Saturday, 19 September 2009

PRK BAGAN PINANG : CERAMAH ANWAR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN.

Ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari lepas di Kampung SiRusa, Bagan Pinang tidak mendapat sambutan. Ianya memberikan gambaran bahawa sokongan kepada BN masih lagi di tahap yang kuat, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Namun, katanya, BN tidak akan mengambil mudah persiapan menghadapi pilihan raya kecil DUN tersebut pada 11 Oktober ini, meskipun sudah ada petanda awal bahawa usaha parti pembangkang untuk menawannya, tidak akan berhasil.
Katanya, BN yakin akan terus mendapat sokongan padu pengundi di kawasan tersebut selepas kempen awal parti pembangkang di situ baru-baru ini tidak mendapat sambutan.

"Tetapi kita tidak akan ambil mudah, kempen kita akan bergerak 100 peratus dari sekarang dan Pemuda akan menghantar jentera agak besar, dari peringkat tempatan, Negeri Sembilan dan negeri lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibunegara hari ini.

Menurutnya, hasil laporan daripada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas menunjukkan jentera pilihan raya BN kini telah benar-benar bersedia di setiap peringkat.

Khairy berkata, mesyuarat penyelarasan itu telah mengenal pasti beberapa strategi yang akan diguna pakai bagi kempen kali ini termasuk daripada segi penerangan, mengenal pasti pengundi dan lain-lain.

Bagaimanapun baginya, apa yang paling penting keyakinan untuk BN mengekalkan tradisi kemenangan kerusi itu adalah berdasarkan kesungguhan, komitmen, perpaduan di peringkat Umno Bahagian Teluk Kemang dan di peringkat Umno Negeri Sembilan yang amat baik bagi membentuk jentera yang kuat.

3 comments:

1Agenda 20 September 2009 at 23:24  

orang Bagan Pinang tidak mudah diperbodohkan anwar. rakyat malaysia terutama di Bagan Pinang tidak akan menerima pengkhianat no. 1 'mejual' autanya dan mencemari bagan pinang.

Anonymous 24 September 2009 at 14:39  

betul ke ni? sampai jem jalan dan sukar nak cari parking malam tu.. KJ buat lawak kot???? nanti byk lagi ceramah, datanglah tengok.. dan bandingkan dgn perjumpaan BN guna agensi kerajaan... dpt makan free... Den pun tinggal kat Bt 4 tapi taklah sebodoh penjilat umno.. menyokong kaki rasuah, kaki betina (Najib) yg ada kes di PD dulu... mcm tak ada pelapis terbaik dlm umno.

Ilyasak 11 October 2009 at 16:44  

eh eh... biar betul KJ ni. aku pun sikit punya payah nak cari tempat untuk port for better view, cemana dia kata tak dapat sambutan? siap polis yang berkawal pun tumpang dengar, boleh sembang2 plak lagi dengan rakyat yang datang. those yang datang pulak bercampur melayu, cina, india... takde problem pun?.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP