Saturday 3 October 2009

Pak Samad – akan keluar dari gua pertapaan bila ada piliharaya kecil



Pak Samad sudah memulakan langkahnya keluar dari gua pertapaan, kali ini dengan memulakan kritikan terhadap Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, telah meluluskan resolusi untuk "mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu."

Pak Samad berkata usaha untuk "memartabatkan" lagi bahasa Melayu melalui penguatkuasaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berkesan selagi kerajaan tidak memansuhkan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). KLIK

Pak Samad akan memulakan langkah keluar dari gua bila setiap kali adanya pilihanraya kecil, semangat juang mempertahankan bahasa Melayu akan mencapai klimaknya bila tiba musim-musim pilihanraya.

Kalau di pilihanraya kecil Kuala Trengganu dan Permatang Pasir Pak Samad diusung ke pelusuk kampung oleh DAP, PKR dan PAS untuk memberitahu orang-orang Melayu kononnya pemimpin UMNO dan kerajaan BN hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

Pak Samad sentiasa memberi pesan, jika rakyat sayangkan bahasa Melayu. Jika mahu bahasa Melayu dilanjutkan dan dilestarikan gunakanlah undi rakyat, sebab, pemimpin-pemimpin UMNO hanya tahu ‘bahasa undi’ sebab Pemimpin Umno tidak tahu bahasa Melayu.

Pak Samad mendakwa UMNO-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini. Oleh itu, Pak Samad menggesa golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.

Begitulah bahasa puisi Pak Samad yang bergelar Sasterawan Negara, bila tiba musim pilihanraya kecil akan mendakwa pemimpin Umno-BN melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasa Melayu kerana PPSMI dilaksanakan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Pak Samad macam juga sesetengah penulis blog yang dulunya berkobar-kobar menulis kebenaran kerajaan UMNO-BN, kini bertukar arah bila kurang mendapat perhatian atau tidak menerima upah.

Mungkin Pak Samad sendiri tertekan kerana budaya membaca buku-buku sastera, cerpen, novel dikalangan muda sudah lenyap kerana wujudnya PPSMI.

Tetapi Pak Samad tidak nampak minat golongan muda membaca buku-buku berbentuk sanstera berkurangan sebelum wujudnya PPSMI lagi, kerana apa ?

Kerana terbitnya majalah-majalah kartun humor yang diterbitkan oleh penulis-penulis kreatif seperti Zuna, Cabai dan ramai lagi yang melukis kartun-kartun dengan gaya bahasa Melayu kartun juga.

Pak Samad tidak sedar golongan ini yang telah melacurkan bahasa Melayu dengan gaya kartun sehingga menjadi ikutan anak-anak muda sejak dari dulu lagi. Majalah-majalah humor yang menjadi langanan anak-anak muda semakin berkembang luas demi keuntungan bagi penerbit dan penulisnya, tanpa memikirkan kesan kepada budaya itu sendiri.

Demi keuntungan Pak Samad juga menumpang dalam majalah humor yang tidak bermoral seperti ‘Gedung Kartun’ terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd. Pak Samad yang yang lantang menentang dasar PPSMI, turut menyumbang rencana demi duit dan keuntungan.

Adakah Pak Samad tidak sedar, Pak Samad juga telah menyokong majalah seperti ini untuk mempengaruhi generasi muda hilang budaya hurmat menghurmati kepimpinan Negara, Pak Samad juga penyemai sikap kurang ajar kepada anak-anak muda melalui majalah humor seperti itu.

Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan kerana melaksanakan PPSMI dalam pembelajaran di sekolah-sekolah dan IPT, tetapi tidakkah penerbitan majalah humor yang tidak bermoral seperti itu juga satu jenayah yang memesongkan adapt budaya Melayu ?

Yang menjadi peliknya, parti yang mendokong Pak Samad adalah sebuah parti yang menentang perjuangan kebangsaan yang menjadi landasan perjuangan UMNO.

Tidakkah ‘bahasa itu menunjukkan bangsa’ ? Tidakkah Pak Samad sedar PAS, PKR dan DAP yang mendokong perjuagan Pak Samad itulah pengkhianat bangsa, parti yang ingin menghapuskan bangsa Melayu ?

Kalau Pak Samad rasa gah untuk memperjuangakan martabat bangsa dan bahasa, mengapa tidak terus sahaja berpolitik macam Shahnon Ahmad pernah menjadi wakil rakyat PAS dalam Parlimen Sik. Shahnon Ahmad juga seoarang Sasterawan Negara yang mengarang novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ sampai ke novel SHIT @ PukiMak @ PM tahun 1999.

Bertandinglah jadi wakil rakyat atas tiket PAS, PKR atau yang lebih bagusnya DAP, PAK Samad boleh siang malam keluar berkempen, kalau jadi wakil rakyat boleh berjuang dalam Dewan Rakyat………. Mintalah PAS, PKR atau DAP mencalonkan Pak Samad sama ada di Melaka, Perak, Pulau Pinang, kan bagus kalau majoritinya pengundi-pengundi Cina…

Mengapa Pak Samad tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan ‘Satu Sekolah Untuk Semua’, bukankah Malaysia sebuah Negara Melayu, berbahasa Melayu, mengapa mesti ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan India, kalau mereka mendokong Pak Samad untuk menghapuskan PPSMI, mereka juga mesti mendokong untuk menghapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan India.

Mereka mendokong Pak Samad menghapuskan PPSMI, tetapi tidak juga fasih berbahasa Melayu, malah lebih mengutamakan bahasa Inggris dalam pertuturan harian, anak-anak mereka terus maju dalam pendidikan, tetapi anak-anak Melayu terus ketinggalan……..

Pak Samad tidak sedar yang diri Pak Samad diperhunakan untuk menghapuskan PPSMI, mereka mendokong Pak Samad dengan budaya sastera melalui majalah-majalah humor untuk melatih generasi muda Melayu dengan budaya Melayu yang kurang ajar.


Read More

calon tarik diri

BH 03/10: Shahruddin Abdul Hamid tidak bertanding PRK DUN Bagan Pinang selepas gagal serah borang pencalonan kerana tiada pencadang dan penyokong.
Permainan apakah ini? Apakah mesej yang ingin disampaikan Shahruddin kepada pengundi Bagan Pinang? Benarkah beliau bersunnguh-sungguh untuk bertanding atau sekadar mencari glamour?

kenapa nak bertanding sedangkan para pemimpin puak pembangkang memberi lampu hijau kepada PAS untuk bertanding?

Mungkinkah Shahrudin mewakili sekelompok pemimpin melayu pembangkang yang melihat PAS bukan 'genuine' daam mencapai kemenangan dalam PRK? Dengan kata lain PAS sebenarnya penumpang dan amat bergantung pada undi PKR dan bukan Melayu?

Apatah lagi bukan Melayu sebenarnya tidak pernah mempercayai PAS mampu menjaga kebajikan mereka kecuali mereka memeluk Islam terlebih dahulu.

Perkara paling menggusarkan bukan melayu terhadap PAS ialah kenyataan, ucapan, dan usul-usul dalam setiap kali muktamar PAS dilihat 'mengancam' kepentingan kaum bukan Melayu.


Read More

N31 Bagan Pinang :Lintas Langsung Penamaan Calon

Lintas Langsung Penamaan Calon N31 Bagan Pinang.

*sila klik refresh untuk update

Update 9.00am
Jentera BN diketuai YAB Timbalan Presiden BN mula berarak mengiringi Calon kita, YBhg Tan Sri Isa Samad ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Port Dickson dalam keadaan hujan renyai-renyai.. HIDUP BN

Update 8.58am
Hujan agak lebat pada masa sekarang,ramai penyokong tidak berginjak dari tempat berkumpul.

update 8.50am




update 8.40am



update: 8.28 am
Tan sri muhyidin bersalamanan dengan penyokong BN


update: 8.25am

update :Suasana Jentera BN di Kompleks Pejabat Kerajaan PD jam 8.15pagi



Parti kompenan BN

Pemuda BN










*Laporan & foto dari Eizwan Abdullah,Mohd Faizal & Tun Faisal


Read More

PRK Bagan Pinang : Pakatan Rakyat, cakap tak serupa bikin - DS Mohamad Hasan


Read More

NIK AZIZ didesak berundur oleh Pemimpin PAS

Kepimpinan PAS Negeri Kelantan dan penyokong parti itu mendesak agar NIK AZIZ melepaskan jawatan Menteri Besar yang disandang sejak sekian lama.

Beliau terlalu lama memegang jawatan MB Kelantan dan di rasakan sudah tiba masanya
jawatan tersebut diberikan kepada orang lain.

Faktor utama ialah sejak beliau memegang jawatan MB Kelantan selama 19 tahun dari 1990-2009, beliau didakwa telah berjaya mengumpul harta sebanyak RM 10 JUTA.

Faktor kedua ialah beliau dianggap sudah tua dan selalu mengeluarkan kata-kata yang menyinggung rakyat Malaysia terutama UMNO.

Faktor ketiga ialah beliau merasakan tidak ada pemimpin yang setaraf dengan beliau untuk dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan.



Read More

PAKATAN RAKYAT KEHABISAN MODAL (ISU LAPUK)

Pemimpin PR sudah tidak ada isu di PRK DUN BAGAN PINANG. Kebanyakan pemimpin hanya memainkan isu-isu lama dan sekali gus memberi harapan yang cerah untuk Barisan Nasional mencapai kemenangan.

Parti PKR dari Pakatan Rakyat merasakan bahawa PKR perlu bertanding di DUN BAGAN PINANG kerana Parti PAS sudah tidak lagi mendapat sambutan rakyat akibat pertelingkahan secara terbuka oleh Pemimpin DAP, PKR dan PAS di Selangor. PAS merupakan sebuah parti kuda tunggangan bagi parti DAP dan PKR. Ahli PKR juga memberi sokongan kepada bekas Ahli Jawatan Kuasa Sharudin Abdul Hamid untuk bertanding sebagai calun bebas dan mengenepikan calun PAS Zulkifli Mohd Omar.


Read More

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BARU







YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN DI MAJLIS BANTUAN BARU JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI KAMPUNG BARU, PORT DICKSON.



Read More

Friday 2 October 2009

N 31 Bagan Pinang - PAS: Pesara tentera mengaku pernah manipulasi undi pos

Berita malaysiakini hari ini melaporkan bahwa Dewan Pemuda PAS mendedahkan pengakuan seorang pesara tentera yang mendakwa pernah bersubahat memanipulasikan undi pos bagi memberikan kemenangan kepada calon BN sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat menulis dalam blognya bahawa pengakuan itu dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menemui wakil PAS pada 28 Ogos lalu.

Suhaizan menulis bahawa pesara tentera itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.

Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pesara tersebut membuat pengakuan itu dalam pertemuan berkenaan. KLIK

Di dalam blognya Suhaizan menulis pengakuan ini telah dibuat oleh Kepten Mejer (B) Abu Bin Kassim dihadapan SPR pada hari isnin 28hb September 2009 yang dihadiri pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman,YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus dan Suhaizan Kayat sendiri. Bagai pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. KLIK (untuk cerita sepenuhnya)

Kawan amat bersetuju dengan pendapat dari tulisan dalam blog Penghuni Gua yang menyarankan agar seseorang membuat laporan Polis di atas jenayah yang dibuat oleh Kapten (B) Abu Bin Kassim semasa menjalankan tugas-tugas pengendalian undi Pos berkenaan.

Di bawah ini kawan copy paste pandangan dari blog Penghuni Gua tersebut ;

Penghuni Gua : Lihat juga di sini mengenai manipulasi undi pos tentera . iaitu penerangan dan berita majlis dialog SPR dengan pemimpin PAS dan Kapt ( B ) ini.

2. Pengakuan oleh KAPT (B) ABu Bin Kassim amat baik sekali. SPR atau mana-mana pihak wajib membuat lapuran polis ke atas KAPT ( B ) ini kerana telah melakukan kesalahan jenayah yang amat besar berdasarkan pengakuanya sendiri kepada SPR.

3. Soal KPT ( B ) ini melakukan nya atas kapasitinya sendiri atau dengan arahan ketuanya itu isu lain. Biar ketuanya pun boleh sama dituduh di mahkamah. Sudah nyata , dari pengakuanya beliau melakukan jenayah ini. Ketua / pegawai atasannya belum pasti ( sebab hanya dakwaan KAPT B ) ini sahaja.

4. Jika kemudiannya Kapt B ini tidak mengaku pula di mahkamah setelah keterangannya diambil oleh polis maka tuduhan fitnah dan mereka keterangan palsu boleh diambil.

5. Yang baiknya, SPR lah atau mereka yang hadir di dalam dialog tersebut membuat lapuran polis sesegera mungkin. Ini kerana ia satu kesalahan jenayah yang amat serius. Dan Kapt ( B ) ini sebenarnya telah memotong tengkoknya sendiri.

6. Soal / dakwaannya dia dapat arahan pegawai atasan itu isu berlainan. Jenayah , telah Kapt (B ) ini lakukan dalam keadaan sedar. Arahan tidak perlu dipatuhi dalam perkara pelanggaran undang-undang. Tentang arahan, biarlah Kapt ini buktikan ujudnya arahan tersebut. Jika benar ujud arahan, keduanya termasuk pegawai atasannya dituduh bersama. Habis cerita.

7. Jadi apa bising-bising dan tunggu lagi? Pengakuan Kapt ( B ) ini cukup untuk menuduhnya di mahkamah. Ia boleh dituduh di bawah kanun keseksaan iaitu memalsukan dokumen dan menggunakan dokumen palsu sebagi benar ( bagi menipu ) SPR . Dua kesalahan besar. Bungkus juga 2 tahun ke atas paling kurang pun hukumannya bagi tiap satu kesalahan jenayah Kapt ( B ) ini.

8. Bab undi pos sekarang? Tidak perlu bimbang. Semua wakil dijemput / hadir semasa proses pengundian undi pos berjalan di kem tentera dan polis. Apa nak bising lagi. SPR pun ada.

9. Sudah terang lagi bersuloh. Buat aje repot polis tentang jenayah yang telah dilakukan oleh Kapt ( B ) ini. Baru dia tahu langit tinggi rendah. Perangai nya yang buruk itu, sewajarnya dihukum dengan hukuman yang setimpal.

10. PAS masih juga nak simpan mereka yang begini? Apa komen PAS. Pada PG pengakuan Kapt ( B ) ini telah makan diri sendiri kerana mendedahkan jenayahnya sendiri . Dia tak sedar pun kebodohanya mendedahkan perbuatan jenayah nya sendiri dan mendedahkan kepada pendakwaan ke atasnya . Sebab apa? Dia dibuat dengan niat tak jujur.

Pendapat kawan adalah wajar laporan Polis di buat oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk membuktikan kesahihan pengakuan jenayah tersebut supaya pihak PAS tidak menjadikan isu ini untuk mengaburi pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang.


Read More

Pakatan Haram kena tindakan oleh SPR

SEREMBAN – Larangan memasang bahan kempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mendapat reaksi berbeza pemimpin pakatan pembangkang di negeri ini.

Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook berkata, pihaknya akur dan akan menuruti arahan yang dikeluarkan itu tetapi berharap agar SPR memberi sedikit kelonggaran.

“Jika mereka (SPR) tidak bagi, kita ikutlah. Namun begitu, larangan tersebut tetap tidak sepatutnya berlaku kerana ia tidak menggambarkan yang mereka mengamalkan demokrasi,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, partinya bagaimanapun tetap akan memasang bahan kempen seperti bendera, logo dan gambar pemimpin mereka tetapi hanya membabitkan bilik gerakan pilihan raya yang terletak di Batu 9, Port Dickson saja.

“Kalau tidak boleh pasang di jalan, kita akan pasang di bilik gerakan pilihan raya sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Sementara Ahli Jawatankuasa PKR negeri, Rashid Latiff pula berpendapat, tindakan SPR itu adalah untuk menghalang parti komponen pakatan pembangkang menjalankan kempen pada pilihan raya kecil itu.

“Mengapa SPR melarang kita untuk mengibarkan bendera? Adakah mereka mahu jatuhkan Pakatan Rakyat (PR)? Saya berpendapat hal ini mesti ada campur tangan dengan pihak lain,” katanya.

Menurut Rashid, berikutan arahan SPR itu, pihaknya terpaksa menanggung kerugian besar kerana selain bahan kempen Pas, mereka juga telah mengeluarkan belanja besar untuk menyediakan bahan kempen membabitkan PKR dan DAP. klik selanjutnya

Komen

Sudah nama pun Pakatan Haram yang tidak berdaftar ,ada hati nak gantung bendera dan poster . Kesiannya kepada mereka kerana terpaksa menanggung kerugian besar berikut arahan SPR ini. Tak pa , duit akan mai banyak lagi dari luar , bukan kah Anwar baru sahaja pergi Amerika selepas hari raya .




Read More

N31 Bagan Pinang :PR sokong Chin Peng ,Sekarang Menagih Undi Daripada Perajurit

Sebelum ini heboh satu negara apabila Tok Guru PAS sendiri menyatakan Chin Peng seorang nasionalis,Kesemua pemimpin pakatan haram mengangkat perjuangan komunis sebagai nasionalis,hanya semata mata mahu menutup sejarah yang UMNO sebagai pejuang dan merintis kemerdekaan.


Sokongan tidak berbelah bahagi kepada penganas komunis seperti Chin Peng telah menghalalkan perjuangan puak komunis ini sehingga melupakan pengorbanan pejuang pejuang melayu,anggota keselamatan dan rakyat yang terkorban akibat keganasan komunis.

Malah Pakatan Haram telah membuat satu usaha agar Chin Peng di benarkan kembali ke tanah air,usaha mereka juga ingin mengubah kotak pemikiran rakyat agar menerima Chin Peng seorang pejuang kemerdekaan.


Hal ini harus dibangkitkan oleh kesemua jentera BN kenapa sekarang PAS mahu menagih undi perajurit?

PAS mana maruah kamu? perajurit kamu perlekehkan,perngorbanan mereka kamu tong sampahkan sekarang mahukah undi perajurit? sekarang mahukan mereka menangkan kamu?

PAS harus jawab kenapa Tok Guru menyokong Chin Peng? Kenapa Pakatan Haram menyokong perjuangan Chin Peng???????!!!!!

PAS! Kahak yang kamu ludah ,mahu lagi kamu jilat? hanya semata mata mahukan undi dan kuasa politik?




Pisau kata " Puak PAS tak tau malu.sendiri ludah sendiri jilat"


Read More

ADUN DAP Minta Hassan Ali Bertaubat !
















"Saya memberi peluang kepadanya (Hassan) untuk bertaubat. Bertaubatlah"
demikian kata Teng Chang Kim (ADUN DAP Sungai Pinang) kepada Hassan Ali dalam Sinar, mukasurat 7, 29 September 2009. Begitulah yang terjadi kepada pakatan pembangkang Selangor, ADUN DAP sudah boleh gesa Pesuruhjaya PAS bertaubat. Dulu Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah minta Anwar Ibrahim bertaubat. Kini, ADUN DAP gesa Pesuruhjaya PAS pula.
























Tony Pua pernah mendakwa Hassan Ali sebagai hipokrit. Selain menggesa Hassan Ali agar bertaubat, Teng juga menuduh Hassan Ali sebagai pembohong. "Orang yang mempunyai sifat sebegini mengingatkan saya kepada kata, dengan rakan seperti itu, saya tidak memerlukan musuh" kata Teng dalam Sinar Harian, pada 29 September 2009. Ini bermakna, Teng menganggap Hassan Ali bukan lagi sebagai rakan dalam pakatan pembangkang, tetapi adalah musuh mereka dalam pakatan.

























Disebabkan PAS dianggap sebagai musuh DAP dalam pakatan pembangkang, maka DAP perlu merekrut ahli-ahli PAS yang lebih liberal untuk berkerjasama dengan DAP. Contohnya seperti Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS, Shah Alam) yang sanggup menghentam Pesuruhjaya PAS sendiri untuk bersama-sama dengan DAP. Oleh itu, keahlian DAP perlu dibuka dengan lebih luas kepada ahli-ahli PAS sebegini.

Nik Aziz sekali lagi digunakan untuk menghalalkan kemasukan ahli-ahli PAS ini ke dalam DAP. Elizebeth Wong pernah gunakan Nik Aziz untuk sucikan dosanya berbogel, Nga Kor Ming gunakan kenyataan Nik Aziz untuk mempertahankan dirinya setelah mempersendakan ayat suci Al-Quran dan Teresa Kok pula menggunakan kenyataan Nik Aziz untuk meramaikan lagi ahli PAS lompat parti ke dalam DAP. Memang untungnya banyak bagi DAP dalam tempoh jangka masa panjang. Apakah orang-orang PAS sedar dengan fenomena ini?


















Bagaimana orang-orang PAS hendak sedar, ketua mereka sendiri pun tidak serik dikecam dan diherdik oleh DAP. Pada siang hari, Hassan Ali diminta bertaubat dan dituduh bohong oleh DAP dalam Sinar Harian. Pada waktu malamnya (29 September 2009), Hassan Ali boleh makan semeja dengan Ronnie Liu, Teresa Kok dan wakil rakyat DAP yang mengecamnya.

Lama-kelamaan, PAS akan berkubur di Selangor. PAS sudah hilang pendirian bila semeja dengan DAP. Inilah padahnya bila berpakat dengan DAP. Kerugian besar buat orang Melayu di Selangor. Mesej ini harus disampaikan pada pengundi di Bagan Pinang. Jangan silap membuat pilihan. PAS sudah hilang prinsip.

Sumber : Angin Perubahan


Read More

TERIMA KASIH NIK AZIZ?





Read More

Kecewa Anwar Tidak Ambil Peduli Pendapat Ahli : Sharudin keluar PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Telok Kemang, Sharudin Abdul Hamid, sebentar tadi mengumumkan keluar parti itu serta merta untuk bertanding pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Beliau yang juga Ketua Penaja Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut, berkata tindakan itu diambil selepas diberi kata dua oleh PKR untuk berbuat demikian.

"Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beritahu sekiranya saya hendak bertanding sebagai calon Bebas perlu keluar dari parti itu.

"Jadi, saya ambil keputusan untuk keluar dari PKR serta melepaskan jawatan saya dalam parti itu dan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya DUN Bagan Pinang," katanya ketika dihubungi Berita Harian Online, sebentar tadi. - Berita Harian


Read More

Calon Pas pernah ditolak orang kampung Lenggeng

PORT DICKSON: Seramai 13,664 pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang digesa tidak memilih calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang sudah ditolak oleh orang kampungnya di Lenggeng, Seremban pada tiga pilihan raya umum sebelum ini.

Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli, menasihat pengundi tidak membuat kesilapan dan menggadaikan masa depan dengan memilih calon luar dari Bagan Pinang yang belum diketahui hati budinya.

"Kita mempunyai calon anak tempatan (Tan Sri Mohd Isa Samad) yang kita tahu hati budi dan berjasa besar kepada penduduk kampungnya sendiri. Mengapa kita perlu memilih calon luar yang belum dikenali?


"Apatah lagi, pengundi di Lenggeng iaitu kampungnya sendiri menolaknya dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini," katanya ditemui selepas mesyuarat dengan jentera Pemuda Telok Kemang di Bangunan Umno bahagian, di sini, semalam.

Mohd Faizal yang pernah menjadi wakil rakyat DUN itu sepenggal pada 2004 berkata, majoriti penduduk Bagan Pinang gembira kerana pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mendengar suara akar umbi apabila menamakan Mohd Isa yang juga Ketua Umno bahagian sebagai calon.

Beliau berkata, tumpuan Umno bahagian ketika ini adalah menggerakkan jentera parti dengan bertemu seramai mungkin pengundi untuk memastikan kerusi tradisi milik BN itu dapat dipertahankan.

"Saya yakin penduduk Bagan Pinang akan menghargai keputusan pucuk pimpinan itu dengan mengundi BN, 11 Oktober nanti. Momentum sekarang menunjukkan sokongan kepada BN semakin bertambah sejak Tan Sri Mohd Isa dinamakan sebagai calon," katanya.

Sementara itu, Zulkefly yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, menegaskan beliau tidak ditolak oleh orang kampungnya, cuma tidak mendapat undi secukupnya untuk memenangi kerusi DUN Lenggeng yang ditandingi pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008.

"Jika ditolak, saya tidak mendapat satu undi pun tetapi pada 2008, lebih 4,000 mengundi dan saya kalah dengan majoriti kira-kira 1,000 undi. Saya dapati berlaku peningkatan undi setiap kali bertanding sekali gus membuktikan saya kian diterima ramai.

"Jika bercakap soal calon tempatan atau luar, ia tidak relevan lagi kerana dunia kini dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Apa yang penting, sama ada kita berupaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Saya berjanji jika dipilih, saya akan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Bagan Pinang," katanya. - Berita Harian


Read More

N31 Bagan Pinang - Isa ibarat 'Surat Khabar lama dikitar semula'


Naib Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa, "BN mencalonkan surat khabar lama untuk dikitar semula yang terbukti sebagai perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa."

“Tindakan BN mencalonkan Isa juga katanya cubaan menghina dan memperbodohkan pengundi Bagan Pinang.”

"Tentunya orang paling bersedih dengan pemilihan Isa adalah Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, nasihat mereka telah dibakul sampahkan," katanya. Klik

Begitulah ungkapan dari seekor ‘burung tiong’ yang diberi nama Azmin dan diberi jawatan Naib Presiden PKR. Kebodohan ‘burung tiong’ yang pandai meniru cakap tuannya tetapi tidak mengerti apa yang dia cakapkan dan kebodohan pula bagi orang yang menerima pakai percakapannya.

Azmin teramatlah sedihnya bila Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN di Bagan Pinang. Sedih bukan kerana UMNO-BN memilih seorang yang didakwa perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, sedih kerana calon PAS tidak akan berpeluang beroleh kemenangan di PRK Bagan Pinang.

Azmin kata, Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, adalah orang yang paling bersedih apabila nasihat mereka telah dibakul sampahkan oleh UMNO.

Azmin tidak tahu bahawa Tun Dr. Mahathir menerima pemilihan Tan Sri Isa Samad kerana itu adalah pilihan parti. Tun Dr. Mahathir juga berkata, pandangan atau perasaan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira kerana parti telah membuat keputusan secara sepakat.

Malah Tun Dr Mahathir juga menaruh keyakinan yang tinggi BN akan menang besar dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 11 Oktober depan. Klik

Bertambah-tambah sedihlah siAzmin ‘burung tiong’ mendapat khabar bila Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, kebanyakan penduduk India di kawasan tersebut turut memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tan Sri Isa untuk menjadi wakil kawasan berkenaan. Tan Sri Isa akan menerima 100 % sokongan daripada masyarakat India kerana beliau sangat terkenal di kalangan kaum India Bagan Pinang.

Azmin lupa agaknya, Tan Sri Isa Samad merupakan calon pilihan masyarakat akan umbi yang amat disenangi masyarakat setempat khususnya di Bagan Pinang, kalau tidak, masakan lebih 10,000 rakyat dari pelbagai kaum memberikan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO-BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan calon BN untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Ini menunjukkan bahawa peluang BN untuk memenanginya sangat cerah serta memudahkan laluan kepada Tan Sri Isa untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Azmin cuba berselindung disebalik jubah dengan mendakwa Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh adalah orang yang paling bersedih apabila nasihat mereka telah dibakul sampahkan oleh UMNO, sebaliknya dia teramatlah sedihnya apabila Tan Sri Isa diumumkan sebagai calon.

Ini bukan soal 'Surat Khabar lama dikitar semula', ini adalah satu lipatan surat khabar lama yang banyak menceritakan sejarah jasa-jasa perkhidmatan Tan Sri Isa kepada rakyat pelbagai lapisan kaum di Negeri Sembilan khususnya dalam kawasan Telok Kemang selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar.

Jadi-jadilah wahai si Azmin ‘burung tiong’ bercakap perkara yang melalut untuk menipu rakyat. Jentera UMNO-BN akan berkerja keras mengekang dakyah-dakyah pembohongan PAS, PKR dan DAP untuk memastikan pakatan rakyat bertambah sedih dan pilu menerima penolakkan pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang.

InsyaAllah, BN akan mencapai kemenangan besar untuk menentang kemungkaran PAS, PKR dan DAP…………….


Read More

TINJAUAN RAKYAT DUN BAGAN PINANG

Rakyat di DUN BAGAN PINANG rata-rata menerima dan sangat-sangat mengalukan Tan Sri Isa Samad sebagai calun Barisan Nasional di Pilihanraya kecil DUN BAGAN PINANG. Beliau ternyata merupakan calun yang paling TEPAT dan beliau juga adalah calun PILIHAN RAKYAT.

SLOGAN RAKYAT DUN BAGAN PINANG - "TAN SRI ISA SAMAD adalah CALUN PILIHAN RAKYAT"



Read More

PAS LETAK CALUN KAMBING HITAM

PAS dan Pemimpin mereka telah awal-awal mengaku kalah kepada BN di PRK DUN BAGAN PINANG. Sebab itu mereka meletak calun tidak popular seperti ZULKIFLY MOHD OMAR. Sekiranya kalah ... PAS ada banyak alasan terutama PENGUNDI POS dan calun tersebut akan dijadikan kambing hitam oleh Parti PAS kerana sebelum ini pun ahli-ahli PAS menolak beliau dalam PEMILIHAN AHLI JAWATAN KUASA MUKTAMAR PAS 2009-2011.

RAkyat Malaysia terutama Ahli-ahli PAS tidak menyokong ZULKIFLY MOHD OMAR oleh kerana banyak sebab, Beliau tidak pernah menjalankan tugas sebagai seorang pesuruhjaya PAS sebab itu beliau tidak popular dikalangan ahli-ahli PAS.

Begitu juga dengan sikap beliau yang tidak pernah turun padang membantu rakyat. Beliau hanya beberapa kali sahaja dilihat mengencam Kerajaan dan itu pun mengikut beberapa pemimpin lain. Beliau merupakan seorang yang tidak reti buat kerja dibandingkan calun BN. Tan Sri Isa Samad sejak dahulu membuktikan kepada rakyat Negeri sembilan bahawa beliau merupakan seorang yang benar-benar berjiwa rakyat.

Sehingga kini semua rakyat Negeri Sembilan masih menyayangi Tan Sri Isa Samad kerana sikap dan cara beliau bekerja.

Kemenangan Beliau di DUN BAGAN PINANG bukan kerana faktor pengundi POS sahaja ... tetapi kerana beliau adalah PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT .....


Read More

Thursday 1 October 2009

Masa Untuk Bekerja!


Salam,

Calon harapan menggalas panji-panji perjuangan BN/Umno mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang sudahpun diketahui. Harapan tinggi disandarkan kepada Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.

Tanggungjawab Isa pasti berat dan berliku. Tugas mempertahankan kejuaraan tidaklah mudah, namun bukanlah payah untuk Isa 'berkempen' di kawasan yang sudah menjadi gelanggang beliau sejak 23 tahun lalu.


Suka atau tidak suka, polemik pemilihan calon harus dihentikan segera. Kini masa untuk bekerja memastikan Bagan Pinang terus dalam genggaman. Badi kekalahan PRK yang dialami sejak PRU lalu mesti ditamatkan!

Cakap-cakap yang tidak sedap didengar seperti usaha transformasi tergendala dengan pemilihan Isa ini atau seruan Tun Mahathir supaya jangan calonkan Isa, hendaknya dinoktahkan.

Peluang mesti diberikan kepada Isa untuk membuktikan dia benar-benar menjadi pilihan rakyat @ pengundi Bagan Pinang. Usaha gigih harus digerakkan agar pilihan pucuk pimpinan kali ini tidak salah atau silap. Tragedi kehilangan kerusi Kuala Terengganu mesti dielakkan.

Kini tiba masa untuk bekerja, kurangkan bercakap, giatkan usaha. Fokus kepada pengundi. Penting sekali, jangan melatah dan menari mengikut irama pembangkang, yang pasti akan menjadikan Isa sebagai sasaran.

Bak kata seorang kawan, menangkan dulu Bagan Pinang, yang lain kita bincang kemudian. Kepada para pejuang di Bagan Pinang.... Selamat Berjuang!

http://ustazsaid.blogspot.com/


Read More

Karpal King Mintak Penjelasan Drama Queen



Karpal desak Anwar jelas isu penggiliran KM P. Pinang

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membenarkan pemimpin peringkat akar umbi tidak membuat kenyataan yang menjejaskan parti Pakatan seperti isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang.

Karpal mendesak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keadaan sama ada Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff mempunyai mandat untuk mengeluarkan kenyataan politik.

selanjutnya sini



Mr Karpal King murka akibat salakan Ketua AMK P.Pinang YB Yusmadi mahukan pengiliran Ketua Menteri sehingga mahukan penjelasan dari isteri haramnya Drama Queen. Mana mungkin Parti Sosialis seperti DAP mahu berikan jawatan keramat sewenang wenangnya,berpuluh tahun mengidam tiba tiba mahu di gilirkan pula. MANA BOLEH! Penang Parti Sosialis yang punya,ada faham ka?

Seperti kita sedia maklum,Drama Queen penuh dengan tipu daya dan sifat sesumpah semulajadinya,pelbagai skrip akan dimainkan mengikut masa dan situasi agar secukup rasa. Karpal King sudah masak dengan lakonan Drama Queen,barangkali Drama Queen sendiri yang arahkan Yusmadi agar mengeluarkan arahan,mana mungkin Yusmadi berani melainkan dapat arahan boss tersayangnya sendiri.

Selepas ini Drama Queen akan memainkan skrip kononnya dia begitu toleren dengan DAP dan menunjukkan kepada pengundi cina Pulau Pinang itu Drama Queen manyak baik dari Umno ,sebab itu UMNO ada koyak gambar menteri punya orang,malah akan membuat teguran atau amaran kepada Yusmadi kerana mengugat keharmonian rumahtangga sumbang mahram pakatan haram. Skrip di pertontonkan kepada rakyat,kononnya Drama Queen sanggup membelakangkan kehendak bangsa sendiri dan menunjukkan PKR kononnya sama rata depan belakang sama saja dan sanggup berkorban demi rumahtangga agar tidak tergugat.



Beginilah skrip skrip yang mudah di baca oleh mereka yang celik, senang cerita PKR cuba berlagak hero kononnya memperjuangkan hak orang melayu,walhal mereka telah mengadai segala yang ada.Kononnya merekalah yang berani memperjuangkan soal hak bangsa melayu,pada masa yang sama memperjuangkan sama rata yang secara halusnya melayu dibangsatkan.

Jika benar Yusmadi mahukan hak orang melayu terjaga,cuba anda menyalak soal CMI yang jelas merampas tanah wakaf dan ditukarkan menjadi tanah komersial(Chief minister inc.) barang kali DAPSY bukan saja menuduh rasis malah akan menuduh Yusmadi mengugat kenteteraman awam dan ekstremis.

Ada berani ka Yusmadi? barangkali standart lawyer balik pulau yang sorang ni hanya layak menjadi assistant drama queen sahaja.

Akhir kata,setakat itu sajalah suara orang melayu, sebelah sini dan sebelah sana ,kalau bersuara bab hak melayu,comfirm dituduh rasis.Apa melayu boleh buat? Dok diam diam sajalah,sebab Azmin Ali kata lebih baik duduk dibawah pemerintahan Cina daripada UMNO.



Pisau kata " kici kici lembu jaga,sudah besar bank jaga"


Read More

PRK-N31 : GAP KATA 'HARAM' PANGKAH PAS !

memangkah pas di bagan pinang bermakna kita mempercepatkan lagi proses merosakkan ISLAM di malaysia ... tak percaya baca link di bawah..



Read More

Pengumuman calon BN di Command Centre Barisan Nasional PRK N31 Bagan Pinang amat memberansangkan.


Telok Kemang - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah bersama-sama pada hari pengumuman calon BN di Command Centre Barisan Nasional PRK N31 Bagan Pinang. Kehadiran pada hari itu amat memberansangkan. Kalau dilihat, boleh dianggarkan seramai lebih 10,000 orang telah membanjiri kawasan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada YBhg Dato' Seri Utama Tan Sri Mohd Isa B. Ab Samad, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang kerana telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan sebagai Calon Barisan Nasional pada PRK N31 Bagan Pinang. Semoga kejayaan pada PRK N31 Bagan Pinang menjadi milik BN... InsyaAllah...

Klik disini untuk melihat gambar Pengumuman Calon


Read More

DUN BAGAN PINANG – UMNO sudah habis ‘gas’ ?


PAS khawarij menyifatkan UMNO 'sudah kehabisan gas oksigen untuk bernafas' kerana mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam PRK Bagan Pinang. Begitulah kata Ketua Penerangan PAS khawarij, Idris Ahmad.
Idris masih mengulangi isu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat bahawa Tan Sri Isa tidak seharusnya menjadi calon BN, imej UMNO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Pencalonan Tan Sri Isa telah menggambarkan bahawa UMNO sudah kehilangan pemimpin yang berwibawa dan bersih dari segi moral dan rasuah.

"Sedia maklum DUN Bagan Pinang mempunyai ramai pengundi tentera dan mereka adalah orang yang berdisiplin dan bermoral tidak akan rela berketuakan orang yang telah terpalit dengan rasuah," kata Idris. KLIK

Nampaknya PAS khawarij sudah merasakan akan menerima tamparan hebat apabila Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN. PAS khawarij sudah mula berjinak-jinak untuk meraih undi simpati dari pengundi-pengundi Tentera dan Polis.

Apa lagi yang dapat dibuat oleh PAS khawarij untuk kempen memburuk-burukkan calon BN, hendak bawa isu ke kampung-kampung mereka tahu pemilihan Tan Sri Isa berdasarkan kehendak masyarakat akar umbi, bukan berdasarkan kroni kepimpinan UMNO.

Apatah lagi Bagan Pinang adalah kampung halaman Tan Sri Isa, kemahuan dan kehendak pengundi tempatan berdasarkan khidmat Tan Sri Isa sejak tahun 1982 lagi menyebabkan mereka sudah melupakan serta memaafkan kesalahan yang tercatat dalam sejarah karier politik Tan Sri Isa sebelum ini.

Inilah budaya yang diamalkan oleh UMNO, orang-orang Umno sememangnya senang melupakan dan memaafkan serta tidak terus menghukum seseorang yang sudahpun menjalani hukuman.

Tidak cukup dengan isu Tan Sri Isa, Idris Ketua Penerangann PAS khawarij buat pula cerita Datuk Noh Omar mengugut pengundi serta mengekang pegawai kerajaan dan tentera dari menyokong PAS khawarij dan ‘pakatan rompak’, kerana UMNO-BN sudah tidak yakin Tan Sri Isa mencapai kemenangan.

Apa lagi kata Idris, “rakyat Malaysia sebenarnya dimundurkan dengan tindakan serta cara berfikir Menteri 1Malaysia UMNO-BN." KLIK

Begitulah jahat dan liciknya PAS khawarij membuat fitnah, tanpa mereka sedar PAS khawaijlah sebenarnya telah memundurkan serta menjumudkan pemikiran rakyat dengan menjual agama Islam untuk jawatan dan kuasa, khususnya bagi rakyat di negeri Kelantan’serambi Mekah’ kata Nik Aziz.

Bagaimana PAS khawarij memundurkan dan menjumudkan pemikiran rakyat Malaysia ?

Tan Sri Isa PAS khawarij telah melebelkan lebih dari seorang penjenayah yang pernah dihukum penjara, sedangkan Anwar al-jub pengkhianat adalah seorang penjenayah liwat dan penzina isteri orang diagung-agungkan, malah diangkat sebagai Ketua Penasihat Pakatan Rakyat. Malah ramai lagi dikalangan pemimpin-pemimpin PAS khawarij yang berjubah, berserban, berjanggut dan berjambang yang rendah moral dan akhlak dijadikan pemimpin dalam parti mereka.

Di negeri Kelantan, PAS khawarij telah memundur dan menjumudkan pemikiran rakyat Kelantan dengan janji-janji ‘syurga’ oleh mursyidul amnya Nik Aziz, sehinggakan beratus ribu rakyatnya berhijrah ke negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO-BN untuk memajukan diri dalam sektor pekerjaan, usahawan dan perniagaan.

Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, memperlihatkan wakil-wakil rakyat PAS khawarij tunduk dan bacul apabila berdepan dengan kuasa DAP komunis dan PKR pengkhianat walau pun agama Islam dicerca serta dihina, maruah dan hak bangsa Melayu-Bumiputera dilacur kerana jawatan dan kuasa.

UMNO dikatakan kafir serta assobiyah kerana meletakkan asas perjuangan kepada bangsa Melayu-Bumiputera, sebaliknya PAS khawarij lebih mesra bersekudukan dengan DAP komunis walaupun sedar DAP komunis juga lebih mengutamakan perjuangan untk kaum Cina sahaja. Tidakkah DAP komunis lebih kafir dan assobiyah ?

PAS khawarij telah memecahbelahkan perpaduan umat Islam di Malaysia dengan semaian kebencian serta permusuhan sesama umat Islam dengan fatwa Nik Aziz bahawa pendokong-pendokong UMNO tidak akan boleh membawa ke akhirat, tidak akan dapat masuk ‘syurga’, lebih mudah mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dari kaum kafir.

Apakah rakyat, khususnya umat Islam sedar bagaimana pemimpin-pemimpin PAS khawarij ini memundur dan menjumudkan pemikiran rakyat Malaysia dengan dakyah-dakyah songsang yang berlandaskan hokum agama untuk mendapatkan kuasa.

Cuba kita renung bersama, apakah wakil-wakil rakyat PAS khawarij benar-benar menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan rakyat ?

Atau

Hanya datang merayau-rayau mengadakan cermah menipu disegenap pelusuk kampung pada waktu malam, membawa cerita berunsur fitnah, memaki hamun orang lain dan hanya tahu mengutip derma dari penduduk kampung dengan alasan untuk ‘berjihad’ ?

Merekalah petualang sebenar yang selama ini telah memundurkan orang Melayu dan rakyat, apabila rakyat memberi mereka kuasa, mereka gagal serta buta dalam melaksanakan tanggungjawab untuk membangunkan kesejahteraan rakyat dan Negara.

Sesunguhnya kepimpinan UMNO-BN sejak dari mula merdeka lagi sentiasa mendahulukan rakyat serta mengutamakan pencapaian perlaksanaannya dalam membangunkan sebuah Negara Islam yang maju dan moden.

Kerana slogan ‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ maka UMNO-BN memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calon di DUN Bagan Pinang, itu kehendak suara rakyat setempat, bukan kehendak suara kroni pemimpin-pemimpin UMNO-BN, PAS khawarij perlu tahu itu…………



Read More

N31 Bagan Pinang : AJK Bahagian PKR Ketegaq Nak Bertanding Jugak


Shahruddin tetap terus hasrat bertanding sebagai calon bebas

PORT DICKSON - Ahli jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Telok Kemang, Shahruddin Abd Hamid mengumumkan bahawa beliau akan tetap meneruskan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Menurutnya tujuannya bertanding adalah untuk menyampaikan hasrat dan visi untuk pembangunan yang komprehensif di daerah Port Dickson.

Shahruddin, 52, berkata, walaupun beliau mendapat tekanan daripada para pemimpin PKR namun beliau akan tetap meneruskan hasratnya itu.

Katanya, beliau rela keluar dari PKR dan melepaskan jawatan AJK PKR Bahagian Telok Kemang bermula hari ini jika ini adalah kehendak pemimpin PKR.

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) manakala Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar calon Pas bagi pilihan raya kecil itu.- Bernama


Pisau perhatikan inilah tandanya mereka yang menganut fahaman politik PKR tidak sebulu dengan PAS, hal ini juga pernah berlaku di Penanti ketika calon PKR akan bertanding namun dituntut oleh PAS.Malah di Permatang Pasir jentera PAS tidak dibantu oleh PKR dan DAP.



PAS & PKR tidak pernah sehaluan,namun atas dasar cintanya kepada Anwar Berahi dan kuasa politik mereka terpaksa bercium mulut walaupun mereka tahu mulut masing masing mempunyai bau najis fitnah yang busuk,kucupan dan kuluman air liur mereka bertukar namun seberapa lama yang boleh tahan dengan hanyir mulut satu sama lain,makanya terjadilah episod lawan cakap ketua atau berlawanan dengan prinsip perkahwinan sumbang mahram parti mereka.Inilah terjemahan daripada PKR yang nak bodohkan PAS,PAS yang nak bodohkan PKR.

Episod sumbang mahram didalam perkahwinan haram DAP,PAS dan PKR saling mencurigai dan bergolak,tetapi hanya berkisar didalam kain sendiri tanpa orang luar mengetahui.Sejauh mana mereka dapat sembunyikan kacau dan porak peranda didalam kain,makin hari kain itu reput dan rompang menampakkan apa yang berlaku didalam.

Kes terbaru apabila Yusmadi ,Ahli Parlimen Balik Pulau merangkap ketua AMK Pulau Pinang bagaikan diherdik kerana menyarankan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di gilirkan,sehinggakan dituduh rasis.

Mereka ini tidak pernah sebulu,sabitkan hanya wujudnya manusia sesumpah Anwar Berahi yang bagaikan tuan menarik hidung lelembu didalam DAP ,PAS & PKR kalau disuruh bercium mulut,maka berciumlah mereka antara satu sama lain,walaupun didalam hati merodak kerana terpaksa merasa busuk dan hanyir mulut masing masing.



Pisau kata "3 penjuru sedap sikit bertanding,baru boleh tengok puak PKR londeh PAS"


Read More

NIK AZIZ : DAP DAN SYAITAN SAMA SAJA!



















Betapa orang melayu yang menyokong Pas dan cakap berdegar-degar mengenai Islam sebahagiannya bukan sahaja lebih buruk daripada ahli UMNO malah tidak segan silu akan menjual maruah agama jika perlu demi kuasa dan harta benda.

Sebab itu tidaklah begitu hairan apabila Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Shah Alam, Khalid Samad, menjadikan gereja tempat beliau untuk berucap dan menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Semalam kita membaca dalam Sinar Harian betapa Pas merestui satu majlis oleh Teresa Kok di Kinrara yang menarik orang Melayu masuk DAP. Namun ini hal kecil jika dibandingkan dalam Majlis yang sama Teresa Kok memanggil wakil Gereja Eaglepoint di Puchong untuk menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai RM2,000 kepada keluarga Melayu mangsa kebakaran.

Apa sudah bangkrapkah Selangor ini seperti yang di dakwa oleh Dr. Mohamad Khir Toyo sehinggakan bantuan kebakaran terpaksa diberi melalui Gereja? Apakah pemberian ini bukan unsur pendakwahan Kristian ke atas orang Melayu? Bayangkan jika kejadian ini berlaku ketika Barisan Nasional memerintah Selangor. Sudah tentu penuh ceramah Pas seantero Malaysia mentaghutkan pemimpin UMNO.

Pas Selangor harus menjawab mengapa penduduk Islam tersebut perlu diberi bantuan oleh Gereja sedangkan Selangor mempunyai kutipan zakat mencecah ratusan juta ringgit setahun. Jika pun benar Gereja tersebut mahu memberi bantuan mengapa pula ia harus dalam majlis rasmi EXCO kerajaan Negeri Selangor?

Apakah ini bukan terdapat satu gerakan terancang menyebarkan agama Kristian di dengan restu Pas sendiri? Bagi orang Melayu yang hadir dalam majlis tersebut menerima bantuan Gereja Kristian dan juga membuka cawangan DAP, apakah semurah itu maruah agama dan bangsa bagi mereka?



















Pas hanya tahu mencari salah UMNO seolah-olah mereka maksum. Namun apabila berhadapan dengan bukan Islam dan bukan Melayu mereka menjadi seperti "barua" sahaja. Hari ini apa sahaja yang honar dan kesyaitanan DAP, Pas akan mencari dalil-dalil menghalalkannya.

Apakah maruah Pas lagi apabila Nik Aziz menggalakkan orang melayu menyertai DAP, sebuah parti yang dipimpin oleh seorang Peguam yang pernah berkata "Langkah Mayatnya dahulu sebelum melaksanakan negara Islam?". Selepas ini jangan lagi Pas melalak dan melolong soal Islam, soal akhlak dan moral orang lain sedangkan mereka sendiri bersengkongkol dengan musuh-musuh Islam.

Mengucap panjang apabila membaca kenyataan Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Kenyataan mereka berdua mengenai orang Melayu yang menyertai perjuangan DAP. Kepada yang tidak melanggan akhbar tersebut, di perturunkan sedikit petikan kenyataan Anwar:

''Ini menunjukkan DAP sudah mula diterima oleh orang Melayu, seperti orang Cina dan India menerima PAS dan PKR. orang Cina boleh masuk PKR, boleh masuk PAS, sudah semestinya orang Melayu boleh masuk DAP'' - Sinar Harian.

Ini pula kenyataan Nik Aziz seperti yang menjadi tajuk berita Sinar Harian di muka surat N5:

''Melayu sertai DAP bukan ancaman. Ada kebaikan jangka panjang''

Dalam laporan yang sama, ada disebut bahawa Nik Aziz tidak bimbang dengan langkah DAP Selangor yang membuka keahlian kepada orang Islam yang turut disokong oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd Ali.

Itulah yang dilaporkan dalam media hari ini.

Cukup hairan kenapa kenyataan sedemikian boleh dikeluarkan dengan pantas oleh Nik Aziz. Sudah lupakah Tok Guru kita ini tentang siapa DAP? Beliau tahu ke tidak tentang perlembagaan parti DAP. Begitu juga halatuju perjuangannya.

Kalau sudah terlupa, boleh nyatakan secara ringkas disini. Matlamat perjuangan DAP ialah membentuk sebuah negara sekular yang memisahkan agama daripada pentadbiran kerajaan dan melaksanakan konsep Malaysian Malaysia.

Pemimpin DAP juga sanggup mati menentang usaha menegakkan negara Islam seperti kata Karpal Singh, langkah mayatnya dulu jika mahu berbuat demikian. Jadi, agaknya apa hukum orang Melayu yang hampir pasti beragama Islam menyertai DAP? Ke syurgakah mereka nanti jika bernaung di bawah parti yang awal-awal menentang hukum Allah. Sebab itu kita akan geleng kepala dengan sikap Tok Guru kita yang sorang ni. Kalau kenyataan Anwar Ibrahim, kita semua tak kisah sangat.

Anwar dengan spesis haiwan yang bernama Sesumpah tiada bezanya. Dia peduli apa dengan hukum Allah. Dia boleh ikut kehendak hatinya. Asalkan impiannya mahu menjadi Perdana Menteri tercapai. Anwar juga bukan ulamak. Belia mirip yang yang dikatakan oleh M. Rajoli dalam sebuah drama iaitu ular dalam semak.

Justeru itu kalau Nik Aziz boleh belasah UMNO kiri kanan, atas bawah dan sentiasa ghairah untuk menggambarkan UMNO tidak Islamik, sepatutnya Nik Azizlah yang paling ke hadapan menentang orang Islam menyertai DAP. Sanggupkah beliau menggunakan alasan yang sama berulang kali yang DAP tidak perlu ditentang kerana belum faham pasal Islam. DAP sudah berpuluh tahun dalam politik Malaysia. Takkan mereka tak faham lagi?

DAP cukup faham politik PAS dan banyak tahu mengenai Islam sebenarnya. Cuma iman sahaja mereka tidak ada. Jika tidak tahu, bagaimana ada wakil rakyat DAP yang sudah boleh baca ayat Quran. Lim Guan Eng sudah dipanggil Khalifah. Pembangkang sudah boleh buat forum dan dialog antara agama. Jelas sekali mereka tahu pasal Islam tetapi sengaja menentangnya supaya selari dengan matlamat perjuangan DAP agar Malaysia menjadi sebuah negara sekular.

Tetapi disebabkan gelojoh hendak kuasa, PAS peduli apa dengan nasib orang Islam yang menjadi ahli DAP. Mungkin pada mereka, biarlah mereka mati masuk dalam neraka kerana menentang Islam asalkan mereka tidak menentang PAS di dunia. Itulah, bentuk pemikiran ulamak dalam PAS. Sepatutnya mereka mentarbiah atau menasihat orang Islam yang mahu menyertai DAP agar tidak berbuat demikian. Ini langsung tidak dilakukan. Malah menggalakkan lagi adalah.

Kalau beginilah jadinya, juga tidak terkejut nanti, kalau PAS pun akan kata tak salah menyertai kumpulan Skinhead yang memijak al-Quran, atau kumpulan ajaran sesat, asalkan mereka mahu menyokong Pakatan Rakyat!

Apa nak buat, PAS memang sudah berubah!
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari


Read More

Wednesday 30 September 2009

PAS SELANGOR & KERAJAAN SELANGOR BERMASALAH

Rakyat Malaysia beragama Islam boleh lupakan saja hasrat atau harapan untuk melihat PAS di Malaysia sanggup memperjuangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan agama dan masyarakat Islam. Sebagai contoh :

1. Isu anggota Exco Teresa Kok menegur suara azan. PAS Selangor mulanya bising-bisng juga tetapi akhirnya mengalah dan membisu.

2. Isu anggota Exco Ronnie Liu mengarahkan MBSA memulangkan semula arak yang dirampas pihak berkuasa tempatan itu kerana jual di tempat awam secara terbuka di kawasan mojoriti Melayu.

3. Isu SELCAT , Dr Hassan hanya batuk di tengah jalan .... PAS dianggap Parti PEMBAWA MASALAH kepada PAKATAN RAKYAT .....

PAS kini menunjukkan seolah-olah parti itu bergantung kepada PKR dan DAP untuk terus menonjol di Malaysia.PAS seolah-olah masih bertaring sedangkan realitinya, taring PAS semakin tumpul kerana di kikis oleh DAP dan PKR.

PR juga tidak pernah membincangkan hal-hal DASAR ISLAM kerana sudah tentu di bidas sekali lagi oleh DAP yang lebih berkuasa berbanding PAS....


Read More

INIKAH PEJABAT CALUN PAS ???



Beginilah rupanya pejabat calun PAS yang tersiar dalam blog rasmi Calun PAS... Terkejut kerana sejak blog tersebut diujudkan (Feb 2008 - kini) Dia tak ada aktiviti untuk membantu rakyat cuma aktiviti yang ada ialah ... mengutuk dan mengecam kepimpinan KERAJAAN BARISAN NASIONAL ....


Read More

JENTERA BN KEDAH TURUN DUN BAGAN PINANG

BARISAN NASIONAL NEGERI KEDAH bermesyuarat petang tadi dan telah menyenaraikan seramai lebih 100 orang untuk turun padang di Pilihanraya Kecil N31, Bagan Pinang.

JENTERA PILIHANRAYA BN NEGERI KEDAH akan sampai pada 3hb Oktober 2009 dan telah berjanji akan bekerja lebih kuat untuk membantu kempen PRK DUN BAGAN PINANG demi memastikan agar BN mengekalkan kerusi DUN 31 Bagan Pinang.

Pihak Barisan Nasional Negeri Kedah kali ini bersedia membawa petugas-petugas yang "CONFIRM" buat kerja dan akan bermastautin di Rumah Pangsa.

Pihak Barisan Nasional Negeri Kedah juga bersetuju dengan calon Pilihan Barisan Nasional Pusat iaitu Tan Sri Mat Isa sebagai calon yang terbaik di PRK DUN BAGAN PINANG. Ini adalah satu kelebihan kepada BN untuk menang pada pilihan raya kecil itu nanti.







Read More

NIZAR KUDIK: MARILAH KITA BUNUH KATAK HIJAU DI BAGAN PINANG

Setakat hari ini dua nama sudah diumumkan sebagai calon di Bagan Pinang. BN diwakli oleh anak watan dari Bagan Pinang sendiri. Seorang lagi ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan dari Daerah Lenggeng. Jauh tu.. Calon-calon bebas atau dari parti lain belum diketahui. Pkr dalam diam-diam sudah ambil beli borang pencalonan.Adakah ia sebagai persediaan untuk berlawan dengan BN seandainya calon Pas di tolak atau Pkr sengaja nak sabotaj Pas. Pkr masih berdendam dengan Pas di Permatang Pasir mereka berebut kerusi N11.

Permintaan akar umbi dan seluruh penyokong BN di negeri tersebut mahukan TS Isa Samad tidak boleh dipandang rendah. TS IS sebagai Ketua Bahagian Bagan Pinang dan juga anak watan diibaratkan sirih pulang ke junjung, ikan pulang ke lubuk. Kini penduduk Bagan Pinang hanya perlu menunggu hari mengundi sahaja untuk mengesahkan kerusi N31 milik BN.

Sedih dan simpati kepada calon Pas yang telah bertanding di N31 dalam PRU 12 dahulu. Disingkir dan dilupakan. Sepatutnya Hadi Awang meletakkan calon lama Pas, dan bukan calon import.

TM mengibaratkan Calon Pas sebagai LOMPAT SI KATAK LOMPAT, LOMPAT LAH JAUH-JAUH, LOMPAT SAMPAI BAGAN PINANG, UNTUNG-UNTUNG BOLEH JADI TUNGTUNG.

Kita tahu Zulkefli sebagai Pesuruh Jaya Pas N. Sembilan dan berkuasa penuh dalam menentukan siapa calon Pas di N.S. Oleh kerana kemaruk dan teringin sangat nak jadi wakil rakyat maka dia terpaksa menyingkirkan rakannya yang sepatutnya dicalonkan semula dalam PRK kali ini.

Beginilah sifat tamak dan gila kuasa Pas dalam mengejar cita-cita politik mereka. Sanggup menikan kawan sendiri kerana inginkan kuasa. Jauhnya dia melompat, dari Lenggeng ke Bagan Pinang. Apa !! Dia ingat Bagan Pinang tu dalam daerah Lenggeng kah?

Ini lah katak sebenarnya yang disebut oleh Pas. Mereka hari ini cukup marah dengan YB Ibrahim Ali dan melebelkan beliau sebagi katak. Hari ini TM berdiri di sini ingin melabelkan calon Pas di Bagan Pinang adalah KATAK HIJAU YANG PERLU DIGELEK DENGAN TAYAR .

Selamat mengundi...


Read More

KALAU ITU SUDAH TAKDIRNYA : CALON BN BAGAN PINANG TAN SRI ISA SAMAD


Salam Perjuangan...

Kalau itu sudah takdirnya maka kita kenalah terima dengan rela hati... Tan Sri Isa Samad kini sah calon BN untuk Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang...

Apapun kepada semua pengkritik & yg mungkin tidak bersetuju sebelum ini desas-desus TS Isa bakal menjadi calon penulis nasihatkan supaya kita terimalah dengan redha...



Redha untuk kita kembali merapatkan barisan... kembali bersatu... kembali berpadu teguh & bekerja sama bagi memastikan calon BN ini menang di bagan pinang... usah kita terbawa-bawa rasa... rasa tak puas hati, rasa nak sabotaj, rasa nak boikot atau rasa nak pulau terus dari berkerja...

Ingatlah semua itu hanya akan membawa padah bukan sahaja kepada UMNO & BN tetapi juga padah kerana kita dengan tidak langsung merelakan Melayu, Islam & Malaysia dilacur kerana telah menyumbangkan kearah kemenangan Pakatan Rakyat...

Penulis akui ramai juga org2 lama & baru kecewa namun perjuangan tetap perlu diutamakan... parti, kesatuan & survival Bangsa Melayu dan kemenangan adalah perkara yang tertinggi yg harus kita utamakan...

Namun penulis berharap rakan di Bagan Pinang sudah menyenaraikan segala kebarangkalian isu yg bakal di bawa pakatan rakyat sebagai psi-war untuk memburukkan calon BN ini. Kalau boleh senaraikan dan terus drafkan jawapan kepada isu itu mulai sekarang agar kita bersedia dengan sebarang kemungkinan...

Selamat berjuang... kepada Allah kita berserah segalanya... semoga kemenangan menjadi milik kita...

GAMBAR SEWAKTU MAJLIS PENGUMUMAN CALON BN YANG MANA PENYOKONG HADIR SEKITAR 5,000 ORG.... RAMAI TU BERBANDING SEWAKTU PAS UMUM CALON LEBIH KURANG 400 ORG JE HADIR

MOGA ITU SUDAH MEMBERIKAN KEMENANGAN PSIKOLOGI PUAT JENTERA BN

http://idealismalaysia.blogspot.com


Read More

PKR-N31 : SERANGAN GAP AKAN BERMULA !

terimakasih kepada mod blog ini kerna menjemput gap sebagai penulis jemputa. insyaallah ada kejutan besar akan melanda pas di bagan pinang !


nantikan serangan GAP !


Read More

N31 Bagan Pinang: Bilik operasi fitnah sudah dibuka!


Ini adalah artikel pertama Pisau berkenaan N31,sekian kurang menulis kerana kesibukan menguruskan kerja diluar.

Seperti kita sedia maklum, nama kedua calon sudah diumumkan,episod politik bobrok orang melayu bakal berulang lagi ,seperti mana yang berlaku di kesemua pilihanraya kecil. baru baru ini Tok Guru "mursyid" PAS mengeluarkan kenyataan agar tidak menyerang peribadi,sama seperti berlakunya di permatang pasir, namun apa yang dapat kita lihat calon BN diserang sejak dari mula sehingga berakhirnya pilihanraya,pelbagai serangan peribadi di lontarkan,kempen mereka hanya merosakkan kredibiliti calon.



Pisau katakan saranan Tok guru hanyalah retorik politik ,kononnya menyerang peribadi adalah tidak wajar,walhal itulah cara PAS berkempen,mereka tidak ada modal lain untuk menghentam calon BN.

Bilik operasi fitnah PAS sudah bergerak,mengorek segala informasi yang ada untuk di spin dengan seburuk mungkin untuk merosakkan calon.Selepas penamaan calon nanti,akan keluarlah segala caci maki dan segala fitnah untuk dikempenkan,Politik kotor PAS yang kononnya bertunjangkan Isle begitu menghalalkan fitnah & caci maki.
Ceramah mereka seperti diulang ulang,memainkan isu yang sama,modalnya tidak ada yang lain hanya menceritakan keburukan .

Najis fitnah PAS cukup enak dimakan oleh juak juak mereka sehingga menterjemahkan politik benci kesumat kepada pihak lawan, maka berlakulah serangan bukan ahli syurga dan tuduhan barisan neraka kepada BN.

Pisau kata "najis fitnah makanan ruji PAS"


Read More

Pemilihan Isa Samad adalah kehendak akar umbi



PORT DICKSON: Pemilihan bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang adalah berdasarkan populariti beliau di kalangan penduduk tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pucuk pimpinan parti telah meneliti dengan sebaik mungkin sebelum membuat keputusan memilih Isa sebagai calon.

"Sebelum membuat keputusan, kita sudah buat tinjauan yang cukup rapi sampai ke peringkat akar umbi...di semua kawasan sama ada Melayu, Cina mahupun India. Mereka sudah lama kenal dengan Tan Sri Isa dan tahu jasa beliau.

"Orang kampung sudah tahu betapa mesranya Tan Sri Isa. Beliau popular di kalangan orang tempatan...jadi ini adalah kehendak pengundi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, sejarah politik Isa yang pernah menghadapi tindakan disiplin kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti suatu ketika dahulu tidak akan menjadi penghalang untuk Umno memberi kepercayaan kepada beliau sebagai calon di DUN Bagan Pinang.

"Walaupun dalam sejarah politik beliau dahulu (pernah dikenakan tindakan disiplin)...itu tidak menjadi masalah kerana rakyat tempatan lebih mengenali hati budi beliau.

"Apa yang saya harapkan ialah agar kita menghadapi pilihan raya ini dengan telus," katanya.

Menurut beliau lagi, seluruh jentera parti akan menggunakan peluang yang ada untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN.

"Kita tahu ini adalah waktu yang terbaik bagi kita. Di samping itu, kita akan jelaskan dasar-dasar kita serta hala tuju kepimpinan Perdana Menteri kepada rakyat," katanya.


Read More

PETANDA AWAL PAS AKAN DIMALUKAN DI BAGAN PINANG



Beginilah keadaan Majlis Pengumuman calon PAS yang tidak mendapat sambutan daripada penduduk Bagan Pinang. Kerana tidak mendapat sokongan orang melayu, mereka mengadakan majlis tersebut di Bilik Gerakan DAP yang terang-terang menentang negara Islam.


Read More

PETANDA AWAL KEMENANGAN BN











Kehadiran pengunjung yang melebihi 15,000 orang di majlis sambutan hari raya bersama PM dan majlis pengumuman calon di Pusat Operasi BN petang semalam memberikan petanda awal BN akan menang besar di Bagan Pinang. InsyaAllah.


Read More


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP