Tuesday 6 October 2009

Penduduk Bagan Pinang kena fikir masa depan

MULAI kelmarin, kempen sudah giat dijalankan jentera dan penyokong kedua-dua calon yang merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calonnya, manakala Pas diwakili Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Berbaki tujuh hari lagi, seramai 13,664 akan membuat keputusan untuk memilih sama ada BN atau Pas. Kita yakin pengundi bijak membuat pilihan dan tidak mudah terpengaruh dengan kempen berbentuk serangan peribadi dan mengeksploitasikan isu tertentu.

Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pengundi mesti sedar pilihan raya kecil bukan mengenai soal pembentukan kerajaan tetapi memilih wakil rakyat bagi kawasan berkenaan.

Oleh demikian, dalam soal pilihan raya kecil seperti di Bagan Pinang ini yang penting ialah khidmat seorang bakal wakil rakyat, siapa yang boleh beri khidmat bakti dan menyelesaikan banyak masalah pengundi di kawasan itu. Malah, BN memilih Isa kerana yakin dengan kemampuannya selain diterima baik akar umbi.

Semua ini sepatutnya menjadi kayu ukur utama pada masa pilihan raya kecil seperti di Bagan Pinang ini. Sudah tentu pengundi mahu usaha pembangunan yang dijalankan BN sebelum ini diteruskan dan bagi memastikan kelangsungan itu, BN perlu diberi mandat untuk terus mewakili kawasan yang popular dengan pelancong itu.

Seperti biasa pembangkang sudah pasti akan menjadikan pilihan raya kecil ini untuk mengetengahkan pelbagai isu dan masalah, sama ada bersifat tempatan atau nasional.

BN boleh menjangka apa yang pembangkang akan bawa dan jentera BN perlu menangani isu itu satu persatu, berkaitan apa saja isu yang bertujuan menjumudkan pemikiran pengundi.

Bagaimanapun, petugas jentera kempen BN tidak boleh terlalu yakin dan bersikap selesa, kerana dalam sistem demokrasi, setiap pengundi mempunyai hak untuk menentukan pilihan mereka apabila keluar mengundi pada 11 Oktober nanti. Bersikap ambil mudah adalah ancaman kepada BN dan sikap itu perlu dikikis. Pengundi tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengakui calon partinya untuk menang adalah tipis.

Ini mungkin perangkap untuk menjerat kelalaian jentera kempen BN dalam usaha Pas untuk mencuri sebanyak mungkin undi menyebelahi mereka. Kepada petugas BN, mereka perlu bekerja keras dengan penuh kejujuran setiap masa serta mengelak menimbulkan provokasi yang boleh mencetuskan kekecohan.

Kita tidak mahu kekecohan pada proses penamaan calon kelmarin, berulang. Kita berharap pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terus memantau keadaan bagi memastikan pilihan raya kecil itu berjalan lancar dan tindakan tegas hendaklah diambil terhadap sesiapa saja yang menimbulkan kekacauan. - Berita Harian


2 comments:

amiersyakir 6 October 2009 at 03:20  

Biasany khidmat parti lwn kepada rakyat lebih menampakkan ke prihatinan kerana mereka bergerak dengan wang yang di perolehi dari rakyat untuk rakyat...tapi khidmat wakil rakyat yg sedia ada banyak yang hanya hantar wakil aje berjumpe dengan rakyat dan tidak menampakkan wang yang disumbangkan adalah wang rakyat tetapi ..menampakkan itu adalah wang YB yang demawang...akhirnya rakyat dapat memahami maksud YB yang nak kekalkan sangat jawatannya

Anonymous 8 October 2009 at 11:07  

apa jaminan umno untuk masa depan kami selepas kami mati...adakah umno sedia mengikut jalan yg dipandu mengikut AlQuran dan sunnah...sekurang2 amno berjanji untuk untk melaksanakan islam baru laa terlepas dosa kami untuk memilih umno...


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP