Friday 2 October 2009

Pakatan Haram kena tindakan oleh SPR

SEREMBAN – Larangan memasang bahan kempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mendapat reaksi berbeza pemimpin pakatan pembangkang di negeri ini.

Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook berkata, pihaknya akur dan akan menuruti arahan yang dikeluarkan itu tetapi berharap agar SPR memberi sedikit kelonggaran.

“Jika mereka (SPR) tidak bagi, kita ikutlah. Namun begitu, larangan tersebut tetap tidak sepatutnya berlaku kerana ia tidak menggambarkan yang mereka mengamalkan demokrasi,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, partinya bagaimanapun tetap akan memasang bahan kempen seperti bendera, logo dan gambar pemimpin mereka tetapi hanya membabitkan bilik gerakan pilihan raya yang terletak di Batu 9, Port Dickson saja.

“Kalau tidak boleh pasang di jalan, kita akan pasang di bilik gerakan pilihan raya sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Sementara Ahli Jawatankuasa PKR negeri, Rashid Latiff pula berpendapat, tindakan SPR itu adalah untuk menghalang parti komponen pakatan pembangkang menjalankan kempen pada pilihan raya kecil itu.

“Mengapa SPR melarang kita untuk mengibarkan bendera? Adakah mereka mahu jatuhkan Pakatan Rakyat (PR)? Saya berpendapat hal ini mesti ada campur tangan dengan pihak lain,” katanya.

Menurut Rashid, berikutan arahan SPR itu, pihaknya terpaksa menanggung kerugian besar kerana selain bahan kempen Pas, mereka juga telah mengeluarkan belanja besar untuk menyediakan bahan kempen membabitkan PKR dan DAP. klik selanjutnya

Komen

Sudah nama pun Pakatan Haram yang tidak berdaftar ,ada hati nak gantung bendera dan poster . Kesiannya kepada mereka kerana terpaksa menanggung kerugian besar berikut arahan SPR ini. Tak pa , duit akan mai banyak lagi dari luar , bukan kah Anwar baru sahaja pergi Amerika selepas hari raya .



2 comments:

Anonymous 2 October 2009 at 23:07  

Pelik ya..PAS suka bebeno benda-benda yang haram..? Pakatan Haram yang sampai sekarang tak didaftarkan, sokong zina haram bila Tok Guru sendiri membela Eliz Wong, sokong orng buat kerja haram..ada yang halal pergi cari jalan belakang...entah le...apa nak jadi dengan puak khawarij ni..masyaAllah..bertaubatlah..seperti yang di syorkan oleh Karpal Sing kepada Anuar dan terbaru dari DAP selangor kepada hassan ali..Pintu taubat masih terbuka..jangan "taubuat" aje..

YANG GAMBI 2 October 2009 at 23:15  

Salam, sebab mereka rasa sudah pasri masuk 'syurga', maka mereka lebih suka kepada benda-benda haram......


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP