Tuesday 6 October 2009

Pas pertahan tindakan Gobalakrishnan

Di negara Asia Barat, Bahasa Al-Quran dah jadi pertuturan mereka. Jangan kerana nak halalkan perbuatan Gobala, Salahuddin memutarbelitkan fakta.

PORT DICKSON 5 Okt. – Tidak salah Ahli Parlimen Bagan Serai, N. Gobalakrishnan menggunakan petikan ayat suci al-Quran ketika berkempen kerana ia bertujuan untuk menguatkan hujah sewaktu berceramah.

Itu alasan yang diberikan oleh Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub ketika mempertahankan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang memetik ayat dari surah al Imran dalam ucapannya di markas Pas di sini malam kelmarin.

Menurut Salehuddin, tindakan itu tidak salah malah bukannya sesuatu yang bertentangan dalam Islam kerana apa yang dilakukan oleh Gobalakrishnan itu bertujuan untuk mempertahan serta menguatkan hujahnya.

Justeru beliau berkata, golongan yang menyelar tindakan Gobalakrishnan kerana tindakannya memetik ayat-ayat suci al-Quran ketika berkempen disifatkan sebagai mereka yang berfikiran lapuk dan terkebelakang.

‘‘Salah ke Gobalakrishnan memetik beberapa ayat al-Quran di dalam ceramahnya? Pas melihat ini bukannya satu kesalahan kerana tujuan Gobalakrishnan adalah untuk menguatkan hujahnya ketika memberi ceramah.

‘‘Di Mesir, rakyatnya yang bukan beragama Islam antaranya masyarakat Yahudi sering memetik ayat-ayat suci al-Quran.

‘‘Sebenarnya Islam tidak pernah menghalang orang yang bukan Islam berbuat demikian,’’ katanya di markas Pas Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di sini hari ini. - Utusan

5 comments:

Anonymous 6 October 2009 at 09:51  

PAS ingin kuasa politik. Jadi terpaksa mempertahanan kerja kerja yang di larang oleh Islam. Walaupun sebutan Gobala tak betul PAS tetap akan pertahankan. Allah swt tak rela PAS menang kerana PAS adalah perosak agama Islam sendiri. Allah swt tak akan benarkan PAS mempermainkan dan memperbodohkan agama Islam kerana keuntungan politik PAS. Nanti Allah swt turun bala kepada Ahli PAS

INI ANAK MELAYU 6 October 2009 at 10:24  

Sapa2 ada video clip yg menunjukkan si Gopala tu sebut ayat Quran tu, uploadlah kat YouTube. Nak tengok samada disebut itu bahasa al-Quran atau sekadar terjemahan sahaja. Kalau dia sebut bahasa al-Quran, itu patut ditegur. Kalau sekadar terjemahan, itu tak ada masalah. Saya tak nak kondem si Gopala selagi tak tau hujung pangkal.

Unknown 6 October 2009 at 13:19  

hamPAS semakin terdesak untuk kepentingan Politik. Niky ajis semakin gila, jgn sampai sambutan Maulud Nabi di Kelantan tahun depan, antara penceramah jemputan si gopala tu.

Anonymous 6 October 2009 at 13:36  

Di Selangor Khalid Samad masuk gereja, itu ikut nabi.Di Kelantan nepotism, itu ikut nabi, Di Damansara, main bontot itu ikut DSAI. PAS boneka itu ikut DAP. Kalau UMNO buat dah tentu satu bakul kena dalam ceramah perdana. PAS dah sesat

Anak Kesang 6 October 2009 at 19:33  

Jngn terlalu emosional... just fikirlah apa yang dah berlaku.. jngn terlalu taksub pada PAS,PKR dan DAP. Aku dulu adalah pengikut sentiasa DSAI tetapi bnyk agenda yang tak boleh aku terima pakai demi untuk PR yang idea dari saudara Anwar Ibrahim. Terlalu bahaya. Aku juga yg membawa PKR kuat satu ketika di DUN Bemban ,Melaka dimana saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dilahirkan di Kampung Kesang Tua.(Sam). Allhamdullilah aku sedar cepat demi aku ingin memperjuangkan bangsa dan agama aku. Percayalah dlm PR, penyokong PR akan memberi kelebihan kepada MT DAP dan PKR saja. PAS jngn bermimpi untuk memegang apa2 portfolio yg penting di setiap jajahan PR(PKR,PAS dan DAP) kecuali Saudara Anwar tidak dapat mengganggu-gugat Kelantan dan Kedah disbbkan PAS terlalu ramai di DUN.

Aku tidak menyalahkan org PAS tetapi aku pelik kenapa pemimpin PAS masih tidak dapat memikir apa kehendak sebenarnya Anwar Ibrahim.

Pengikut PAS jngn emosional berfikirlah apa yang berlaku kepada saudara islam kita di Selangor, Penang dan Perak satu ketika.

Dan pengikut PAS jngn terkejut jika PAS Selangor akan keluar dr Pakatan Rakyat. Jngnlah kita membenarkan agama kita dihina dan dicaci seperti mana yang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP. Pertahankanlah jngn kita mudah diperkotak-katikkan demi mencapai agenda saudara Anwar Ibrahim yng bercita-cita menjadi P.M. Berfikirlah seperti Saudara Azman Ketua Pemuda PAS Gombak dan Datuk Dr Hassan Ali. Waallahuallam....


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP