Sunday 11 October 2009

Bagan Pinang dan kisah mahu menang...

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Isa Samad atau Zulkefly Mohd. Omar (Pas), siapakah yang akan menjadi pilihan pengundi pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan?

Penentuan mengenainya akan diketahui malam ini. Berdasarkan banyak maklum balas dan melalui pengamatan Awang meninjau beberapa hari kempen pilihan raya kecil itu, tidak sukar meramalkan keputusannya.

Di atas kertas bekas Menteri Besar itu dijangka menang. Ternyata sambutan para pengundi semua kaum terhadap Isa jauh lebih baik di sebalik tekanan, provokasi dan pelbagai manipulasi pembangkang.

Pembawaan beliau yang sentiasa merendah diri, ceria dan tidak melatah dalam menghadapi serangan pembangkang, mencerahkan lagi peluang.

Selain itu, populariti beliau di kalangan penduduk Port Dickson dan faktor jentera BN pimpinan Muhyiddin Yassin yang bekerja keras dan lebih teratur, dijangka memberi kelebihan.

Persoalannya bertambahkah majoriti undi BN? Awang percaya peluang BN cukup cerah lebih-lebih lagi jika peratusan keluar mengundi adalah tinggi. Tetapi kemungkinan majoriti undi BN merosot juga tidak boleh ditolak seandainya manipulasi pembangkang pada saat-saat akhir akan memberi impak kepada pengundi. Dengan menyedari BN mempunyai kelebihan, strategi pembangkang ialah mengurangkan peratusan keluar mengundi terutama di kawasan ramai penyokong BN.

Maka tidak hairanlah jika beberapa hari kebelakangan ini, pelbagai taktik dan muslihat dilakukan bagi mewujudkan suasana tegang yang akhirnya menakutkan pengundi untuk keluar mengundi. Berjayakah strategi itu? Awang yakin para pengundi di Bagan Pinang tidak mudah terperangkap muslihat sedemikian.

Pada Awang, keputusan pilihan raya adalah suatu hal tetapi tingkah laku parti yang bertanding, juga suatu hal yang perlu dinilai. Sampai bila masyarakat terpaksa dihadapkan dengan insiden keganasan ketika penamaan calon dan memaki hamun serta pelbagai fitnah semasa kempen, yang mencerminkan kerendahan budaya politik.

Hanya kerana mahu menang, pemimpin bukan Islam PKR sewenang-wenangnya mempergunakan ayat al-Quran. Kerana mahu menang juga, pemimpin parti berlabel Islam merelakan diri hadir majlis ceramah yang dihidangkan arak untuk hadirin bukan Islam.

Lebih dahsyat, disebabkan ghairah mahu menang, Pas sanggup melancarkan jihad bertujuan memprovokasi penyokongnya supaya bertindak agresif. Awang geleng kepala kerana begitu mudah sekali konsep jihad disalahgunakan.

Begitu juga dengan tabiat menabur janji -janji kosong oleh seorang pemimpin utama pembangkang. Setakat ini tiada satu pun janjinya sejak pilihan raya umum dan banyak pilihan raya kecil lalu, ditunaikan. Senaraikan semua janji yang dibuat termasuk di negeri yang pembangkang menang dan kira berapa yang dilaksanakan, jawapannya pasti mengejutkan.

Banyak lagi petunjuk budaya politik yang membimbangkan dan kesemua itu mesti dihentikan. Para pengundi di Bagan Pinang mempunyai peluang terbaik untuk berbuat demikian dalam mencorakkan semula budaya politik yang lebih sihat dan selamat untuk masa depan rakyat. Kemenangan sebenar ialah apabila kita memperlihatkan keyakinan menolak ekstremisme. - Utusan

5 comments:

Nor Azman bin Sukerman 11 October 2009 at 09:48  

laaaa! ingat sapa la yang buat artikal ni, rupa orang tu. Kalau dia yang tulis, tak payah baca pun boleh tahu kandungannya. Apa pun Insya Allah, sapa pun yang menang, dia akan menang dengan majoriti kurang dari 300 undi. Tak kira lah UMNO (bukan BN) atau PAS (yakni Pr) yang menang. Doa saya PR yang wakilnya adalah PAS menang.

oyabun 11 October 2009 at 10:06  

SEMANGAT! SEMANGAT! SEMANGAT! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP BN! HIDUP BN!HIDUP BN!..INSYAALLAH BN AKAN MENANG! BN AKAN MENANG! ALLAHHUAKBAR! ALLAHHUAKBAR! ALLAHHUAKBAR!

Anonymous 11 October 2009 at 11:18  

Kalau PAS menang, PAS menjadi boneka kepada DAP. Kalau PAS menang, PAS akan membangun bersama DAP. Kalau PAS menang, kaki bontot akan PM. Kalau PAS menang, banyak bini di dahulukan, duit rasuah balak di gandakan

Anonymous 11 October 2009 at 11:21  

PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan negara. PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam asas pentabiran negara. PAS tunduk kepada DAP. Lihatlah apa yang berlaku di Selangor. Dulu takbir sekarang take beer...

Anonymous 11 October 2009 at 11:22  

PAS dah ada bini banyak. Nak tanggung bini banyak mengguna duit rasuah balak di Kelantan. Bayar nafkah bini muda RM3.0juta dari duit rasuah balak. PAS di depan amal jariah dan di belakang rasuah.Macam Anwar sama rata & depan belakang sedap sahaja

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP