Wednesday, 23 September 2009

Mengapa Tan Sri Isa tidak boleh jadi calon?

Hari penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang telah ditetapkan pada 3-10-2009. Setakat ini persoalan yang bermain-main di minda warga BN Bagan Pinang siapakah calon BN yang akan diletakkan untuk bertanding di Bagan Pinang.

Barisan kepimpinan UMNO Telok Kemang telah mengambil resolusi untuk menghantar satu nama sahaja iaitu nama Tan Sri Mohd Isa Hj Abd Samad . Tan Sri Muhyiddin pula kata beri 2 atau 3 nama lain untuk dipertimbangkan. Semalam Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata" Jangan letakkan Tan Sri Isa kerana dia telah didapati bersalah oleh UMNO dalam kes politik wang. Meletakkan beliau menunjukkan UMNO tidak serius dalam membanteras politik wang".

Sebenarnya banyak spekulasi yang ada dalam isu pemilihan calon ini.Ada yang mengatakan wujud pihak dalam UMNO sendiri yang tidak mahu melihat Tan Sri Mohd Isa mempunyai platform untuk naik semula dalam politik.Ada yang mengatakan TanSri Mohd Isa tidak mempunyai profil calon yang bersih. Kata mereka apa yang berlaku di Permatang Pasir harus dijadikan teladan.

KERISMUDA berpandangan antara pemimpin di Telok Kemang yang paling banyak mengetahui masalah dan keadaan masyarakat adalah TanSri Mohd Isa sendiri. Selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar NSDK kawasan Telok Kemang adalah cukup terjaga.

Benar, beliau pernah di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO. Namun beliau menerimanya sebagai "gentleman" dan menjalani hukuman beliau. Semasa menjalani hukuman beliau tidak pernah putus asa atau berhenti dari membantu UMNO/BN dalam kempen Pilihanraya. Beliau tidak pernah terjun dari kapal UMNO macam Pak Brahim Ali. Beliau beristiqamah dan redha apa yang berlaku.Atas ketabahan beliau tersebut , hukuman penggantungan keahlian ditarik balik dan kini beliau adalah ahli dan pemimpin UMNO yang mempunyai hak untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat selaras dengan Perlembagaan UMNO sendiri.

Apa yang berlaku pada diri Tan Sri tidak ada kena mengena dan tidak akan memberi kesan kepada hal ehwal masyarakat di Bagan Pinang pun sekiranya beliau terpilih selaku calon wakil rakyat. Malah dengan pengalaman beliau yang luas, beliau dijangka berupaya untuk membantu rakyat di Bagan Pinang.

KERISMUDA faham. Keputusan siapa calon yang akan bertanding terletak di tangan Majlis Tertinggi. Sekiranya Tan Sri Mohd Isa tidak terpilih sekalipun KERISMUDA percaya beliau tidak akan kecewa atau putus asa macam pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. (tengok je le contoh di Bahagian Seremban masa PRU-12 yang lalu).Tetapi jangan kita bawa persoalan dan persepsi tentang beliau didapati bersalah sebagai alasan untuk mengatakan beliau tidak layak untuk menjadi calon. Itu tidak adil bagi Tan Sri Mohd Isa. Semua itu adalah proses disiplin parti bukannya undang-undang dan beliau telahpun secara akur menjalani proses tindakan disiplin tersebut. UMNO dewasa ini kelihatan seolah-olah terlalu takut terhadap apa yang kononnya persepsi masyarakat sedangkan persepsi yang dikatakan itu kadang-kadang langsung tidak wujud pun. KERISMUDA berharap agar Majlis Tertinggi membuat keputusan yang sewajarnya dalam perkara ini.

Apapun,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban akan turun membantu rakan-rakan di sana waimma siapapun diletakkan sebagai calon wakil rakyat BN kelak!



(Sumber: http://pemudaseremban.blogspot.com/)

9 comments:

BelokKiriKanan 23 September 2009 at 15:21  

Budaya kunjung mengunjung ziarah menziarahi mengeratkan silaturrahim sangat dituntut dalam Islam lebih-lebih lagi dalam suasana lebaran ini. Tetapi kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di rumah terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan semalam bukan sekadar kunjungan biasa yang boleh ditafsirkan 1001 makna.

Jika sebelum ini, Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan agar Umno menolak calon rasuah kenyataan itu ditegaskan lagi dengan kehadiran di rumah terbuka Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan.

Pelantikan Mohamad Hassan sebelum ini sebagai Menteri Besar pada zaman Dr Mahathir sudah cukup menggambarkan hubungan erat mereka berdua. Dalam erti kata lain, Mohamad Hassan masih lagi tidak lupa segala jasa dan budi Dr Mahathir selama ini kepada beliau.

Kehadiran Dr. Mahathir sudah cukup menggambarkan bahawa peluang Tan Sri Isa Samad untuk menjadi calon di Bagan Pinang seolah-olah sudah tertutup rapat. Walaupun segala keputusan siapa calon adalah di tangan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tetapi pengaruh dan kuasa Dr. Mahathir dan Mohamad Hassan pasti menjadi pertimbangan utama untuk memastikan Isa Samad sekali lagi terpaksa berputih mata untuk kembali dalam arena politik negara. http://angkasanuri.blogspot.com/

PADANGBOLA 23 September 2009 at 19:06  

apo2 pun kito tunggulah keputusannyo sapo jadik calon kito sokong 100% tapi sebelum buek keputusan kono la dongar akar umbi kek bagan pinang...itu la gunonyo cawangan...itu la gunonyo bahagian!

Vote 4 Ts Isa

postmentown 23 September 2009 at 20:10  

salam bro...
mmg btol isa samad ibarat spt ayah di sana..dia lebih tahu seok belok n pola politik an bemacam hal di sana...

walaupun isa seorang yg gentlement dlm menghadapi hukumannya tetapi isu inilah yang akan menjadi peluru hidup oleh pembangkang kelak

apapon selamat berjuang.
semoga kita beroleh kemenangan.

http://pemuda-parit.blogspot.com

kerismuda 24 September 2009 at 03:22  

Salam Abang postmentown,

Memang iu akan jadi PAS punye modal le jika Tan Sri Isa bertanding.

Tapi kene faham,keadaan di bagan pinang bukan macam permatang pasir. di bagan pinang masyarakat dah lama kenal Tan Sri Isa.Orang tau jasanya. Orang tau "kelakar"nya masa dalam ucapannya.Boleh kata masyrakat dari muda sampai tua di bagan pinang kenal Tan Sri Isa.

Biarle peluru hidup ke tapi kami percaya x lut peluru tu kat Tan Sri Isa. Masyarakat kat Bagan Pinang pun x termakan kempen atau peluru pembangkang tu.

Cume kami harap dalam pemilihan calon ,Majlis Tertinggi jangan le guna isu tindakan disiplin sebagai alasan menidakkan hak Tan Sri nak bertanding.Amat tidak adil bagi Tan Sri Isa.Tan Sri Isa x leh langsung nak samakan dengan Rohaizat Permatang Pasir!

BelokKiriKanan 24 September 2009 at 10:13  

Pandangan Tun Mahathir perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya.Tun tak kisah sekiranya MIC menghina beliau, tetapi Tun amat sensitif sekiranya orang Umno tak mendengar nasihat beliau.

Cuba lihat apa yang berlaku di PRK Kuala Terengganu apabila pemimpin Umno yang degil dan tak mengendahkan pandangan Tun mengenai calon yang dipertaruhkan.Tun orang lama dan berpengalaman.

Integriti Umno dan Lembaga Disiplinnya akan menjunam sekiranya Isa dipilih sebagai calon. saya yakin Isa akan menang tetapi maruah Umno akan tercalar, Umno ketandusan pemimpin serta tidak mempunyai calon pelapis yang berkualiti.

Sebenarnya, pada pandangan saya,selain drp Isa, sesiapa saja calon Umno yang bersih akan menang di Bagan Pinang cuma majoritinya mungkin kurang sedikit.Orang melayu di Bagan Pinang majoritinya ahli dan penyokong Umno yang tegar, tetap akan menyokong sesiapa saja calon BN walaupun ia bukannya Isa. walaupun orang cina dan india suka dengan perangai Isa, undi mereka tak semestinya akan pergi kpd BN kalau Isa tercalon. Mereka suka Isa tetapi mereka lebih tidak sukakan lambang BN. Fikir-fikirkanlah!

Demang Lebar Daun 24 September 2009 at 11:33  

Setuju dengan posmentown...

Jika Isa menang, orang akan kata, "tengokla UMNO. Org salah pun diambil lagi. Memang UMNO takkan berubah."

Jika Isa kalah semua orang akan kata,: "UMNO memang tak pernah berubah."

Kita tidak mampu untuk kalah di Bagan Pinang kerana ini akan membuka peluang kepada DAP memerintah NS sebelum PRU13.

Pahat Pusako 24 September 2009 at 15:14  

Isa boleh jadi calon bila UMNO ketandusan pimpinan di Telok kemang. Orang ramai mula bercakap ttg ketulusan, tolak rasuah dan peka kepada maruah. Pemimpin utama UMNO setiap negeri hingga tertinggi masing-masing ada masalah peribadi. Kelebihan pihak lawan spt Pas, calon mereka setakat ini kelihatan bersih. trend pengundi kian memihak kepada Pakatan Rakyat ketika UMNO dan komponennya haru-biru. Kalau BN guna isu calon anak tempatan pun tak kena sebab pengundi pos itu bukan asal dari PD. Kalau Isa ditolak, saya percaya kumpulan beliau akan protes... lagi bahaya. Kumpulan Mat Hassan ( kerajaan 3 beradik) pun serba salah hingga tergmak jemput Mahathir baru-baru ini seolah-olah menambah luka kumpulan Isa. Jgn jadi babi luka sudahlah kerana menyusahkan semua pihak nanti. Dengar kata, kumpulan Tok Ishak Seremban sedang memasang jerat untuk membenamkan kerajaan 3 beradik.

Admin www.morhabshi.com 24 September 2009 at 22:06  

Seorang profesional tidak akan mengambil risiko.

mahendran 26 September 2009 at 01:52  

tun is getting it wrong or maybe he is playing psychology

for a crucial minority vote, putting MIDAS will ensure victory, if u compare with a PAS candidate.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP