Sunday, 11 October 2009

KEMENANGAN LUAR BIASA BN DIBAGAN PINANG???

BN MENANG BESAR DIBAGAN PINANG

Posted by Detguaq Sunday, October 11, 2009


ALHAMDULILLAH!!!

Sehingga saat ini bertalu-talu sms masuk untuk memaklumkan keputusan tidak rasmi mengenai kemenangan besar BN. Ada yang memberitahu secara rambang bahawa kemenangan kali ini adalah kemenangan besar. Manakala ada yang memberi secara bernombor. Ada yang sebut majoriti melebihi 4000 undi. Ada yang mendakwa sudah melebihi 5000 undi. Namun bagi Peti Undi Teluk Kemang, aku dimaklumkan undi BN adalah 1,109 manakala undi PAS hanya 563. Maklumat ini adalah dari bilik undi Teluk Kemang. Bermakna majoriti untuk peti undi ini bertambah lebih dari 500 undi berbanding hanya 50 undi pada PRU 12 yang lepas.

Lain-lain maklumat akan aku siarkan berperingkat-peringkat.


**DETGUAQ- PELANTAQ HUJAH.


9 comments:

Batubater 11 October 2009 at 19:12  

Tahniah BN

Anonymous 11 October 2009 at 19:13  

Tahniah BN sebab mengekalkan Dun Bagan Pinang dengan majoriti yang besar. Inilah demokrasi dan keputusan rakyat perlu dihormati.

Anonymous 11 October 2009 at 19:31  

[terkini] 7: 15 pm Angka tidak rasmi UBN menang dengan majoriti 5,435. UBN meraih 8,013 undi manakala Pas mendapat hanya 2,578. Satu kekalahan yang diluar dugaan. Faktor awal menunjukkan kekalahan ini disebabkan undi pos di mana Pas hanya mendapat 601 undi pos dari jumlah keseluruhannya lebih 4,122 undi.Selain itu kekalahan teruk Pas ini juga kerana kegagalan Pas untuk meraih simpati undi masyarakat India khasnya yang tinggal di ladang (estate). (blog msomelayu)


Tahniah BN sebab mengekalkan Dun Bagan Pinang dengan majoriti yang besar. Inilah demokrasi dan keputusan rakyat perlu dihormati.

Napi 11 October 2009 at 19:40  

BN 8013 PAS 2578 MAJORITI 5435

YANG GAMBI 11 October 2009 at 19:42  

Tahniah UMNO-BN dan Tan Sri Isa Samad....... Teruskan slogan '1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.......

Anonymous 11 October 2009 at 20:12  

Tahniah UMNO... harap tak melupakan rakyat lagi macam dulu.

Detguaq 12 October 2009 at 13:03  

Kepada semua,

Kemenangan ini wajar disambut dengan penuh keinsfan, bukan kegembiraan melulu, kerana kayuhan kita selepas ini bukan sahaja perlu dikekalkan, malahan perlu dipertingkatkan. Isa tidak boleh berlama dalam keseronokan. Beliau harus terus bekerja esok hari dengan semangat baru. KPI UMNO dan Isa saling berkait.

Anonymous 12 October 2009 at 16:54  

mana pg penyokong pas?
dah tido ker?

MAN5958 13 October 2009 at 01:36  

Penyokong PAS tak da isu la bro...

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP