Wednesday 7 October 2009

PENAFIAN OLEH DATUK A. RAHMAN HASSAN



DATUK A RAHMAN HASSAN(Dua dari kiri) bersama-sama
dengan Datuk Bakri(UMNO Kedah), Haji Ishak dan Prof. Dr. Ismail Bakar
bergambar bersama-sama kenyataan akhbar sebagai bukti penafian.

Kad Keahlian Datuk A Rahman Hassan sebagai bukti
beliau adalah ahli UMNO yang setia.

ISI PENUH KENYATAAN AKHBAR:

KENYATAAN AKHBAR
DATO’ A RAHMAN HASSAN

Saya ingin merujuk kepada WARTA BAGAN PINANG 3 terbitan Pakatan Rakyat di muka 2 yang di antaranya memaparkan gambar saya dengan tajuk “Artis turut bersama-sama himpunan PAKATAN RAKYAT”

Saya ingin menafikan dakwaan tersebut. Sebenarnya gambar itu diambil semasa saya, Dr Ismail Bakar dan Hj Ishak Abdullah, sedang dalam perjalanan menuju ke Dewan Penamaan Calun pada pagi 3hb Oktober baru-baru ini. Ramai peminat dan kenalan saya mengambil gambar bersama tetapi tidak menyangka gambar saya akan digunakan seperti ini yang amat mengelirukan. Saya amat terkejut bila diberitahu oleh sahabat saya bahawa gambar saya telah disalahgunakan oleh Pakatan Rakyat. Saya adalah ahli UMNO (No Ahli: 00007475) sejak awal lagi dan setakat ini belum pernah berhasrat untuk meninggalkannya kerana jasa-jasa UMNO yang terlalu banyak khususnya dalam menyelamatkan Bangsa, Agama dan Negara. UMNO juga talah memertabatkan Malaysia sehingga diiktiraf segbagai Negara contoh di kalangan Negara-Negara Islam.

Walaupun Negara ini sebuah Negara demokrasi di mana rakyatnya adalah bebas untuk memilih dan menyertai mana-mana parti politik, tapi saya telah memilih untuk menyertai dan menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Namun demikian saya tidak pula membenci atau memusuhi sesiapa sahaja yang berpendirian berbeza. Sebagai anak seni saya berpegang teguh kepada konsep ‘SENI UNTUK MASYARAKAT’.

7hb Oktober 2009.

Diharap dengan kenyataan ini maka segala fitnah yang mungkin timbul selepas ini, segala persepsi negatif yang telah timbul disebabkan tersiarnya gambar beliau didalam tabloid sisipan pihak pembangkang dan ketidakselesaan yang ujud dapat terjawab dengan sendirinya.





1 comments:

Anonymous 8 October 2009 at 09:50  

Harap dengan insaf Ahli PAS akan masuk UMNO demi menyelamatkan rakyat Islam. Selama kita terima dan telan apa yang PAS cakap pasal agama Islam semuanya betul. Dulu fitnah demi fitnah di terima bulat bulat. Jadi marilah kepangkalan jalan bersama UMNO memperjuangan hidup yang selesa, aman dan harmoni.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP