Thursday 8 October 2009

Bekalan air tidak diswasta, tarif kekal



PORT DICKSON - Kerajaan Negeri Sembilan tidak pernah menswastakan bekalan air negeri atau menaikkan kadar tarif air kerana tidak mahu rakyat terbeban dengan kadar baru.Menteri Besar, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan berkata, tuduhan pembangkang kononnya berlaku kenaikan tarif air dalam bacaan bil pengguna bagi bulan Jun dan Julai, adalah satu pembohongan besar kerana kadar dalam bil berkenaan adalah bagi termpoh dua bulan.

“Kita cuma perbadankan bekalan air. Apabila bekalan air diperbadankan, berlaku sedikit masalah dalam pembacaan meter air pengguna kerana alat membaca meter berkenaan rosak. Oleh yang sedemikian, kerajaan membuat anggaran bacaan untuk dua bulan serentak iaitu bayaran minima RM5 bagi bulan Jun dan RM5 bagi bulan Julai.

“Tidak berlaku kenaikan tarif bagi satu bulan... malahan kerajaan tidak menaikkan langsung tarif air. Kadar lama tidak berubah,” katanya dalam ucapan pada sambutan Aidilfitri Kawasan Rukun Tetangga Taman Politeknik, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi. Lebih 3,000 orang hadir pada majlis itu.

Mohamad juga berkata, pembangkang juga berbohong menyatakan kerajaan negeri memperdayakan rakyat apabila gagal membina lapangan terbang kos rendah (LCCT) di Labu.“Sebenarnya, keadaan ekonomi semasa tidak mengizinkan kerajaan membina lapangan terbang itu sekarang... di masa akan datang mungkin sesuai.

Kita tidak berbohong kepada rakyat, yang berbohong ialah pembangkang kerana mereka membuat tuduhan sesuka hati,” kata beliau.Pada majlis itu. Mohamad turut mengumumkan masjid baru untuk Taman Politeknik yang diminta oleh penduduk, akan dibina dalam tempoh 2010 hingga 2012 bersama-sama dengan enam masjid lain. Beliau turut meluluskan tapak bagi pembinaan sebuah pusat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Politeknik .


3 comments:

pp 8 October 2009 at 00:44  

bagus juga politik lobi melobi ni..pengundi juga yang untung.orang india ladang dapat rumah baru,sekolah baru,untung-untung.masing2 dapat tak pe.lepas prk jangan dapat hampas sudah.

MelayuGedik 8 October 2009 at 08:11  

SAINS tu apa dia? Bukan syarikat swasta?

MAN5958 8 October 2009 at 12:48  

Wahai masyarakatku sekalian....

Soalan yang diajukan

1.Dalam dunia nie negara islam dan negara mana yang tak main rasuah...?Fikirlah sendiri....

2.Kamu semua memang pandai bermain kata-kata...? Tetapi sedar tidak kamu semua... adakah kamu bijak dan cerdik...? Apakah dah jadi Perak,Selangor dan Penang?....

3.Masyarakat melayu islam memang hebat mengata,mengutuk dan mencaci...? Tetapi selepas diberikan jawatan adakah perlaksanaannya perfect..? Lihat apa yang terjadi di Selangor....?

4.Harus kita ingat jngn percaya kepada seorang lawyer pun sbb mereka ini yang pemubunuh kita semua...lebih-lebih lagi lawyer PR sanggup membuatkan fakta yang salah jadi betul...fikirlah....terlalu ramai pemutar belit didlm PR....?

5.Adakah didlam PAS,PKR dan DAP tiada yang memperlakukan rasuah...? Tapi kenapa masih lagi diberi kepercayaan oleh masyarakat yang tidak bijak..?

6.Lihat satu lagi persoalan ini khas ditujukan kepada pengikut PKR...siapa yang membawa PKR pada tahun 1997/98....? Soalan saya dimanakah

1.Dr.Chandra Muzaffar
2.Zainur Zakaria ( Bekas calon ahli parlimen)
3.Saudara Ruslan Kassim
4.Lokman Adam
5.Ezam Mohd Nor

Mereka ini yang bnyk berjasa dlm PKR sehingga disegani tetapi meraka pulak yang dihina dan dicaci...sbb mereka lari dari PKR, disbbkan ideologi yang dimainkan oleh MT India dan Cina dlm PKR la.. yang membuatkan PKR sendiri terjebak dalam unsur RASUAH dan tidak TELUS dlm sesuatu perkara.Ini dinamakan KEADILAN...? sedarlah wahai bangsaku semua... mereka yang tinggal didalam PKR adalah orang UMNO yang tiada jawatan dan kaki merajuk tidak dipilih olek akar umbi.

Untuk penyokong PAS khasnya....satu saja soalan yang ingin diutarakan....PAS adalah parti yang memperjuangkan islam...kamu semua terfikirkah...adakah cerita dan maklumat yang kamu terima itu benar atau tidak..(selain dari isu rasuah)? Adakah maklumat yang diperolehi itu kamu dapati dari depan mata kamu sendiri, didengar sendiri? Setiap dakyah yang kamu semua terima itu jika salah dan tidak benar berdosa jawapannya. Ingat PAS memperjuangkan islam secara kesuluruhan jadi sedarlah wahai kamu segala penipuan yang dibawa oleh PR itu sememangnya tidak benar dan palsu demi menegakkan benang yang basah... Jngn terlalu emosional berfikirlah demi bangsa dan agama kamu...Jadi aku merayu kembalilah kepada basic islam Ad-Din....untuk memperkukuhkan barisan kita. Secara keseluruhan apa yang kamu dengari bersikap bijaklah dan cerdik....jngn terlalu terpedaya kepada anasir yang jahat dan tidak benar. Allah maha kaya dan adil...kita lihat siapa yang benar dan tidak benar.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP