Friday 9 October 2009

Strategi baru Komander PAS khawarij menggunakan SMS 'perang fisabilillah'


PAS khawarij semakin terdesak, kelam kabut, kekalahan sudah amat terasa sekali, PAS khawarij bukan takut menghadapi kekalahan, PAS khawarij sudah beratus kali menghadapi kekalahan dalam pilihan raya.

PAS khawarij sebenarnya takut menghadapi malu, malu dengan fitnah serta pembohongan yang semakin hari semakin terserlah, malu hendak hadapkan muka dengan masyarakat yang mereka tipu.

Apa tidaknya, habis semua tok-tok Imam, pak-pak Haji, pak-pak lebai, nenek-nenek, tok wan-tok wan, kecik besar kena tipu, kena bohong.

Amat memalukan lagi, mereka membawa fitnah, bercakap bohong dari aspek keagamaan, dalam surau-surau, dalam Masjid-Masjid, dengan hujah-hujah Al Quran dan Hadis, tukang ceramah pula semuanya bertaraf Al-Fadhil, Al Ustad, berjanggut, berjambang, berjubah dan berserban………

Yang paling PAS khawarij ini malu dan takut kalau kalah di Bagan Pinang apabila kemaluan mereka jatuh di atas kebongkakan, kesombongan, ketakburan mereka yang terlalu gah memenangi 7 kali PRK dalam kubu sendiri…………

‘Mano nak letak muko jang oiiiii’ kata orang Nogori.

Tak pe lah, memang muko dia orang dah pu ditampal dengan kulit babi, muko tak reti malu macam ketua penasihat dia orang, dah puas sodok bontot orang buat muka selamba je….

Ibarat sudah ‘terperosok ke dinding’ maka Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi yang meminta ahli-ahlinya untuk turun ke Bagan Pinang atas nama ‘jihad fi sabilillah’. Dalam bahsa mudahnya, mengajak Pemuda PAS khawarij datang ‘berperang’ di Bagan Pinang.

Satu strategi perang saikologi yang digunakan oleh Ketua Pemuda PAS khawarij. Sebenarnya Nasaruddin Tantawi terpaksa gunakan strategi begini dalam usahanya untuk memanggil lebih ramai pemuda-pemuda PAS khawarij datang ke Bagan Pinang.

Inilah jalan terakhir Nasaruddin Tantawi untuk menakut-nakutkan pengundi, sekurang-kurangnya dapat menghalang atau mengurangkan pengundi-pengundi kaum cina dan India yang menyokong UMNO-BN keluar mengundi.

Nasaruddin dan Salehuddin lebih sanggup melakukan perbuatan yang sangat merbahaya ini melalui penyebaran SMS seumpama itu sambil mendakwa penyokong-penyokong UMNO menyerang orang-orang PAS mengunakan pedang Samurai.

Semasa PRK DUN Permatang Pasir, Nasaruddin menjadi pakar dengan strategi memalukan calon UMNO-BN bersama dengan Mahfud Omar selaku pengarah pilihan raya PAS khawarij dengan isu isteri kedua Rohaizat, sehinggakan Rohaizat dan BN tersungkur ditangan pengundi-pengundi mereka yang jumud.

Tetapi, di DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub selaku pengarah pilihan raya juga cuba menggunakan isu rasuah (sebenarnya politik wang) dalam UMNO dan juga isu undi pos tidak mendapat sambutan, maka Nasaruddin yang kononnya komander perang jihat fisabillillah PAS khawarij menggunakan strategi begini yang akan memakan diri mereka sendiri………

Allah sebenarnya bukan sentiasa memakbulkan setiap perbuatan khianat mereka disamping itu juga pengundi-pengundi di Bagan Pinang bukan terlalu bodoh untuk mudah diperkotakkatik oleh kuncu-kuncu PAS khawarij.

Peluru berpandu yang mereka lepaskan telah berbalik dan meletup ke kubu mereka sendiri………


1 comments:

Anonymous 10 October 2009 at 00:17  

Berita Harian 18 Julai 2009REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.Beliau mewakili penduduk Kampung Waris Tebat, Kampung Chua Hilir dan Kampung Chembong Halt yang tidak berpuas hati dengan bayaran pampasan berhubung pengambilan tanah adat mereka untuk projek pembinaan landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion.
Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah."Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru.
Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.Beliau berkata demikian selepas bertemu dan mengemukakan masalah bayaran ganti rugi tidak setimpal yang diterima penduduk kampung yang terbabit dalam projek itu kepada Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail di rumahnya, di sini.Chik Tak mendakwa, penduduk juga kesal dengan cara pihak terbabit dalam projek itu mengambil tanah penduduk yang tidak mengikut prosedur yang betul kerana majoriti penduduk masih belum menerima borang berkaitan proses pengambilan tanah."Kami juga tidak diberi pendedahan secukupnya untuk membincangkan masalah pengambilan tanah dan rumah oleh kerajaan dan pihak berkaitan," dakwanya.Seorang penduduk, Ismail Alias, 67, berkata pihaknya kesal dengan sikap tidak beradab pihak kontraktor yang sudah mula melakukan kerja mencedok tanah di rumahnya tanpa memberi notis pemberitahuan.
"Saya tidak diberitahu kawasan rumah saya turut terbabit dalam projek ini. Sepatutnya, hendak masuk rumah orang, berilah salam dulu. Ini tidak, terus melakukan kerja tanpa bertanya dulu kepada tuan rumah," katanya.Seorang lagi penduduk, Norizan Tamby, 50, berkata sejak mengetahui separuh daripada rumahnya akan diambil untuk projek itu, hampir setiap malam tidurnya tidak lena kerana memikirkan nasibnya.
"Saya juga terpaksa menunda majlis perkahwinan anak saya yang dijadualkan tahun ini ke tahun depan. Siapa yang tidak runsing separuh daripada rumah yang didiami sejak berpuluh tahun lalu akan dirobohkan," katanya.Sementara itu, Ishak berkata, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengemukakan masalah penduduk dan meminta supaya kerja pembinaan landasan itu dihentikan sementara.
"Terdapat banyak masalah yang dihadapi penduduk dan perkara ini tidak boleh di pandang ringan. Jadi, kerajaan perlu menghentikan sementara projek ini sehingga satu penyelesaian adil dan saksama dapat dicari," katanya.
Ini berita dari surat khabar gerombolan bukan Harakah bukan Suara Keadilan. Takkan nak berdalih UMNO. Bukan sikit tanah di N9 yang tergadai ke bangsa asing. Tak kira tanah adat ke tanah kubur ke, asal projek berbillion pasti dikaut dan disondolnya. Mana pergi pejuang Melayu dan pejuang Kepala Lembu..?Malah ada kes Masjid nak dirobohkan pun puaka pejuang Melayu Kepala Lembu ni diam membisu saja. Sebab yakin kerusi Bagan Pinang dalam tangan ke..?
Pasal tu tak ambil kisah.. maklumlah undi Pos saja hampir 5000 apa ada hal dengan Melayu. Yang penting UMNO bila tersepit baru ingat Melayu.. kalau selesa melayu dikutuknya dicampaknya ke tong sampah saja..Ingat apa kata-kata hina pemimpin UMNO pada Orang Melayu masa mereka selesa berkuasa dulu...! Melayu Mudah Lupa..! Melayu Haprak..!Eh..! bila dah tersepit ni baru nak laung hidup Melayu.. ? Bubar lagi baiklah UMNO.. Dulu dah haram ingatkan tubuh yang baru nak buat cara halal lah.. rupanya lagi haram dari UMNO yang diharamkan.. Melayu je kena tipu dengan UMNO baru ni.. Bila masa dia merdekakan Negara.
UMNO baru pun baru tubuh 1988. UMNO yang kononnya merdekakan Malaysia dah lama pupus diharamkan lah.. Jangan Nak belit..!!!


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP