Friday, 25 September 2009

PRK N31 : BN PUNYA RAMAI CALON

Pemerhati , penganalisis dan veteran Umno seperti Tun Dr Mahathir telah pun memberikan pendirian masing-masing terhadap bakal calon BN. Tan Sri Isa Samad adalah calon favorite yang disebut-sebut untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang. Pro dan kontra tetap ada.

TM ingin menyatakan bahawa Umno atau BN tidak ketandusan calon di N31. BN sebagai parti yang memerintah mempunyai ramai kakitangan awam yang cukup berkaliber dan cukup syarat untuk dicalonkan sebagai wakil BN. Mereka tidak perlu aktif sebagai ahli Umno atau mana-mana parti dalam komponen BN.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Taib Mahmud cukup arif dalam soal ini. Sejak mengambil alih pentadbiran Sarawak sejak tahun 80an beliau telah memilih ramai kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan dari anak Sarawak untuk bertanding dalam PRU samada peringkat Parlimen mahupun peringkat DUN.

Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, Taib Mahmud memerlukan cerdik pandai yang boleh mentadbir negeri dengan baik. Sudah tentu mereka yang terpilih itu adalah yang telah berjaya dalam pendidikan dan kerjaya mereka: dan mereka ini tidak aktif atau tidak melibatkan diri secara serius dalam parti terutamanya PPB kerana tugas mereka adalah lebih tertumpu kepada pelajaran dan kerjaya mereka. Bagaimana pun mereka tidak menghadapi masalah dalam parti politik kerana mereka diterima baik oleh parti yang mereka wakili.

Dr Leo Toyad (Muhammad) ada lah contoh yang baik yang TM kenali. Beliau ada doktor perubatan dan ketika namanya dipilih untuk menjadi calon ahli parlimen kawasan Mukah, beliau baru saja menyambung tugas sebagai doktor perubatan (pakar ongkology) selepas membuat Sarjana. Pada PRU tahun 1985, Taib Mahmud telah memilih beliau untuk kerusi Perlimen Mukah dan sehingga hari ini sudah 5 penggal beliau berkhidmat. Bersih, cekap dan amanah itulah pegangan beliau.

Hari ini Dr Muhammad Leo Toyad adalah orang nombor 2 dalam parti PPB. Insyallah jika sampai ketentuan Allah Dr Muhammad Leo akan menjadi Ketua Menteri Sarawak. Ramai lagi ahli wakil rakyat di Sarawak yang datang dari kakitangan kerajaan.

Negeri Sembilan juga tidak ketandusan tokoh. Port Dickson adalah bandar tentera. Maka Perdana Menteri DS Najib yang amat dekat dengan tentera kerana pernah menjadi Menteri Pertahanan yang berjaya satu ketika dahulu, boleh memilih salah seorang pegawai kanan tentera sebagai calon Dun 31.

Seandainya telahan TM menjadi kenyataan, Anwar XXX dan Nik Aziz XXX akan terjun Sungai Bagan Pinang.

7 comments:

BelokKiriKanan 25 September 2009 at 11:45  

Saya setuju dengan TM yang BN ada banyak calon untuk diketengahkan, cuma Umno Teluk Kemang telah menyempitkan hanya satu dan satu sahaja pilihan mereka yang sudah tentu mudah diserang PR.

Seperti kata TM, BN boleh mencalonkan ramai pegawai kanan tentera atau bekas pegawai tentera yang bersara memandangkan pengundi kawasan ini ramai tentera. Kalau susah-susah sangat, letak sahaja bekas Pengarah Kagat, Menteri Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom jadi calon.

Parpu Kari 25 September 2009 at 21:26  

Letak Jamil Khir kompom kalah. Hang ingat tentera buta kayu ker!...

YANG GAMBI 25 September 2009 at 21:32  

Salam 'Idil Fitri,

Kawan setuju dengan pandangan tuan, yang pasti rakyat setempat boleh menerima dengan senang hati, penyokong-penyokong UMNO-BN penuh kesetiaan, jangan kira siapa....

Kalau nak di kira isu calon, dari kalangan PAS Khawarij, PKR pengkhianat dan DAP Komunis apa kurangnya iblis dari kalangan mereka, tetapi kerana taksub dan setia penyokong mereka, semuanya di tolak demi parti......... kenapa UMNO-BN terlalu mengikut rentak tari mereka sehingga UMNO-BN kehilangan rentak tari sendiri....

inreco 26 September 2009 at 01:03  

Cadangan yang bernas dan sewajarnya dipertimbangkan oleh kepimpinan.Ahli2 umno telah terlalu lama berfikir hanya didalam kotak serta kepompong yang terhad dalam proses memilih calon bagi mewakili parti setiap kali pemilihan. Parti PR( yang haram) boleh meletakkan sesiapa sahaja untk parti dan tidak kira dimana sahaja biarpun penjenayah,kaki judi, penipu atau sebagainya tapi tiada permasalahan kerana mereka hanya tahu bertindak dengan penuh kebencian dan bukan dengan akal dan ini kita dapat melihat dalam mana2 blog atau komen penyokong parti haram ini.

Tapi berbeza dengan BN atau lebih khusus lagi UMNO yg terlalu berlembut serta berhemah kerana kewjipan bertanding bukan hanya sekadar untuk menang tapi ada tanggungjwb serta amanah bagi membawa mandat perjuangkan kesejahteraan rakyat khususnya. Tidak perlulah melihat jauh cuma lihat sahaja aminuddin di sikamat, rashid di ampangan( calon PKR), taufiq di paroi(calon PAS),tanya rakyat pasti jawapannya mengecewakan dan tiada apa yang mereka buat.Datanglah ke tiga2 DUN pembangkang ini dan dapatkan hasil maklumbalas..pasti mengecewakan selain dari menfitnah,menyalahkan org tanpa pelan tindakan bagi membantu rakyat..pendek katanya..cukup mengecewakan hanya macam burung kakak tua sekadar memanjangkan tohmahan pemimpin atasan mereka yang lebih banyak mengeji dan menipu rakyat senantiasa.

PR tahu akan kalah teruk di Bagan Pinag tapi modus operandi biasa PR dibawah anwar akan siang2 menyalahkan tentera, spr dan mengambil kesempatan atas kekeliruan seorag dua pemimpin tempatan yang "berwawasan" peribadi serta mengeruhkan sedikit suasana yang sebenarnya tidak keruh sama sekali pun di akar umbi.Pada pengamatan ikhlas saya, letaklah siapa calon pun di bagan pinag,insyaALLAH BN akan pasti menang dan hanya kuasa ALLAH sahaja yang akan mengalahkan dengan syarat setelah semua jentera BN bekerja. Calon kalau tidak tan sri isa bg diletakkan.. pegawai kerajaan yang banyak berjasa dan berinteraksi dengan rakyat setempat pun bukannya idea yang tidak baik malahan satu alternatif bagi pemimpin atasan umno bagi menyelesaikan kekusutan yang tak kusut sebenarnya pun.Apapun sekadar melontar cadangan dan pandangan semata.

Admin www.morhabshi.com 26 September 2009 at 13:28  

Pandangan yang bernas TM. Rata-rata anggota tentera memang ingat jasa DS Najib mengangkat martabat tentera semasa menjaga kementerian tersebut. Begitu juga para guru yang memang ternanti-nanti DS Najib menjadi PM.

Pemuda Telok Kemang 26 September 2009 at 16:47  

Siapa wajar jadi wakil DUN Bagan Pinang?

"..Government of the people, by the people, for the people, shall not perish from the Earth." Abraham Lincoln

Begitu jugalah halnya dengan pemimpin atau wakil bagi sekelompok masyarakat itu. Dalam konteks DUN Bagan Pinang, pemimpin yang bakal dicalonkan wajarlah dari kalangan rakyat setempat, dipilih oleh rakyat setempat, untuk rakyat setempat.

Pemuda Telok Kemang berpendapat bahawa pemimpin itu wajarlah seseorang yang disenangi oleh pengundi khususnya penduduk DUN Bagan Pinang. Hasil perbincangan dikalangan pemimpin-pemimpin Bahagian Telok Kemang dan DUN Bagan Pinang khususnya telah menamakan Tan Sri Isa Samad, berpadanan dengan jasa dan pengalaman beliau di Telok Kemang dan Negeri Sembilan sebagai calon yang paling layak. Kesetiaannya pada parti dan perjuangan parti juga sudah jelas terbukti.

Jika tidak beliau siapa lagi? Kita harus ambil maklum tentang sentimen rakyat Bagan Pinang. Lebih-lebih lagi ini PRK DUN, bukannya Parlimen. Sentimen politik pusat/nasional tidak semestinya sama dengan politik akar umbi. Jika tidak TS Isa, siapa lagi yang lebih layak?

TAIPINGMALI (TM) 27 September 2009 at 18:44  

Apa yang saya utarakan bukanlah menidakkan TS Isa Samad. Saya amat faham TS Isa Samad amat disenangi oleh penduduk setempat. Tulisan saya hanyalah untuk menangkis tuduhan Pas kononnya Umno ketandusan calon sehingga menyebabkan Umno Bgn Pinang berpecah. Ini senjata mereka. Pas ternyata tergaman denga cadangan TM.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP