Wednesday 7 October 2009

Malaysia adalah sebuah negara Islam – Dato’ Sri Azizan, MB Kedah


Selasa Oktober 6, 2009
Tidak ada sebab pertikai pelaksanaan hukum syariah - Azizan

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tidak ada sebab untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Syariah di negara ini memandangkan Islam adalah agama rasmi dan undang-undang Syariah sudah lama diguna pakai.

"Kenapa nak pertikai undangundang yang dah ada? Saja nak cari publisiti, buang masa, nak bagi orang sakit hati dan nak buat suasana jadi tidak stabil," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan watikah pelantikan anggota Lembaga Rayuan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri di sini hari ini.

Azizan mengulas tindakan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) yang menyifatkan hukuman sebat tehadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.
KLIK

Siapa Azizan ?

Menteri Besar dari UMNO atau dari PAS ?

Mengapa Azizan begitu lantang dan berani mengakui bahwa Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan undang-undang Syariah sudah lama diguna pakai didalam Negara.

Tidakkah Azizan takut dengan kemarahan tok guru Nik Aziz ?

Apakah Azizan tidak gentar dengan amaran tok guru macam mana dia telah buat pada Nasharuddin dulu ?

Kalau ustad Azizan Menteri Besar Kedah dari kerajaan PAS mengakui bahawa Malaysia sebuah Negara Islam, mengapa tok guru Nik Aziz, tok guru Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin PAS lain masih melebelkan Malaysia bukan sebuah Negara Islam ?

Bukankah UMNO yang menerajui kerajaan Malaysia ?

Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS sama ada dari golongan ulama, ustad dan erdogan-erdogan begitu lantang menuduh UMNO kafir kerana kononnya UMNO memperjuangkan kebangsaan dan menolak kemuliaan islam, Al-Quran dan Hadis.

Kalau begitu 'FATWA' Nik Aziz selama ini terhadap UMNO adalah satu ‘PEMBOHONGAN TERBESAR’ kerana telah memperdaya pemikiran orang Melayu dan umat Islam dalam Negara.

Nik Aziz menuduh UMNO kafir amat keterlaluan kerana berpunca daripada sikap taksub hendak mendapatkan kuasa. Sikap keangkuhan Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin Pas yang enggan mengakui bahawa fatwa mengkafirkan UMNO adalah salah kerana mereka sebenarnya takut PAS akan kehilangan kredibiliti dalam perjuangan politiknya untuk mendapatkan kuasa.

Nik Aziz tahu, UMNO tidak pernah menolak Islam, Al-Quran dan Hadis mutawatir yang boleh dilebelkan sebagai kafir, dan Nik Aziz juga lebih tahu bahawa UMNO sentiasa menjunjung dan mendaulatkan Islam untuk kesempurnaan kehidupan rakyat sesama Islam di dunia dan akhirat.

Tuduhan Nik Aziz itu amat berat di sisi agama, tuduhan yang akan dianggap oleh pengikut-pengikut Pas adalah sebagai fatwa. Nik Aziz sebagai seorang insan Muslim yang bergelar ulama sepatutnya lebih berdakwah kepada umat Islam, bukan untuk menghukum orang Islam lain kafir.

Nik Aziz seharusnya sudah tidak perlu berselindung di sebalik kata-kata, ‘UMNO kafir’ untuk mengelirukan masyarakat Melayu kerana sudah jelas dan nyata bahawa UMNO tidak pernah menolak Al-Quran dan Hadis.

Kalau tidak, masakan ustad Azizan Menteri Besar PAS begitu berani mengakui Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang telah melaksanakan undang-undang syari’ah di dalam Negara.

Beranikah para pemimpin Pas membetulkan kesalahan ‘fatwa’ Nik Aziz ini ?

Apakah Nik Aziz tidak sedar dengan kedudukannya sebagai ulamak, Menteri Besar dan Mursyidul Am yang lebih tinggi daripada Presiden Pas, fatwa songsangnya boleh merosakkan akidah pengikut-pengikut PAS dan umat Islam ?

Maka tidak salah kalau selama ini kawan mengatakan terdapat unsur khawarij di dalam parti PAS, dan tidak salah juga kalau kawan melebelkan dengan panggilan PAS khawarij. Apa tidaknya, selama ini PAS khawarij ini begitu mudah mendakwa UMNO kafir dan ajaran sesat semata-mata kerana tidak sehaluan dengan politik PAS serta untuk mendapatkan kuasa dan jawatan.

Justeru itu, Nik Aziz adalah orang yang bertanggungjawab jika berlaku dari kalangan umat Islam serta bangsa Melayu berpecah, jika umat Islam, bangsa Melayu rosak akidah dan jika kuasa politik Melayu Islam hancur berkecai kerana mengeluarkan ‘fatwa-fatwa’ munafiknya.

5 comments:

Anonymous 7 October 2009 at 13:34  

nik ajis tak ambil kisah umat islam berpecah,kerana dia tahu hidup dia tak lama lagi...

Unknown 7 October 2009 at 13:35  

dah mmg itu yang BN kata, malaysia negara islam. tak salah lah azizan kata mcm tu.
tak belum cukup lagi. kuatkuasakan hukum islam, insyaallah negara aman damai.
tak caya, cuba...
nampak sgt SIS dan beberapa yang lain termasuk pemimpin UMNO yang tak setuju hukum sebat tapi takut di kata tak paham hukum islam, terpaksa lapik cakap mereka tu. Tak salah napa takut.
bukannya islam menekan orang islam tapi yang salahnya orang islam tak faham hukum islam.

Jeffry 7 October 2009 at 13:55  

AHHH ..KO NI BYK SONGEH..BENDE2 MCM TU NAK JADI HAL, LEPAS TU MEMBEBEL JEK MCM BERTIH JAGONG POP2. ALHAMDULILLAH KALAU SEMUANYA AMAL AJARAN ISLAM. KALAU UMNO KALAH NI AKU JANJI NAK PAKAI SERBAN BESAR KEHKEHKEH

Anak Lenggong 7 October 2009 at 13:58  

Pemerintahan secara islam luas maksudnya tak semestinya sebuah negara islam itu harus melaksanakan hukuman berlandaskan hudud..sebenarnya puak pak lebai ni kebanyakannya mengakui malaysia sebuah negara islam tetapi dan mereka sendiri menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan tetapi disebabkan tamakkan kuasa mereka memesongkan penyokong mereka dengan berbagai fitnah dan dongengan mengenai hudud..sedangkan didalam perlembagaan pas sendiri pun tiada tertulis untuk menubuhkan negara islam dan melaksanakan hukum hudud...sekarang ini bicara berkenaan dengan hudud hanya diucapkan oleh penyokong mereka yang jumud sahaja..

Pemuda Jasin 7 October 2009 at 14:21  

Jngn terlalu emosional... just fikirlah apa yang dah berlaku.. jngn terlalu taksub pada PAS,PKR dan DAP. Aku dulu adalah pengikut sentiasa DSAI tetapi bnyk agenda yang tak boleh aku terima pakai demi untuk PR yang idea dari saudara Anwar Ibrahim. Terlalu bahaya. Aku juga yg membawa PKR kuat satu ketika di DUN Bemban ,Melaka dimana saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dilahirkan di Kampung Kesang Tua.(Sam). Allhamdullilah aku sedar cepat demi aku ingin memperjuangkan bangsa dan agama aku. Percayalah dlm PR, penyokong PR akan memberi kelebihan kepada MT DAP dan PKR saja. PAS jngn bermimpi untuk memegang apa2 portfolio yg penting di setiap jajahan PR(PKR,PAS dan DAP) kecuali Saudara Anwar tidak dapat mengganggu-gugat Kelantan dan Kedah disbbkan PAS terlalu ramai di DUN.

Aku tidak menyalahkan org PAS tetapi aku pelik kenapa pemimpin PAS masih tidak dapat memikir apa kehendak sebenarnya Anwar Ibrahim.

Pengikut PAS jngn emosional berfikirlah apa yang berlaku kepada saudara islam kita di Selangor, Penang dan Perak satu ketika.

Dan pengikut PAS jngn terkejut jika PAS Selangor akan keluar dr Pakatan Rakyat. Jngnlah kita membenarkan agama kita dihina dan dicaci seperti mana yang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP. Pertahankanlah jngn kita mudah diperkotak-katikkan demi mencapai agenda saudara Anwar Ibrahim yng bercita-cita menjadi P.M. Berfikirlah seperti Saudara Azman Ketua Pemuda PAS Gombak dan Datuk Dr Hassan Ali. Waallahuallam....


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP