Sunday 11 October 2009

Jangan timbulkan ketegangan pada hari mengundi - Muhyiddin

PORT DICKSON 10 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua penyokong parti sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Pas menghormati undang-undang negara ketika proses pembuangan undi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang esok.

Timbalan Perdana Menteri meminta para penyokong kedua-dua parti bertanding tidak menimbulkan huru-hara atau ketakutan kepada pengundi.

''Saya beri jaminan di kalangan jentera kita di peringkat BN, kita akan patuh dengan arahan pihak berkuasa keselamatan. Itu jaminan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan 1Malaysia di Pantai Batu 3, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, BN tidak akan memulakan sebarang provokasi yang mampu menjejaskan keselamatan sepanjang pilihan raya kecil ini berlangsung.

''Jaminan ini penting supaya pengundi rasa selamat, lebih-lebih lagi selepas mereka menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kini tersebar luas. Khabarnya Pas bawa kabilah untuk menyokong usaha mereka supaya menimbulkan ketegangan," jelasnya.

Beliau turut berharap pengundi di Bagan Pinang membuat pilihan bijak dan boleh membezakan antara yang betul dan salah.

Mengenai hari mengundi esok, Muhyiddin meminta semua jentera parti memastikan pengundi di kawasan masing-masing keluar awal pagi.

''Walaupun kempen tidak berlaku tetapi urusan untuk memastikan proses pengundian berjalan esok adalah sesuatu yang paling mustahak. Kita hendak pastikan seramai mungkin pengundi di Bagan Pinang ini keluar mengundi esok.

''Jentera yang disediakan di peringkat parti sudah lengkap dan mereka sedia memberikan bantuan dan membawa pengundi di tempat pembuangan undi.

''Apa sahaja keperluan mereka, akan kita sediakan untuk memudahkan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya. - Utusan

2 comments:

oyabun 11 October 2009 at 10:11  

SEMANGAT! SEMANGAT! SEMANGAT! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP BN! HIDUP BN!HIDUP BN!..INSYAALLAH BN AKAN MENANG! BN AKAN MENANG! ISLAM IS FOR ALL, NOT FOR PAS ONLY! ALLAHHUAKBAR! ALLAHHUAKBAR! ALLAHHUAKBAR!

zacharias 11 October 2009 at 15:39  

Celaka BN. ada ka jam 4 pagi pi pukul orang. serang markas time kosong buleh la. malam tadi, kecuuuuut teloq hangpa. kah kah kah.

surat khabar boleh tipu satu malaysia, tapi kami di bagan pinang tau kisah sebenar. hangpa pi sana pi sini pukul orang.

-pengundi bagan pinang-

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP