Sunday 4 October 2009

PAS & BUDAYA SAMSENG

Rakyat semalam terkejut dengan sikap penyokong-penyokong Pas mengeluarkan kata-kata kesat malah menumbuk seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya mendapat perhatian serius daripada semua pihak di negara ini


Budaya SAMSENG yang ditunjukan semasa hari penamaan calun MEMBUKTIKAN bahawa PAS kini tidak lagi berlandaskan PRINSIP ISLAM. Sebagai sebuah badan perjuangan Islam, apakah sikap begini mencerminkan imej dan wajah ISLAM ?

Jangan kerana hanya mahu mencapai kemenangan, PAS sanggup melakukan apa sahaja dengan mengenepikan prinsip agama mereka.. "Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…."
At-Tahrim: 6

Cara penyokong PAS yang diluar batasan ini memang tidak boleh diterima oleh RAKYAT. Tindak-tanduk mereka telah memBUKTIkan bahawa PAS akan kalah di Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang.

Kalau dahulu mereka hanya berani bersuara, itu pun dari jauh, tetapi sekarang memukul dan di lakukan di hadapan beribu orang dan difahamkan inilah cara berkempen yang diajarkan oleh Pemimpin-Pemimpin.



12 comments:

Unknown 4 October 2009 at 08:20  

Mula2 kita kena lihat sejarah penubuhan Parti PAS. Ia ditubuhkan kerana rasa kecewa apabila Tuan Haji Ahmad Fuad kalah dalam pertandingan merebut jawatan Yang DiPertua UMNO dengan Tunku Abdul Rahman Putra. Kerana kalah ia merajuk dan menubuhkan parti PAS dan direstu oleh penjajahan British kerana penjajah ini nampak jalan untuk memecahbelahkan orang melayu.

Jelas rancangan British berjaya. Dengan penubuhan parti PAS orang Melayu berpecah belah sehinggalah ke hari ini.

Kita lihat apa yang PAS dah buat untuk negeri Kelantan setelah memerintah begitu lama. Kenapa rakyat Kelantan banyak berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki. Jawapannya ialah kerana kerajaan PAS gagal menyediakan pekerjaan untuk rakyatnya. Kerja pemimpin2 PAS kebanyaknya berceramah dan mencari kesalahan kerajaan BN serta mengutuk pemimpinnya.

Segala pembangunan yang dibuat oleh kerajaan BN selama ini tidak pernah diambil perhatian oleh PAS.
Bukankah membina sekolah2, universiti, hospital2, lebuhraya, jambatan2,surau2, membina bandar2 baru, memasukkan pelaburan asing dengan membina kilang2 bagi mewujudkan pekerjaan untuk rakyat sesuatu yang dituntut oleh agama Islam?

Saya dah pergi hampir semua negeri dalam Malaysia dan saya dapati negeri Kelantanlah yang paling kotor. Bukankah Islam menyuruh umat menjaga kebersihan. Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.

Oleh itu saya menyeru pengundi2 di Bagan Pinang. Fikir-fikirlah sebelum sebelum mengundi. Undilah parti yang bertanggungjawab.

TAIPINGMALI (TM) 4 October 2009 at 09:53  

Pondan betul la Azeez Rempit ni. Sentuh sikit pun tak boleh. Mcm bebudak aje. Mcmana nak jadi hero Rempit kalau bende2 mcm ni tak boleh tahan. Pemuda kena tahan lasak. Kalau tidak, duduk aje kat simpang 3 atau pergilah rempit kat mana2.

pisau.net 4 October 2009 at 10:23  

Tak rock la macam ni. Itu pun tu nak komplen. Aziz Mamak tu kan samseng umno, takkanlah x boleh lepuk seketul dua pd mamat pas/pkr yg tumbuk dia tu, Ini dah kira mcm samseng kg dusun, si sarip dol. Takat boleh jadi hero kampong aje lah si aziz mamak tu.

Anonymous 4 October 2009 at 10:36  

Harap badan je bosar,kena lompang sekali terus logam.Buat malu mat rempit yo orang tuo ni

Anonymous 4 October 2009 at 10:47  

Pihak polis perlu menyiasat segera untuk memastikan keadilan untuk Abdul Azeez. Dalam situasi terdesak sekarang, sesiapa sahaja boleh mengupah mat-mat rempit untuk menimbulkan provokasi lagi memburukkan imej lawan.cuba tanya ketua mat rempit tersebut. Polis sudah tentu senang menangkap suspek kerana sudah tentu ada kamera yang merakamkan kejadian tadi.Dinilai dari segi keuntungan politik, sudah tentu Azeez dan BN mendapat publisiti yang luas, dan semestinya akhbar harian serta tv milik Umno akan memutarkan cerita tersebut setiap hari. Murah jer upah mat rempit tu untuk dapat publisiti. Sampul duit untuk kempen pemilihan yang lebih tebal pun mampu dihulurkan, ini kan pula setakat RM50 seorang,sehelai baju berlogokan parti lawan,nasi bungkus,air tin dan rokok sekotak setiap orang...ciput jer.

Anonymous 4 October 2009 at 10:48  

Lalu ditumbuk mereka si Abdul Azeez MBA pembeli kompeni Sultan Selangor

Sampai di rumah dari Bagan Pinang dalam pukul 4.30 petang tadi. Lepas solat terus tidoq sampai maghrib. Tak tidoq dari semalam.

Umno dah dapat isu. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mempunyai ijazah MBA dari Preston University kena tumbuk. Bernama melaporkan Abdul Azeez "sedia gempur" berkata, sekurang-kurangnya sembilan penyokong PAS melepas tumbukan ke bahagian belakang lehernya sambil menunjukkan tompok-tompok kemerahan kesan pukulan di bahagian berkenaan kepada pemberita.

Dah lama tak dengar cerita Abdul Azeez "saya bukan samseng jalanan" dalam media. Tapi saya memang respect Abdul Azeez. Bayangkan, kompeni Sultan Selangor, Wilayah Arm pun dia beli.

Walaupun habis-habisan Abdul Azeez dituduh pembohong dalam soal Preston University dan Wilayah Arm, tetapi kalau dah sampai tunjuk "tompok kemerahan kesan pukulan", takkan saya nak tuduh dia pembohong pulak. Nampaknya terpaksa buat pengecualian apa yang Mat Salon kata, "once a liar, always a liar". - Pak Bakaq

Anonymous 4 October 2009 at 10:54  

polis m'sia biasanya cekap dan hebat menangkap penyokong pembangkang. kalu depa nak tangkap, kejap jer dah dapat budak2 rempit yang menyamar tu. tapi aku yakin, cerita ni akan hilang lepas abis PRK ni dan budak2 upahan tu akan terlepas.

Anonymous 4 October 2009 at 11:26  

Pondan juga si Azeez ni, patut hentam balik le, kita pun samseng jugak...ini tiba2 hilang taring...Bagan Pinang milik kita, pasal takut. Tak payah la lapor2 polis, cari peluang baru, hentam balikkk...lapor polis buat buang masa jerr.Polis banyak keja len nak buekk. Kita kena cari ketua len nampaknya...

Jang kek kualo pelah. 4 October 2009 at 16:21  

yang aku xthn si Azeez pi report polis n tunjuk bengkak kt tengkuk die. tu lemak tengkuk die lar.. hahahha.. mmber aku kt situ ckp xde sape yg 'usik' die.. cume lambai note rm50 jer.. tengkuk die tu merah sebab si SB yang pegang kt tengkuk die kuat sangat sebab nak lindung si Azeez yang kononnya diserang penyokong PR, maklumlah, 'SB' katakan..

Anonymous 5 October 2009 at 02:10  

salam.

apa pun penyokong PAS di Bagan Pinang terutama pendatang dari kelatan..cuba memperkenalkan budaya penyokong pas beraksi taliban...

bagan pinang bukan budaya wilayah kelantan...pengundi-pengundi lebih matang....

Anonymous 5 October 2009 at 12:29  

Bapa borek anak rintik, Pemimpin dengan pengikut sama naik samseng. Nik Ajis baik tapi ada gedebe samseng le tu. Orang Bagan Pinang adalah orang berilmu,walaupun mereka tak semuanya kaya tapi mereka tidak sampai lari dari menyokong BN dan UMNO.Cuma ada satu keluarga saja di Kedah yang keluar masuk UMNO, itu pun teladan jangan sampai rakyat banyak keluar beramai-ramai. Jangan ajar rakyat banyak bisneskan politik. PRU12 tu rakyat banyak baru tunjuk sikit.Tapi Bagan Pinang tetap Bersama UMNO sebab calun ni tak macam orang Kedah sekeluarga tu.

MAN5958 7 October 2009 at 11:44  

Wahai masyarakatku sekalian....

Soalan yang diajukan

1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....

2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....

3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?

4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?

5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?

6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah

1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor

Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.

Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP