pakatan Rakyat yg dilaksanakan di PRK Dun Bagan Pinang di http://sembangpakzad.blogspot.com

Anonymous 14 September 2009 at 10:05  

Berbanding cerpen yang ditulis di atas tu, diharap tuan Demang dapat menulis artikel yang lebih membina minda dan berbentuk ilmiah dengan ada bukti yang konkrit. pembaca akan lebih 'tabik' berbanding cerpen berbentuk hearsay seperti di atas. masyarakat sekarang bukan lagi masyarakat tahun 60-70-an. teruskan berkarya!

USD 14 September 2009 at 10:18  

Salam, ceta bagus...kdg2 cara bgini lbh baik drpd panjang bjela2 x dbaca & x dahami!

Detguaq 14 September 2009 at 13:00  

Salam ramadhon,

Nampaknya sindrom 'Burung Tiong' begitu berleluasa.....

Apa sebabnya cikgu?

Cheguman 14 September 2009 at 15:21  

Saya boleh memberikan nombor telefon 'ustaz' tersebut dan jika perlu dan keadaan 'selamat', saya boleh bawa berjumpa 'ustazah' yang merupakan bekas kekasihnya.

Hubungi saya: 019 4402211.

Sejak bila Demang takut bersemuka?

Oh, ya, walaupun Demang menggunakan nama samaran, namun sila layari http://morha.blogspot.com serta add Demang melalui cheguman@yahoo.com atau morhabshi@gmail.com pada Face Book anda. Boleh juga layari web rasmi saya di www.morhabshi.com.

Minta maaf ye... Demang bukan blogger PKR yang bersembunyi di sebalik topeng masing-masing.

Panglima Perang Cyber 14 September 2009 at 15:22  

begitulah..dah kalah hujah terus diam tak nak lawan.

tetapi sokong tetap tak berubah kepada PAS.

Anonymous 24 September 2009 at 15:47  

Kenapa TG Nik Aziz tolak umno dan tuduh umno sesat? saya kira ada sebab dia kata begitu kerana dia berilmu dalam agama dan keperibadian beliau terserlah dalam bidang agama. Bila berlaku solat 2 imam, terjadi kerana kumpulan yang memahami tuntutan agama tidak redha berimam dgn kumpulan yang persenda agama dan duduk dalam jamaah yg menghina hukum agama. Masa Mahathir perhina hukum hudud, ramai ulama umno jadi syaitan bisu dan ia benar-benar mencarik aqidah dan syahadah. Mcmana pejuang Islam boleh berimam orang begini? Mufti Perak yg pro UMNO kata Sureheboh haram tetapi pemimpin umno yg pegang kuasa tak buat apa-apapun. Dato' Ishak Baharom kata dividen saham ASN/ASB haram digunakan ke Mekah, apa orang umno buat? malangnya mufti itu dipecat pula bila menegur pertandingan ratu cantik. Kerajaan Kelantan diugut oleh Mahathir jika berani implement hudud.

Jesteru itu, orang2 Pas terasa pemimpin umno serta ahli-ahlinya persenda hukum Allah. Apa hukumnya? orang Pas mengambil langkah memulau orang sebangsa dan sedarahnya kerana pertahankan aqidah. Jamaah Nabi saw berperang dgn jamaah Abu Lahab yang sebangsa kerana aqidah!! orang umno boleh jadi Islam tetapi jenis suku-suku atau tiga suku. Sebab itu gejala rasuah, main betina ( kes Najib- Rahim Tamby Chik contoh..) menzalimi rakyat atau ulama boleh berlaku.. orang Pas tak lupa peristiwa Memali.

Saya tertarik bila sdr bertanya mana negara Islam tulin? memang tidak ada... yang ada ialah negara umat Islam spt Indonesia, Mesir, Msia dan lain-lain kerana perundangan mereka bukan atas nama agama. Kalau adapun ialah Sudan dan Iran namun mereka masih banyak kelemahan akibat dikelilingi negara sekular yang bila-bila masa nak meratah mereka. Kelantan spt itu juga kerana BN/UMNO terus menindas kerajaan berpaksi agama dan di bawah kepimpinan ulama. Ingat, Allah menjanjikan perang sesiapa yg memusuhi ulama! itu orang umno kena mengaji.

Anonymous 24 September 2009 at 16:15  

Maaf saya menambah, Pas diperkuda oleh DAP?

Memang dalam strategi peperangan, kita mesti bijak menangani percaturan. Nabi saw mengadakan perjanjian dgn yahudi dan ansar di Madinah untuk pertahan negara Islam. Jika yahudi mengkhianati perjanjian maka Allah lebih maha mengetahuinya dan mereka akhirnya terusir. Namun ramai kalangan yahudi tahu kebaikan sistem pemerintahan Islam itu walaupun mereka ingkar. Itu yahudi yang disebutkan Allah dalam al Quran. Adakah DAP China dan India itu yahudi juga? Bgaimana dengan kebagusan pemimpin MCA dan MIC yang menjadi rakan sebantal UMNO? apakah selama mereka mendapat maklumat tepat ttg Islam dari pemimpin UMNO? kenapa umno double std dalam berkata tentang perpaduan? saya pernah hadiri kursus BTN yang dipenuhi umpat keji berbentuk perkauman, mereka menghina org china dan india dengan kata-kata yang menakutkan. Bila mereka berdepan pihak lawan, mereka seolah-olah 'adik beradik'. Siapa lebih yahudi? kenapa Mahathir selar Samy yg dulunya sama-sama dipuja. Kenapa pemimpin MCA byk skandal seks, rasuah? adakah pemimpin umno bersih dari skandal seks dan rasuah? siapa kena tangkap dgn artis di PD? siapa menerima berbilion skandal pembelian kapal selam dan jet? anak siapa jadi tokey arak di Manila? siapa kerajaan 3 beradik di NS? MP mana yang raba punggung anak gadis orang? siapa yg dituduh tokey babi di Bukit Pelanduk?

Siapa yang patut dikalung selipar, orang UMNO atau Pas?


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP