Dr Lo’ Lo’- telah jadi Dr Lo’ Lak
Dr Lo’ Lo’ dalam harakahdaily mendakwa kefahaman Islam Umno hanya untuk pembangunan ekonomi sahajalah maka berkecainya badan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu.
Umno hanya memalukan umat Islam di seluruh dunia sahaja jika terus mendakwa mereka adalah parti Islam. “Kalau Umno mengaku parti Islam maknanya bagi Umno Islam ini untuk pembangunan ekonomi sahajalah. Yang lain seperti aqidah, keadilan, akhlak dan moral, Umno tidak terimalah," kata anggota Parlimen Titiwangsa itu. KLIK
Mengapa Dr Lo’ Lo’ menjadi Dr Lo’ Lak ?
Seorang pemimpin PAS yang cerdik pandai, tetapi oleh kerana sifat-sifat ‘munafik’ memang telah sedia tersemat dalam diri, maka ungkapan yang disampaikan Dato’ Sri Najib di majlis Rahmat Ramadan, Felda Teloi Timur tempoh hari diputarbelitkan.
Dr Lo’ Lak tidak nampakkah selama ini pembangunan aqidah, pembangunan akhlak dan moral menjadi teras dalam pembangunan Negara di bawah kerajaan UMNO-BN.
Dr Lo’ Lak tidak nampakkah penjurusan pembangunan Islam yang merangkumi kesuluruhan dari segi ekonomi dan sosial melalui agensi-agensi yang dibentuk kerajaan UMNO. Sudah berapa banyak pusat-pusat pengajian tinggi, sekolah-sekolah menengah dan sekolah agama rakyat yang disediakan oleh kerajaan UMNO.
Bukankah semua ini disediakan bukan sahaja untuk meningkatkan dari segi akademik, malah untuk membimbing kearah aqidah, moral dan social kepada masyarakat Melayu di Malaysia.
Kalau Dr Lo’ Lak meletakkan kesalahan kerajaan UMNO yang menyebabkan gejala sosial, itu satu dakwaan yang berupa fitnah, mengapa di Kelantan yang dikuasai PAS yang mendakwa ‘serambi Mekah’ masih berleluasa gejala sosial ?
Mungkin Islam PAS tidak perlu mengutamakan pembangunan ekonomi rakyat, maka taraf kemiskinan rakyat di Kelantan juga tidak perlu dititikberatkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Tetapi dari segi penyelewengan akidah dan gejala sosial juga berleluasa di Kelantan……..
Mengapa ramai-ramai pemimpin PAS termasuk Dr Lo’ Lak juga mengejar kekayaan dunia, berlumba-lumba mencari kekayaan sehingga keluar dari Kelantan ? Berapa ramai dari kalangan penyokong-penyokong PAS yang menjadi jutawan ? Malah ada dari YB-YB PAS dan Pakatan juga menlakukan penyelewengan-penyelewengan dalam mendapatkan kekayaan ?
Dr Lo’ Lak jangan hendak mengeksploitasikan isu pembangunan ekonomi yang di bawa oleh kerajaan UMNO kepada Negara dan rakyat.
Dr Lo’ Lak bukan tidak tahu selepas merdeka keadaan taraf hidup bangsa Melayu Islam yang kebanyakkan tidak berpelajaran, hidup dalam kemiskinan dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO yang meletakkan Malaysia sebuah Negara Islam mengutamakan pembangunan maruah bangsa Melayu Islam melalui pendidikan dan ekonomi.
Telah menjadi tugas utama UMNO sebagai pemerintah sebuah Negara Islam ialah bertindak sebagai khalifah Allah di bumi dengan menguruskan segala urusan sosial, politik dan ekonomi dalam Negara berdasarkan kepada syariah supaya aqidah Islam yang kuat sentiasa dapat dipertahankan.
UMNO sebagai pemerintah juga adalah merupakan alat untuk mencapai matlamat akhir kehidupan rakyat untuk mencapai keredhaan Allah. Melalui sistem perlembagaan, rakyat yang beriman kepada Allah akan dapat mengagungkan Allah dengan sempurna kerana rakyat mampu melaksanakan segala urusan berdasarkan kepada hukum keTuhanan. Manusia sebagai hamba Allah, tidak berhak membatalkan hukum ketuhanan ini.
Dr Lo’ Lak tidak sedarkah, dengan keyakinan yang sedemikian, negara Islam yang UMNO dapat wujudkan kerana segala perancangan dan perlaksanaan mudah dilakukan melalui musyawarah daripada semua lapisan masyarakat daripada pihak pemerintah sehingga kepada rakyat biasa.
Pemimpin UMNO sebagai Khalifah atau ketua negara juga bertanggungjawab membentuk satu sistem pemerintahan yang menjaga kebajikan kerohanian dan kebajikan ekonomi rakyatnya, sementara tugas rakyat pula adalah wajib untuk mematuhi pemerintah.
Dr Lo’ Lak tidak tahukah bahawa Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka, tetapi mesti dalam batasan syari’ah yang dibenarkan.
Pada pendapat kawan, kedaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya berpunca daripada kegagalan mereka sendiri menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap lagi sempurna. Sebagai umat Islam kita tidak perlu menjadi miskin semata-mata untuk memberikan tumpuan kepada ibadah serta mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Sedangkan mengtakrifkan ibadah itu juga sangat luas. Perlu difahami bahawa mencari pendapatan untuk menyara keluarga dan memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak merupakan satu ibadah yang sangat dituntut oleh Islam.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda di dalam sebuah hadith yang bermaksud ;
“Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang bekerja dan berusaha. Barangsiapa bersusahpayah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah”.
Begitulah juga dengan peranan pemimpin-pemimpin kerjaaan UMNO bersusah payah meningkatkan taraf hidup umat Melayu Islam dalam Negara. Mereka juga menjalankan ibadah yang dituntut oleh agama Islam sebagai seorang pemimpin.
Dr Lo’ Lak tidak perlu mengelirukan umat Melayu Islam dengan pandangan seperti orang tidak berilmu semata-mata untuk kepentingan politik.
Rakyat di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana dilimpahkan rahmat yang secukupnya sehingga kita boleh menjalani kehidupan dengan agak selesa jika hendak dibandingkan sesetengah negara umat Islamnya yang tidak begitu bernasib baik seperti kita di Malaysia.
Malah ada terdapat segelintir umat Islam di negara-negara lain meninggalkan agama Islam semata-mata kerana kesempitan hidup, dengan alasan kehidupan mereka dalam kesempitan dan hanya jiran bukan-Islam sahaja yang mampu menghulurkan bantuan kepada mereka, sedangkan jiran-jiran Islam sekeliling mereka juga tidak mampu membantu kerana mereka juga semuanya dhaif dibelenggu oleh kemiskinan.
Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w:
“Kesengsaraan yang paling sengsara ialah miskin di dunia dan diseksa di akhirat”.
(Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Ash-Shihaab).
Dr Lo’ Lak mengelirukankan serta membuat umat Melayu Islam salah faham tentang kepentingan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan UMNO.
Pemimpin-pemimpin PAS juga sering mengelirukan rakyat dengan dakyah songsang sehingga dalam hal ehwal pembangunan ekonomi, umat Islam selalunya meletakkan diri mereka ke dalam satu keadaan yang merumitkan, iaitu di antara tuntutan duniawi atau tuntutan akhirat. Yang mana lebih penting, kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat ?
Sebab itu Tok Guru Nik Aziz mempergunakan kempen mengelirukan uamat Melayu Islam bahawa mengundi PAS dapat masuk ‘syurga’ serta menyokong UMNO tidak boleh sampai ke ‘syurga’.
Tidakkah Dr Lo’ Lak melihat hasil pembangunan ummah yang dilaksanakan kerajaan UMNO telah memperbanyakkan orang Melayu Islam di Malaysia menjalankan ibadah mereka dengan sempurna mengikut rukun-rukun Islam.
4 comments:
Cara Dr tersebut mengaitkan dengan isu altantuya juga boleh memberikan tafsiran yang pelbagai dalam kalangan rakyat. Apa niat beliau sebenarnya? Adakah beliau tidak tahu yang DS Najib pernah difitnah dengan isu itu dan terpaksa berhempas pulas membersihkan namanya melalui tindakan penerangan, sumpah dan saman mahkamah?
Kini apabila rakyat sudah memahami isu tersebut, Dr wanita ini cuba bermain api semula.
Beginikah contoh wanita muslimah?
Dia ni baru operate jantung. kat mana? kat IJN lah. Bakar mercun dan campak kat dada dia..sure padam...
Salam...Adakah Dr Lo Lo sedar yang PAS pernah merendahkan martabat wanita?
Dia menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. Pas pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah lebih 15 tahun Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan. Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.
Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai “Ulama dan Tok Guru”, yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia termasuklah Dr.Lo Lo.
MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
DULU : “Perempuan sekarang ini, buat sementara waktu saya masih lagi sekat daripada bertanding dalam pilihanraya. Tetapi untuk menjadi senator saya sudah lama lantik. Kerana senator ini tidak payah bergesel.” ( Kenyataan dalam Mingguan Malaysia pada 7 Februari 1999 )
KINI : “Sedangkan dalam Islam kedudukan wanita dan lelaki adalah sama.” ( Kenyataan dalam Utusan Malaysia 17 Mac 1999 )
“ Mesyuarat tertinggi Pas mengekalkan keputusan iaitu muslimat harus menjadi calon. Pertikaian (calon wanita) ini adalah dari segi keselamatan, bukan agama. Itu ( kesediaan muslimat Pas menamakan calon ) dia punya pasal tapi sampai hari ini tak ada seorang muslimat yang beria-ia nak jadi calon. Takda nampak langsung.” ( Ceramah di Perhimpunan Amanat Pilihanraya, Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu, Kelantan pada 25 Julai 1999 )
JADINYA : Islam mengamalkan demokrasi tapi Pas mengamalkan diskriminasi. Walaupun wanita mempunyai peranan dan tanggungjawab besar dalam pembangunan Islam dan negara, namun Pas masih menyekat penyertaan mereka. Pas tak sokong ahli wanita bertanding tetapi Dr. Wan Azizah nak bertanding dalam pilihan raya, Pas sokong pula.
MENGAMALKAN DISKRIMINASI
DULU : “Paras rupa yang cantik dan kelulusan yang tinggi bagi seseorang perempuan bukan merupakan satu jaminan untuk menjawat sebarang jawatan di jabatan-jabatan kerajaan di Kelantan. Sebaliknya rupa yang kurang menawan mungkin diberi keutamaan dalam mengisi peluang-peluang pekerjaan tersebut. Kerajaan Negeri ini menetapkan jika ada kakitangan baru yang hendak diambil berkhidmat di mana kelayakan mereka adalah sama tetapi paras rupa berbeza, kita mahukan calon yang kurang cantik diambil berkhidmat.” ( Ceramah di Kg. Bunut Rendang, Gong Datuk, Pasir Puteh pada 8 Ogos 1996 )
KINI : Wanita yang rupawan, Allah dah beri dia rupa. Biasanya mereka mendapat suami yang kaya. Kalau dia tak kerja pun tak apa, pasal suami dia biasanya yang baik dan kaya. Wanita yang rupanya kurang ni kita kena pertimbangkan sedikit dengan duit. Kita beri dia kerja dan dapat duit. Jadi kita dapat memberi keadilan kepada yang kurang rupawan.” ( Kenyataan kepada wartawan di Kota Bharu pada 20 Julai )
JADINYA : Keadilan apa yang Nik Aziz pakai ni? Keadilan Islam ke keadilan cara dia? Rupa, cantik atau kurang, memang anugerah Tuhan. Itu Nik Aziz tak perlu pertikai. Allah juga menganugerahkan akal fikiran, kepandaian dan keperibadian kepada makhluknya. Adakah Nik Aziz akan ambil pekerja yang bodoh, tak pandai, berperangai kasar semata-mata kerana dia tidak rupawan manakala orang yang lebih berkelayakan, pandai dan sesuai tidak diambil semata-mata kerana orang itu cantik? Ini zalim namanya.
Jadi buat Dr.Lo Lo..tepuk dada tanya selera. Fikir-fikirkan lah apa yang PAS dah buat pada anda dan muslimat yang lain. Kenapa dulu tak boleh, tapi sekarang boleh? Wallahuallam..
Taminsari
PAS telah lama pergunakan Islam untuk memecahbelahkan umat Islam, maka tidak hairan kalau segala fatwa dari tok-tok guru mereka juga berubah-ubah mengikut selera politik PAS....
Post a Comment