Wednesday 7 October 2009

N31 Bagan Pinang : Kaum India Terus Ditindas Di Teluk Kemang

KAUM INDIA Terus Teraniya di Bawah AHLI Parlimen Teluk Kemang!!!

SALAM,... :)


Setelah Ahli Parlimen PKR memenangi kerusi Teluk Kemang pada 8 Mac 2008,…sehingga hari ini rakyat berbangsa India di sana tidak pernah mendapat sebarang kebajikan atau bantuan oleh Pakatan Rakyat! Kebanyakkan rakyat berbangsa India yang susah serta bekerja di estet-estet getah tidak pernah tahu apa yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen mereka!

YB Dato’ Kamarul Baharin Bin Abbas (Ahli Parlimen Teluk Kemang, PKR) dikatakan tidak pernah turun bertemu pengundi-pengundi atau rakyat berbangsa India di Bagan Pinang,.. mahupun DUN-DUN lain di bawah Kerusi Parlimennya! Beliau yang dikenali sebagai petualang bangsa yang mana berpaling tadah dari UMNO hanya kerana kepentingan peribadi dilihat gagal membawa suara serta kepentingan rakyat di Dewan Rakyat! Hampir secara keseluruhan sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia tidak pernah terlihat beliau menyuarakan suara rakyat.

PKR ataupun Pakatan Rakyat yang pernah menabur pelbagai janji semasa kempen PRU 12 lepas gagal menunaikannya sepanjang penggal ini! Rakyat di sekitar Port Dickson dan Teluk Kemang juga menyatakan amat susah bagi rakyat untuk bertemu dengan Ahli Parlimen ini,..apatah lagi mahu menyuarakan masalah!

Masyarakat India banyak berpendapat perubahan atau Tsunami politik pada 8 Mac 2008 lepas yang berlaku termasuklah di Teluk Kemang hanya membuatkan rakyat semakin susah dan menunjukkan betapa Pakatan Rakyat sebenarnya tidak mahu memperjuangkan kepentingan rakyat,..tetapi hanya mahukan kuasa dan wang semata-mata untuk kepentingan peribadi!!

>>>> To all Indians,…you have been neglected by Teluk Kemang MP and other Pakatan Rakyat leaders…it’s time to back with Barisan Nasional!

TERUSKAN SOKONGAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA… Undilah Barisan Nasional



2 comments:

ROSHATIKA 7 October 2009 at 18:41  

Takkan kaum India boleh lupa perangai org tak bertamaddun UMNO di shah Alam yg usung kepala lembu utk hina agama hindu. Ini yg BN gelabah skrg ni.

MAN5958 7 October 2009 at 19:39  

Wahai masyarakatku sekalian....

Soalan yang diajukan

1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....

2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....

3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?

4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?

5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?

6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah

1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor

Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.

Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP