Saturday 3 October 2009

Pak Samad – akan keluar dari gua pertapaan bila ada piliharaya kecil



Pak Samad sudah memulakan langkahnya keluar dari gua pertapaan, kali ini dengan memulakan kritikan terhadap Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, telah meluluskan resolusi untuk "mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu."

Pak Samad berkata usaha untuk "memartabatkan" lagi bahasa Melayu melalui penguatkuasaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berkesan selagi kerajaan tidak memansuhkan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). KLIK

Pak Samad akan memulakan langkah keluar dari gua bila setiap kali adanya pilihanraya kecil, semangat juang mempertahankan bahasa Melayu akan mencapai klimaknya bila tiba musim-musim pilihanraya.

Kalau di pilihanraya kecil Kuala Trengganu dan Permatang Pasir Pak Samad diusung ke pelusuk kampung oleh DAP, PKR dan PAS untuk memberitahu orang-orang Melayu kononnya pemimpin UMNO dan kerajaan BN hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

Pak Samad sentiasa memberi pesan, jika rakyat sayangkan bahasa Melayu. Jika mahu bahasa Melayu dilanjutkan dan dilestarikan gunakanlah undi rakyat, sebab, pemimpin-pemimpin UMNO hanya tahu ‘bahasa undi’ sebab Pemimpin Umno tidak tahu bahasa Melayu.

Pak Samad mendakwa UMNO-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini. Oleh itu, Pak Samad menggesa golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.

Begitulah bahasa puisi Pak Samad yang bergelar Sasterawan Negara, bila tiba musim pilihanraya kecil akan mendakwa pemimpin Umno-BN melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasa Melayu kerana PPSMI dilaksanakan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Pak Samad macam juga sesetengah penulis blog yang dulunya berkobar-kobar menulis kebenaran kerajaan UMNO-BN, kini bertukar arah bila kurang mendapat perhatian atau tidak menerima upah.

Mungkin Pak Samad sendiri tertekan kerana budaya membaca buku-buku sastera, cerpen, novel dikalangan muda sudah lenyap kerana wujudnya PPSMI.

Tetapi Pak Samad tidak nampak minat golongan muda membaca buku-buku berbentuk sanstera berkurangan sebelum wujudnya PPSMI lagi, kerana apa ?

Kerana terbitnya majalah-majalah kartun humor yang diterbitkan oleh penulis-penulis kreatif seperti Zuna, Cabai dan ramai lagi yang melukis kartun-kartun dengan gaya bahasa Melayu kartun juga.

Pak Samad tidak sedar golongan ini yang telah melacurkan bahasa Melayu dengan gaya kartun sehingga menjadi ikutan anak-anak muda sejak dari dulu lagi. Majalah-majalah humor yang menjadi langanan anak-anak muda semakin berkembang luas demi keuntungan bagi penerbit dan penulisnya, tanpa memikirkan kesan kepada budaya itu sendiri.

Demi keuntungan Pak Samad juga menumpang dalam majalah humor yang tidak bermoral seperti ‘Gedung Kartun’ terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd. Pak Samad yang yang lantang menentang dasar PPSMI, turut menyumbang rencana demi duit dan keuntungan.

Adakah Pak Samad tidak sedar, Pak Samad juga telah menyokong majalah seperti ini untuk mempengaruhi generasi muda hilang budaya hurmat menghurmati kepimpinan Negara, Pak Samad juga penyemai sikap kurang ajar kepada anak-anak muda melalui majalah humor seperti itu.

Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan kerana melaksanakan PPSMI dalam pembelajaran di sekolah-sekolah dan IPT, tetapi tidakkah penerbitan majalah humor yang tidak bermoral seperti itu juga satu jenayah yang memesongkan adapt budaya Melayu ?

Yang menjadi peliknya, parti yang mendokong Pak Samad adalah sebuah parti yang menentang perjuangan kebangsaan yang menjadi landasan perjuangan UMNO.

Tidakkah ‘bahasa itu menunjukkan bangsa’ ? Tidakkah Pak Samad sedar PAS, PKR dan DAP yang mendokong perjuagan Pak Samad itulah pengkhianat bangsa, parti yang ingin menghapuskan bangsa Melayu ?

Kalau Pak Samad rasa gah untuk memperjuangakan martabat bangsa dan bahasa, mengapa tidak terus sahaja berpolitik macam Shahnon Ahmad pernah menjadi wakil rakyat PAS dalam Parlimen Sik. Shahnon Ahmad juga seoarang Sasterawan Negara yang mengarang novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ sampai ke novel SHIT @ PukiMak @ PM tahun 1999.

Bertandinglah jadi wakil rakyat atas tiket PAS, PKR atau yang lebih bagusnya DAP, PAK Samad boleh siang malam keluar berkempen, kalau jadi wakil rakyat boleh berjuang dalam Dewan Rakyat………. Mintalah PAS, PKR atau DAP mencalonkan Pak Samad sama ada di Melaka, Perak, Pulau Pinang, kan bagus kalau majoritinya pengundi-pengundi Cina…

Mengapa Pak Samad tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan ‘Satu Sekolah Untuk Semua’, bukankah Malaysia sebuah Negara Melayu, berbahasa Melayu, mengapa mesti ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan India, kalau mereka mendokong Pak Samad untuk menghapuskan PPSMI, mereka juga mesti mendokong untuk menghapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan India.

Mereka mendokong Pak Samad menghapuskan PPSMI, tetapi tidak juga fasih berbahasa Melayu, malah lebih mengutamakan bahasa Inggris dalam pertuturan harian, anak-anak mereka terus maju dalam pendidikan, tetapi anak-anak Melayu terus ketinggalan……..

Pak Samad tidak sedar yang diri Pak Samad diperhunakan untuk menghapuskan PPSMI, mereka mendokong Pak Samad dengan budaya sastera melalui majalah-majalah humor untuk melatih generasi muda Melayu dengan budaya Melayu yang kurang ajar.

15 comments:

Anonymous 3 October 2009 at 20:49  

KALU ORANG YANG BETUL BETUL MENGENALI PAK SAMAD NI SIAPA PUN AKAN KATA PAK SAMAD SEORANG MELAYU YANG KURANG CERDIK

Anonymous 3 October 2009 at 21:16  

tak payah kenal pun tak pe. Memang Pak Samad ni org giler kan glamor dan riak demi mencapai objektifnya. Matlamat menghalal kan cara. Porahhh laa Samad bodoh!

Anonymous 3 October 2009 at 21:44  

Dah nyayok kot

Anonymous 3 October 2009 at 21:58  

Pesan pada Pak Samad. Rasa-rasanya Pak Samad masa jadi pelajar dahulu ada ambil Ilmu Hisab ( matematik ) dan Sains tak? Kalau nak ikutkan umur pada zaman Pak Samad kebanyakan sekolah menggunakan aliran inggeris. Pak Samad jangan menyalahkan lantai jongkang jongkit kalau tak tahu menari. Jangan disebabkan Pak Samad gagal dalam kedua-dua mata pelajaran tu, Pak Samad mahukan semua orang Melayu ikut gagal macam Pak Samad. PPSMI ini hanya membabitkan 2 mata pelajaran sahaja. Yang lain-lain masih lagi menggunakan Bahasa Malaysia yang Pak Samad senangi untuk terus berkarya? Buka mata sikit Pak Samad. Banyak mana buku2 matematik dan sains yang sudah diterjemahkan kedalam bahasa Malaysia? Mungkin Pak Samad boleh tolong terjemahkan buku2 ini kedalam bahasa sastera Pak Samad agar anak-anak Melayu menjadi pandai dalam matematik dan sains? Astarfirullah..

UMNO Cawangan Gombak Selatan 3 October 2009 at 22:14  

Salam Perjuangan,

Kami dari UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN mengucapkan Syabas buat Tan Sri Isa Samad kerana telah dipilih menjadi calon BN bagi kerusi DUN BAGAN PINANG...

Kami akan turut berkempen untuk meyakinkan rakyat dan seterusnya mencapai kemenangan di DUN anda..

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, EN. ABD. RAZAK MUHAMAD mengucapkan Salam Kasih khas buat semua warga UMNO BAGAN PINANG..

Sekian, Salam 1Malaysia ikhlas dari,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
BAHAGIAN WANGSA MAJU.

ps : Blog anda dalam senarai link di blog kami

Anonymous 4 October 2009 at 00:29  

kau orang memang hampeh dan bodoh pak samad satrawan negara kau orang kurang cerdik maka kau orang tak ada ape tu adalah bahalol kata mahadir haprak macam isa pendek jugak / itu sebab kau orang sanggup di jadi balaci

Anonymous 4 October 2009 at 00:54  

teringin nak jumpa khairy..nak minta duit sikit..nak jumpa isa nak minta duit juga..politik wang tak haram kan..kalau umno bg duit kompom aku undi calon umno pada pru akan datang..aku paling gembira dapat pemimpin yang penipu sebab nanti senang laa aku nak menipu jugak.. semoga isa menang..boleh aku tumpang sekaki untuk membolot projek nanti

Anonymous 4 October 2009 at 01:19  

a.samad ismail patah sayap terbang jua. Kalau ikut gaya berbahasa dia ni cakap macam orang Indonesia.Jadi memang diragukan perjuangannya itu. Pengundi Bagan Pinang kena fikir cakap macam orang yang misai menutup mulut jangan diikut dah melalut. Suruh dia serah balik apa-apa elaun dan kemudahan yang diberi kerajaan kepadanya.Jenis-jenis orang macam ni ketepikan aje kalau tak tahu mengenang untung.Awak orang ternama janganlah buat macam budak ingusan.Patah sayap terbang juga sementara menunggu ajal tiba. Bahasa Malaysia Pak Samad pun kita orang tak paham.mbs

Anonymous 4 October 2009 at 01:46  

Penyokong PAS lg bodoh..undi PAS masuk syurga??? dh xde duit nk kasi pengundi main2 plk dgn Aqidah ..nk rasuah manusia.. celaka punya parti.. jgn ko sentuh kesucian Islam utk kjhtn parti korang!! aku doa biar mampos cpt PR!!

YANG GAMBI 4 October 2009 at 01:57  

Komen yang mebina dari para sahabat, terima kasih.

Kepada pengomen anon ke 6, kawan rasa kalau tuan memikirkan perjuangan itu mesti dilunas dengan wang ringgit, silakan berjumpa dengan sesiapa yang tuan hajati....

Bagi kawan, perjuangan adalah satu hak yang ada dalam jiwa seseorang yang bukan untuk di nilai, kalau penulis, pelukis, macam A.Samad mungkin perjuangan mereka setiap karya mesti dibeli oleh masyarakat sebagai balasan.....

Anonymous 4 October 2009 at 03:47  

Sy sokong pndpt Yang Gambi! Perjuangan adalah pengorbanan.. Perjuangan yang hakiki ialah membela Islam dan Negara..

Melayu adalah wadah bg Islam dan BN adalah wadah bg negara.. HIDUPP UMNO!!! ALLAHUAKBAR!!!

Anonymous 4 October 2009 at 09:03  

Nk tergelak dgn kenyataan diorg2 ni yg x sokong PPSMI...kalo PPSMI dilaksanakan jugak takot nnt anak mlayu x pandai dh ckp mlayu..ape daaa, org akal cetek n pendek je ckp mcm tu..bongok...sy sokong PPSMI!!!!hidup MELAYU!!!

Anonymous 4 October 2009 at 14:28  

apa yg pemimpin Melayu dah buat selama memerintah berpuluh tahun selain pembinaan hutan-hutan batu, prasrana gah.. tapi moral dan jiwa anak-anak melayu runtuh... rosak akhlak... kita juara semuanya.. teramai di pusat serenti...Rempit, bojan, bohsia, gay, pengkid.. sekarang dah jadi biasa tak nikah dah duduk serumah.. video2 lucah anak2 melayu bertaburan di internet... akhlak anak bangsa kita lebih teruk dari akhlak orang bukan islam .. pemimpin2 rasuah dah jadii satu budaya.. apa nak jadi dengan generasi anak2 melayu 10 tahun akan datang.. ini lah acuan yang telah di bina oleh pemimpin2 Melayu selama ini ... renungkan dan berubah lah

Unknown 5 October 2009 at 08:04  

sesuatu bangsa akan maju dengan rangka pemikirannya sendiri. ini telah berlangsung di jepun , perancis, sweden dan banyak negara lain. orang melayu mengorak langkah dengan pantas dalam kesempitan himpitan bangsa pendatang india dan cina yang lebih terkedepan oleh faktor tamaddun mereka berkat menggerakkan pemikiran dengan rangka bahasa melayu sehinggalah di korbankan oleh pimpinan umno yang mahu melayu jadi bodoh supaya mereka kekal menunggang negara atas kejahilan bangsanya. apa fakta anda melayu lebih baik dari cina dan india disegi sains dan teknologi setelah ppsmi...yang saya nampak kemunculan pengampu dan pembontot seperti anda........

MAN5958 7 October 2009 at 11:49  

Wahai masyarakatku sekalian....

Soalan yang diajukan

1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....

2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....

3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?

4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?

5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?

6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah

1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor

Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.

Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP