Wednesday 7 October 2009

Pemuda UMNO buat laporan polis

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dimulakan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan Datuk S. Nallakarupan baru-baru ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tuduhan berkaitan dengan sumber kewangan Anwar perlu disiasat dengan secepat mungkin dan tidak sepatutnya dilupakan.



''Dalam kenyataannya, Nallakarupan mendakwa Anwar diketahui mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dalam kenyataan yang dibuat dalam tahun 1999.

''Menurut akuan berkanun Abdul Murad, Anwar mempunyai RM3 bilion yang disimpan dalam beberapa master accounts,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairy menegaskan, tuduhan berkenaan amat berat.

''Apabila akuan berkanun Datuk Abdul Murad dibuat, ramai yang tertanya apakah hasil siasatan daripada pihak berkenaan.

''Ramai yang masih ingin tahu sama ada tuduhan tersebut betul dan sekiranya betul apakah tindakan selanjutnya,'' katanya.

Tambah Khairy, sekarang rakyat diingatkan lagi dengan satu pengesahan daripada Nallakarupan yang sebagai sahabat karib kepada Anwar sudah tentu mempunyai maklumat yang tepat.

''Sekiranya Nallakarupan masih menegaskan bahawa Anwar mempunyai pelbagai sumber sambil merujuk kepada akuan berkanun Abdul Murad, perkara ini perlu disiasat dengan teliti, terperinci dan segera demi kepentingan awam,'' katanya.

Menurut beliau, Pemuda UMNO juga memandang berat taktik kotor pakatan pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

''Pakatan pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan dan dakyah terhadap Barisan Nasional (BN) dan calon BN semata-mata untuk mengelirukan pengundi.

''Suka saya mengingatkan pihak pembangkang agar jangan menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri,'' katanya. - Utusan


7 comments:

kulatlapok 7 October 2009 at 06:57  

Yang jadi BANGGANGNYA kat sini islsh agen kerajaanlah, sprm buat apa sejak 10 tahun..????

Anonymous 7 October 2009 at 09:08  

Pemuda mcm x pemuda. Yg boleh dia buat takat buat polis repot aje. kerja lain tak reti.

Anonymous 7 October 2009 at 09:36  

Anwar adalah ibu segala rasuah semasa menjadi TPM. SPRM pun kena siasat wakil rakyat PAS di Kelantan boleh bayar tuntutan cerai RM3juta dari hasil balik. Pasal rasuah, PAS pun rasuah. Lagi besar serban di kepala lagi besar jin dan lagi besar rasuah yang di tanggung. PAS dah mula takut sebab selama ini PAS asyik berceramah BN rasuah tetapi di sebalik takbir PAS rasuah secara senyap hingga bini lebih daripada 2 pun ada. Kalau bini rumah banglo bini kedua & ketiga rumah banglo. Satu ada driver semua nak driver. Jadi berlaku rasuah

Anonymous 7 October 2009 at 10:39  

kes ni lama sangat untuk diperbincangkan dan diambil tindakan.Peti-peti yang nuar larikan dulu duit le tu. Bila nak pilihanraya baru sebut bosan beb.Walau orang kata kau macam macam aku tetap hormat kau jadi Ketua Pemuda sebab kau menang.Kau kena berani jadilah anak rimau ada taring.tubuhkan dan perkuatkan komando UMNO sekarang aku bosan dengan samseng-samseng pas/pkr ni.Buka lah balik kem Ghafar Baba.Kau jangan marahkan ghafar baba sampai kem tu kau tutup.

Anonymous 7 October 2009 at 10:58  

Tutp kem Ghafar Baba kerja Anwar lah. Anwar kan suka kerja menghancurkan dan melagakan Melayu sesama Melayu.

Unknown 7 October 2009 at 11:40  

Gua Pemuda UMNO jugak,
tapi... rasa macam menyampah plak bila KJ baru sekarang baru nak wat report Polis.

Pemuda UMNO jgn terlampau taksub dan berbangga untuk membuat laporan Polis.

Rakyat la ni dah tak bodoh... mereka dah boleh pikir kenapa skrg baru nak sibuk buat laporan Polis.

Knapa KJ tak tanya sendiri semasa menyambut Anwar keluar dari Penjara dulu.

Harap Pemuda UMNO tidak buat kerja yang menyebabkan UMNO kecundang di Bagan Pinang.

1Malaysia.

MAN5958 7 October 2009 at 14:26  

Wahai masyarakatku sekalian....

Soalan yang diajukan

1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....

2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....

3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?

4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?

5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?

6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah

1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor

Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.

Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP