Sunday, 13 September 2009

Edisi Bagan Pinang : Pengkhianat perlu diusir keluar negara !!!


Saya dijemput menjadi Contributor dalam blog PRK Bagan Pinang ini yang turut disertai rakan-rakan lain samada dari BPN atau tidak. Alhamdulillah inisiatif blogger Bagan Pinang iaitu Puan Roshatika dengan kawan-kawan termasuk Bro Jinggo telah menampakkan satu permulaan yang baik bagi kempen mempertahankan kerusi parti pembela nasib agama dan bangsa ini. Yang paling menarik gambar blogger kita turut dimuatkan di dalam blog beliau dan panglima turut sama bersama bergambar. Tetapi yang mana satu tak perlulah diperkenalkan...Nanti malu :)

Kita digembar-gemburkan bahawa kita telah kalah 7-0 namun tetapi sebenarnya kita baru kalah sekali. Kita tidak kalah cuma belum menang seperti ungkapan Yb Haji Ahmad Maslan...

Cuma kawasan mana kita kalah ye ? Iaitu di Parlimen Kuala Terengganu ! kerana di sana adalah kawasan sebenar kita... Yang dipertahankan dan dipegang sebelum ini...

Yang lain kita sekadar berusaha untuk mengurangkan status quo Pakatan Rosak sebagai pemegang majoriti kawasan yang kita sertai. Dan jangan lupa kita tidak bertanding di Penanti sebagai tindak balas atas perletakan jawatan yang dibuat secara 'suka-suka' oleh geng depa untuk menghabiskan duit rakyat dan menyusahkan SPR. Alhamdulillah kita telah dapat menaikkan majoriti kita dan ia satu kejayaan moral buat semua pembela agama dan bangsa di negara kita.

Maka teringat lagi kata-kata Yb Haji Ahmad Maslan ( harap lepas ni dapat anugerah Dato' ) ketika pertemuan semalam, bahawa kita hanya kalah satu dan kita PERLU MENANG kali ini dengan majoriti lebih besar atau mempertahankan apa yang ada.

Pembangang ( dengan izin buang huruf K ) telah cuba meletakkan calon yang ada keluarga mengalir darah askar agar undi tentera melalui pos akan beralih kepada mereka.

Namun saya percaya bahawa mereka telah tersilap kerana mereka sendiri dengan jelas mengkritik tindakan tentera memberi bantuan kepada rakyat sebelum ini.

Justeru adakah tentera mahu memberi undi kepada mereka ? Tentu sekali saya pasti TIDAK !!!

Lihat blog yang membuktikan mereka telah menghina tentera kita dengan mengaitkan mereka dengan kempen Umno/Barisan Nasional

1-
http://gemasuara.blogspot.com/2009/06/umno-mahu-guna-tentera-menangi-praya.html

2-
http://pemudasarawak.wordpress.com/2009/06/25/mahfuz-beri-bukti-umno-guna-tentera-untuk-raih-undi-di-manek-urai/

Bahkan mereka turut menggunakan Harakahdaily untuk menghina tentera kita dengan tuduhan menjadi jentera kempen BN sedangkan ia tidak berlaku sedikitpun ( lihat gambar atas ).

3-
http://www.harakahdaily.net/

Lagi bukti mereka merendah-rendahkan tentera kita termasuk laman SabahDaily yang menjadi tumpuan rakyat di Sabah dan Sarawak,

4-
http://www.sabahdaily.com/2009/08/tentera-dikerah-bantu-kempen-bn/

Yang lain ada banyak lagi. Just 'google search' dan taip = mahfuz omar tentera

Anda pasti dapat lihat bagaimana mereka menghina bukan sahaja tentera, bahkan sebelum ini polis dan hakim serta pentadbir negara yang memegang kuasa eksekutif..

Maknanya cabang Legaslatif, Eksekutif, Kehakiman telah digoncang tiangnya oleh pakatan dajal lagi rosak ini demi mengangkat seorang manusia yang telah dipenjara 6 tahun dan dua kali didakwa kes liwat sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA...

Yang indahnya, di belakang mereka semua ada bayang bayang yahudi dan yakjuj makjuj sedang memberi 'kuasa' agar rancangan mereka confirm berjaya pada PRU atau PRK kali ini dan masa hadapan.

Nampaknya kemaraan tentera penjajah versi baru sedang mara dengan lebih dekat lagi dan kita risau ia menyerang dari DALAM bukan dari LUAR seperti satu ketika dulu.

Apa kata kita syor mereka ini yang mengganggu kuasa Legaslatif, Eksekutif, Kehakiman ini dibuang negeri sahaja dan dihalang kembali ke MALAYSIA.

Ini pun cara yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kepada golongan yang cuba memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan penduduk Madinah yang bukan Islam dengan mengusir mereka keluar dari Madinah ketika itu.

Tak percaya sila klik di sini
http://muzakki.site40.net/wordpress/?p=249

Apa kata anda ? Berikan komen di bawah ini.. Terima kasih !

4 comments:

nazri 13 September 2009 at 10:10  

ye le tu,senang cakap org pengkhianat,cuba kita fikirkan sendiri.apakah yang Bn lakukan selama ini juga menjurus kepada perlakuan pengkhianat. Senenarnya kita tak sedar bahawa BN juga pengkhianat,Lihat Pulau batu Putih,terlepas kpd spore,dek kerana kjaan hanya pentingkan kekuatan politik msing2.apakah tindakan Bn johor,begitujuga dgn wilayah iskan dar.... byk tanah rizab melayu dh djual kepada org spore..pemimpin bn yg kaya raya...tp negara mungkin akan tergadai tak lama lagi.dan byk lagi isu2 lIN..JDI X PERLULAH kita nk kata org lain pengkhianat tapi kita sendiri yang melakukan perkara yang sama.k tq

PEJUANG CYBER 13 September 2009 at 11:28  

Salam Perjuangan...

Terima kasih panglima Perang Cyber! Terima Kasih juga kepada rakan bloggers yang turut berjuang pertahankan Hak kita Bagan Pinang!

Hidup BN Pakatan Rapuh boleh BLAAA!!!!!!

PEJUANG CYBER 13 September 2009 at 11:34  

Bolehkah PAS menerima PM yang diketahui umum menyedekahkan bapa,adik-beradiknya dan teman rapatnya dengan jutaan saham-saham kompeni strategik?Kita bukan bercakap tentang si anu ataupun si anu yang PAS dan PKR selalu cakap sekarang ini, tetapi tentang Anwar.

Bolehkah orang PAS menutup mata dengan berPerdana Menterikan orang yang tuduhannya adalah kamiran kepada semua tuduhan yang selama ini mereka tuduh kepada pemimpin UMNO.

Lucunya, PAS boleh menerima seorang Perdana Menteri yang "lengkap pakej"nya ditambah dengan aksesori lagi.Hebat PAS!Syabas!

Syabas Mera Betti cakap Hindi kepada PAS!!!(Anwar kan suka tengok Hindustan?)

Oleh itu,penyokong PAS wajar bertanya kepada diri sendiri,bolehkah anda semua menerima Anwar sebagai PM?

Anonymous 13 September 2009 at 14:54  

Pendedahan mantap Panglima. Sebagai tambahan, anggota tentera dan keluarga pasti tidak lupa jasa DS Najib merubah tangga gaji anggota tentera dengan janjinya: "apabila saya memegang Kementerian Pertahanan, saya tidak mahu lagi lihat ada anggota tentera yang cuma memiliki motorsikal. Setiap anggota tentera mesti ada kereta.

Ketika kata-kata itu diucapkan guru-guru pun masih bermotorsikal cabuk. Ternyata, DS Najib mengotakan janji-janjinya. Hari ini guru-guru (kumpulan sokongan)dan tentera mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta.

Orang berbudi kita berbahasa...


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP