Tuesday 6 October 2009

Anwar Memiliki Lebih RM3 billion dari 20 akuan di luar negara

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan perkara sebenar di sebalik akuan berkanun yang pernah dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap beliau kira-kira 10 tahun lalu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, dakwaan Abdul Murad bahawa Anwar terlibat dalam mengawal 20 akaun induk melibatkan nilai RM3 bilion sehingga kini masih menjadi tanda tanya.


Katanya, justeru penjelasan lengkap perlu diberikan oleh Anwar kepada rakyat kerana dakwaan itu dibuat secara khusus terhadap beliau selain melibatkan suatu tuduhan serius.

''Kita nak tahu apa cerita sebenar. Betulkah dia ada punca kewangan sampai RM3 bilion. Jadi perlu dijelaskan balik secara lebih terperinci berhubung isu RM3 bilion yang pernah dinyatakan dalam akuan berkanun Abdul Murad.

''Kita juga mahu tahu kenapa Abdul Murad membuat akuan itu tetapi kemudiannya dikatakan berpatah balik, adakah dia juga menghadapi tekanan seperti yang dibayangkan Datuk S. Nallakarupan?'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nallakarupan yang dikenali sebagai bekas rakan karib kepada Anwar mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai pelbagai sumber seperti yang pernah didedahkan Abdul Murad.

Sehubungan itu Nallakarupan tidak rasa terkejut dan hairan sekiranya keluarga mangsa liwat yang melibatkan Anwar sebagai tertuduh berasa cukup tertekan dalam menantikan perbicaraan sebenar berlangsung.

Pada 26 Oktober 1999, Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Dalam akuan berkanun itu, Abdul Murad turut mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk tersebut untuk memajukan cita-cita politiknya.

Mengulas luahan Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Mohd. Zin berkata, tekanan yang dihadapi mereka cukup hebat kerana berhadapan dengan tertuduh yang diketahui mempunyai pelbagai sumber.

Katanya, sebab itu adalah sesuatu yang tidak adil bagi pihak Anwar untuk mengemukakan permohonan-permohonan yang dilihat hanya berniat bagi melengahkan perbicaraan sebenar kes tertuduh. - Utusan


11 comments:

puteriumno 6 October 2009 at 09:13  

Byk tu, terkira byknya. Kalau betul byk lagu tu, awat depa tak siasat? Kalau dah siasat, mana keputusan dia? Boringlah mcm ni. Setiap kali ada PRK, kisah tu dimainkan balik, macam radio kaset lama. Siasat dan dedah. Letih la mcm ni, puak2 PKR asyik tuduh kita kitar semula cerita2 lama. Mcm dah tak ada modal lain. Kalau betui tak pa jugak.

Anonymous 6 October 2009 at 09:46  

Sebenarnya Anwar ibu segala rasuah. Azmin Ali nak kongsi kekayaan Anwar sanggup membiarkan isterinya Shamsidar bersetubuh dengan Anwar di condo Bangsar. Azmin rela membiarkan isteri main kayu tiga dan lelaki dayus. Apakah Azmin tak sedar bahawa segala perbuatan isterinya akan di tanggung dosa olehnya? Apakah Azmin tak rasa malu menjual bini dia kepada bos dia? Apa punya lelaki makan duit hasil persetubuhan yang haram?

Anonymous 6 October 2009 at 10:22  

den nak cakap satu jo...semuo ni org islam kan...

jawab soalan den...nak tangkap org maksiat(khalwat,liwat,dll) kono ado syarat dalam islam yang perlu dipatuhi..apo syarat2nyo?

kalau dah tau bagus..kalau tak tau main cakap jo nauzibillah..den doakan ekau dijauhkan dari api neraka jahanam..dosa tuduh org zina ni sama mcm org berzina...samo2lah kito mengingati...

Check akaun pemimpin UMNO...den bandingkan dengan Anwar...lepas tu kito cito..

kelambuharimau 6 October 2009 at 12:30  

inilah pemimpin yang diagung agungkan oleh geng pakatan jahanam! yang buruk semua BN yang baik semua depa..ayuh kita bersatu tumbangkan mereka!

Anonymous 6 October 2009 at 13:18  

DNA telah terbukti air mani & air puki Shamsidar bertemu di atas tilam. Hanya berlaku persetubuhan barulah air mani dan air puki keluar bersama dan bertembung bersama. Air mani bukan boleh pancuk macam bomba nak padam api & air puki bukan air perigi boleh ceduk. PAS buat buta kebenaran saintifik

Anak Kesang 6 October 2009 at 19:32  

Jngn terlalu emosional... just fikirlah apa yang dah berlaku.. jngn terlalu taksub pada PAS,PKR dan DAP. Aku dulu adalah pengikut sentiasa DSAI tetapi bnyk agenda yang tak boleh aku terima pakai demi untuk PR yang idea dari saudara Anwar Ibrahim. Terlalu bahaya. Aku juga yg membawa PKR kuat satu ketika di DUN Bemban ,Melaka dimana saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dilahirkan di Kampung Kesang Tua.(Sam). Allhamdullilah aku sedar cepat demi aku ingin memperjuangkan bangsa dan agama aku. Percayalah dlm PR, penyokong PR akan memberi kelebihan kepada MT DAP dan PKR saja. PAS jngn bermimpi untuk memegang apa2 portfolio yg penting di setiap jajahan PR(PKR,PAS dan DAP) kecuali Saudara Anwar tidak dapat mengganggu-gugat Kelantan dan Kedah disbbkan PAS terlalu ramai di DUN.

Aku tidak menyalahkan org PAS tetapi aku pelik kenapa pemimpin PAS masih tidak dapat memikir apa kehendak sebenarnya Anwar Ibrahim.

Pengikut PAS jngn emosional berfikirlah apa yang berlaku kepada saudara islam kita di Selangor, Penang dan Perak satu ketika.

Dan pengikut PAS jngn terkejut jika PAS Selangor akan keluar dr Pakatan Rakyat. Jngnlah kita membenarkan agama kita dihina dan dicaci seperti mana yang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP. Pertahankanlah jngn kita mudah diperkotak-katikkan demi mencapai agenda saudara Anwar Ibrahim yng bercita-cita menjadi P.M. Berfikirlah seperti Saudara Azman Ketua Pemuda PAS Gombak dan Datuk Dr Hassan Ali. Waallahuallam....

sape2 je 6 October 2009 at 19:45  

semoga Allah memberi kemenangan kepada PAS di PRK Dun Bagan Pinang nanti...amin...
TAKBIRRRRRR....!!

sape2 je 6 October 2009 at 19:47  

semoga Allah akan memberi kemenangan kepada PAS pada PRK Dun Bagan Pinang nanti... same2lah kita solat hajat.. semoga pemimpin yang zalim akan tumbang...amin...TAKBIRR...!!!

Anonymous 6 October 2009 at 22:07  

hahahahaha

dah xdo cito lain ko

den tertanyo2 gak
sapo pemimpin umno yg kantoi kek airport pasal bawak duit byk bona

dah xtaw nak sorok mano dah
porak pon dah ponoh

hahahahahaha

g lah buek isu logik ckit
buek jambatan dari PD sampai Penang ko,Johor ko
baru lah logik ckit

hahahahahahaha

den tengok blog ni xdo sambutan pon
kesian....

Machang 7 October 2009 at 11:27  

Apa yg kamu ckp semuanya tidak berakal demi memperjuangkan matlamat seseorang..? Fikirklah.....

sape2 je 7 October 2009 at 12:29  

KESIAN BLOG NI...MCM XRAMAI JE YG JOIN....


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP