Tuesday 6 October 2009

Elak peralat ayat al-Quran sesuka hati - Jamil

PORT DICKSON 5 Okt. - Penggunaan ayat-ayat al-Quran secara sesuka hati oleh pihak yang tidak memahami Islam khususnya di pentas-pentas politik perlu dihentikan kerana ia jelas menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, malah jika perkara itu dibiarkan ada kemungkinan ayat-ayat al-Quran akan terus digunakan oleh golongan itu dan akhirnya akan timbul suasana yang tidak tenteram.

Ujarnya, penggunaan ayat al-Quran amat sensitif dan kegagalan memberi tafsiran yang tepat hanya akan memburukkan keadaan apatah lagi dilakukan oleh golongan tidak faham tentang Islam.

''Sebagai contoh dalam konteks Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang di sini. Suasana dilihat begitu kritikal kerana masing-masing mahu menang pada pilihan raya. Oleh itu semua pihak harus berhati-hati dalam memberi kenyataan.

''Jangan ada nanti mereka yang tidak faham Islam sewenang-wenangnya membaca ayat-ayat al-Quran ketika berkempen. Perkara ini amat sensitif kerana ia melibatkan kitab suci milik umat Islam,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan kelab Tabung TaHa di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Sri Rusa di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, N. Gobalakrishnan membaca ayat dari Surah al-Imran ayat 54 di markas Pas Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang malam kelmarin.

Sebelum ini pada ceramah di Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 4 April lalu, Ahli Parlimen Taiping yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dari DAP, Nga Kor Ming turut menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramahnya ketika berkempen.

Dalam pada itu, Jamil Khir menasihatkan kepada pengundi Bagan Pinang supaya memilih calon yang benar-benar mampu membela rakyat dan menganjurkan kepada perpaduan.

''Saya juga amat berharap kempen yang dijalankan sepanjang tempoh berkempen dilakukan secara sopan dan berhemah. Jangan membuat perkara-perkara yang keluar daripada landasan Islam kerana ia boleh mengundang kemurkaan Allah,'' katanya lagi.

Beliau berkata, Islam mahu umatnya mengamalkan sikap persaudaraan yang tinggi tanpa mengira pegangan politik masing-masing.

Sementara itu beliau memberitahu, penerbangan pertama ke Tanah Suci bermula pada 20 Oktober ini dan mereka yang terlibat telah pun dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji.

''Saya ingin menasihatkan kepada para jemaah yang telah terpilih supaya menjaga kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci,'' ujarnya. - Utusan

5 comments:

Anonymous 6 October 2009 at 09:37  

Dulu PAS untuk ulamak.
Sekarang PAS untuk semua. Akibat inilah Islam di persendakan dan ketawakan kerana siapa boleh menggunakan Alquran walaupun sebutan tak betul dan sempurna. PAS inginkan kemenangan rela membiarkan Alquran di nyanyikan dan di dengar dan di sokongan ulamak PAS. Dulu komunis pun boleh mengucap demi tarikan sokongan orang Melayu demi nak hancurkan tanah Melayu. Sekarang PAS membenarkan.

Anonymous 6 October 2009 at 10:04  

Dulu UMNO utk org melayu...

Kini...1Malaysia

Dan Selamanya...Kiamatlah...

Semua org tau dosa pahala, apatah lagi mereka yang berilmu...

Dl komunis mengucap..pelik sungguh statement nie...mmg ade melayu komunis...so? apo ekau nak nak cakap nie...

Al Quran panduan untuk semua umat..sampaikanlah ayat2 suci al-quran dan kalam Allah ni di mana saja....sampai2kanlah...

KOMANDO BRIGED MOHON SETIA 6 October 2009 at 10:04  

Al-Quran adalah milik semua, tak kira Muslim atau non-Muslim. Kalau non-Muslim berminat utk kaji al-Quran, alhamdulillah, kita mohon agar hati mereka terbuka kpd Islam. Kalau kita ada Quran tapi tak pernah nak kaji, hanya utk buat perhiasan, tak ado gunonya jugak. Kalau penceramh tu nak quote al-quran utk kuatkan ceramahnya, apa salahnya. Tapi jgnlah nak sebut ayat2 bahasa al-Quran, sbb takut salah nahu nya, lain pula maknanya. Kalau takat nak sebut terjemahannya, tiada yg salahnya. Itu lebih baik drpd ayat al-Quran dijadikan perhiasan di dinding, tapi tak tau baca dan tak tau maknanya dan tak pernah nak amalkan. Itulah yg selalu puak kita amalkan iaitu ayat Quran dibuat hiasan dan utk menurun nombor ekor.

MAN5958 6 October 2009 at 11:28  

Untuk org PAS/PR

Tiada gunanya kamu semua nak mengatakan dan bersembunyi di sebalik perkataan PAS..? Adakah kamu sedar yg diri kamu tue bersih...? Adakah kamu sedar PAS saja tiada rasuah..?(refer kenyataan bekas tim.pesuruhjaya PAS kelantan sblm muktamar PAS 2009). Berfikir negatif sblm ingin mengurai sesuatu isu baru kita akan dpt jawapannya..? Jngn sesekali menuduh dan bersikap tahyul.

Mengenai kajian dan org kafiran membaca al-quran dan mempergunakan ayat al-quran memang aku marah sama sekali... sejarah islam sudah terbukti sejak dulu kala...org kristian/yahudi telah mengkaji tetapi mereka telah cuba mengubah persepsi al-quran. Adakah kita ingin benda ini berlaku di MALAYSIA..? Berfikir waraslah....? Berita CCN bertarikh 6/10/09 jam 9.00am terkeluar isu negara ISLAM memperlakukan rasuah....(kuwait). Satu soalan saja ingin bertanya negara islam dan negara manakah yang tidak mengamalkan rasuah jikalau kamu asyik bercerita tentang rasuah? dan beri bukti yang kukuh sekali..Tk

Anonymous 6 October 2009 at 13:12  

Inilah realiti. Kita undi PAS dan PAS menang. Apa akan jadi? PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan. Kerana ketua pembangkang kini adalah kaki bontot. Di takdir PAS menang, Islam bukan asas pentadbiran kerana PAS boneka kepada DAP. Apa sibuk sangat PAS yang bodoh sombong. Terimalah kenyataan


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP