Thursday 1 October 2009

Masa Untuk Bekerja!


Salam,

Calon harapan menggalas panji-panji perjuangan BN/Umno mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang sudahpun diketahui. Harapan tinggi disandarkan kepada Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.

Tanggungjawab Isa pasti berat dan berliku. Tugas mempertahankan kejuaraan tidaklah mudah, namun bukanlah payah untuk Isa 'berkempen' di kawasan yang sudah menjadi gelanggang beliau sejak 23 tahun lalu.


Suka atau tidak suka, polemik pemilihan calon harus dihentikan segera. Kini masa untuk bekerja memastikan Bagan Pinang terus dalam genggaman. Badi kekalahan PRK yang dialami sejak PRU lalu mesti ditamatkan!

Cakap-cakap yang tidak sedap didengar seperti usaha transformasi tergendala dengan pemilihan Isa ini atau seruan Tun Mahathir supaya jangan calonkan Isa, hendaknya dinoktahkan.

Peluang mesti diberikan kepada Isa untuk membuktikan dia benar-benar menjadi pilihan rakyat @ pengundi Bagan Pinang. Usaha gigih harus digerakkan agar pilihan pucuk pimpinan kali ini tidak salah atau silap. Tragedi kehilangan kerusi Kuala Terengganu mesti dielakkan.

Kini tiba masa untuk bekerja, kurangkan bercakap, giatkan usaha. Fokus kepada pengundi. Penting sekali, jangan melatah dan menari mengikut irama pembangkang, yang pasti akan menjadikan Isa sebagai sasaran.

Bak kata seorang kawan, menangkan dulu Bagan Pinang, yang lain kita bincang kemudian. Kepada para pejuang di Bagan Pinang.... Selamat Berjuang!

http://ustazsaid.blogspot.com/

2 comments:

GAP KEMBALI 2 October 2009 at 09:37  

Kerja mmglah kita orang keje, tapi kalau keje dgn perut kosong, otak pun boleh jadi biol. Hulur2lah kat bloggers yg byk menyumbang utk umno ni. Duit byk2 nak simpan buat apa? Mati hanya bawak kain kapan aje. Tabur2lah kat sini. Bil internet nak kena bayar, balaci nak kena suap. Lu pikirlah sendiri.

Samad 3 October 2009 at 11:47  

Penyakit lama UMNO, tak habis-habis lagi, kutip derma laa macam blogers PAS


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP