Wednesday 7 October 2009

Tahaluf Siasi (Perjanjian Politik) PAS dengan DAP & PKR: Merugikan umat Islam!


Perkongsian kuasa (Power Sharing) & Perjanjian politik ( Tahaluf Siyasi)[1]

Keterangan: Iaitu perkongsian pemerintahan negara dengan golongan “bukan Islam”. Ia diperkenalkan oleh Perikatan dan kemudian dikenali sebagai BN. Manakala istilah Tahaluf Siasi pula telah diperkenalkan oleh PAS untuk bersama DAP dan PKR.

Hujah PAS: Perkongsian kuasa antara BN adalah tidak bersandarkan siasah syariah dan tidak ada tahaluf siyasi. Maka mereka ini kafir[2] berdasarkan ayat Surah Ali Imran ayat : 28 “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali ( teman,pemimpin, pelindung dan penolong ) dengan meninggalkan orang mukmin , barangsiapa berbuat demikian niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah .....

Hujah BN: Perkongsian kuasa itu adalah menepati siasah syar’iyah kerana ayat 28 yang dibaca hanya separuh. Separuhnya yang lain disembunyikan iaitu [ KECUALI kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksanya ) dan hanya kepada Allah tempat kembali ] . Adapun Tahaluf Siyasi PAS dengan PR adalah Tahaluf yang haram kerana bersama golongan yang jelas menentang Islam.

Pendirian penulis: Perkongsian kuasa adalah merupakan pendekatan yang terbaik untuk negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Orang Melayu tidak mungkin boleh hidup tanpa bangsa bukan Melayu begitu juga sebaliknya. Begitu juga perjanjian politik atau “Tahaluf Siasi” yang hendak dilakukan, mestilah ianya tidak merugikan Islam atau memecah belahkan umatnya dan mengadaikan prinsip Islam.

Tahaluf yang haram
Tahaluf yang boleh mendedahkan kepada musuh Islam untuk menyerang balik terhadap golongan Islam.
Tahaluf Fikri, perjanjian dalam bentuk pemikiran dengan memaksa supaya diterima pakai pemikiran atau ideologi yang bukan datang dari Islam.
Tahaluf yang akan menyebabkan umat Islam berpecah-belah dan bermusuh sesama sendiri.

Tahaluf Siasi PAS adalah haram
1. Formula perkongsian kuasa BN telah menjadi pengajaran kepada PR. Iaitu perjuangan secara bersendirian tanpa pertolongan non muslim tidak akan membawa ke mana-mana.
2. Maka PAS telah menghalalkan tindakan mereka yang selama ini bermusuh dengan Malaysian Malaysia DAP dengan istilah Tahaluf Siasi. Pas juga mengugurkan negara Islam dan hudud di peringkat Faderal asalkan dapat bersama DAP.
Haji Hadi telah mengatakan: “ Justeru, kerana isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan Syari’at menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad yang besar) untuk tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat Faderal. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat Faderal. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang BA atau pembangkang akan menubuhkan kerajaan Demokratik dan Adil di peringkat Faderal atau Pusat yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada”.[3]

Kesimpulannya
Tahaluf Siasi samada di Malaysia dalam hal yang bukan berbentuk peperangan bersenjata. Maka ia adalah harus.
Tahaluf yang menyebabkan kerugian di pihak Islam dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam adalah haram. (mudharat) Ini seperti yang dilakukan oleh PAS semenjak tahun 1999.
Tahaluf yang boleh mengangkat martabat Islam, menguntungkan di pihak Islam dan umatnya adalah diharuskan bahkan boleh jadi wajib. (manfaat) Hal ini yang dilakukan oleh Nabi SAW sila rujuk buku Munir Muhammad al-Ghadban, al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam.

[1] Lihat Munir Muhammad al-Ghadban, al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam, Cetakan ke-3, Dar al-Salam 1999
[2] Lihat kertas putih kerajaan Malaysia bertarikh 8 November 1984, Fatwa tersebut dikeluarkan oleh Dewan Ulamak PAS pada bulan Ogos 1963.
[3] Amanat Perdan Pemangku Presiden “ Pilihanraya ke-11: Formula kemenangan” 18 Januari 2003

2 comments:

Anonymous 7 October 2009 at 10:43  

Perjanjian haram. Dulu UMNO bersama MCA kafir. Jadi perjanjian PAS & DAP terus masuk syurga. PAS di ceramah perdana suruh kita mengamanat Islam sebagai tunjang perjuangan. Tetapi dalam realiti sebenarnya Islam telah di hina Melayu di pijak dan PAS rela membiarkan berlaku demikian kerana semata ingin memenuhi nafsu politik. PAS untung rakayt akan rentung

Kota Damansara 7 October 2009 at 11:16  

Jngn terlalu emosional... just fikirlah apa yang dah berlaku.. jngn terlalu taksub pada PAS,PKR dan DAP. Aku dulu adalah pengikut sentiasa DSAI tetapi bnyk agenda yang tak boleh aku terima pakai demi untuk PR yang idea dari saudara Anwar Ibrahim. Terlalu bahaya. Aku juga yg membawa PKR kuat satu ketika di DUN Bemban ,Melaka dimana saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dilahirkan di Kampung Kesang Tua.(Sam). Allhamdullilah aku sedar cepat demi aku ingin memperjuangkan bangsa dan agama aku. Percayalah dlm PR, penyokong PR akan memberi kelebihan kepada MT DAP dan PKR saja. PAS jngn bermimpi untuk memegang apa2 portfolio yg penting di setiap jajahan PR(PKR,PAS dan DAP) kecuali Saudara Anwar tidak dapat mengganggu-gugat Kelantan dan Kedah disbbkan PAS terlalu ramai di DUN.

Aku tidak menyalahkan org PAS tetapi aku pelik kenapa pemimpin PAS masih tidak dapat memikir apa kehendak sebenarnya Anwar Ibrahim.

Pengikut PAS jngn emosional berfikirlah apa yang berlaku kepada saudara islam kita di Selangor, Penang dan Perak satu ketika.

Dan pengikut PAS jngn terkejut jika PAS Selangor akan keluar dr Pakatan Rakyat. Jngnlah kita membenarkan agama kita dihina dan dicaci seperti mana yang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP. Pertahankanlah jngn kita mudah diperkotak-katikkan demi mencapai agenda saudara Anwar Ibrahim yng bercita-cita menjadi P.M. Berfikirlah seperti Saudara Azman Ketua Pemuda PAS Gombak dan Datuk Dr Hassan Ali. Waallahuallam....


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP