Friday 2 October 2009

ADUN DAP Minta Hassan Ali Bertaubat !
















"Saya memberi peluang kepadanya (Hassan) untuk bertaubat. Bertaubatlah"
demikian kata Teng Chang Kim (ADUN DAP Sungai Pinang) kepada Hassan Ali dalam Sinar, mukasurat 7, 29 September 2009. Begitulah yang terjadi kepada pakatan pembangkang Selangor, ADUN DAP sudah boleh gesa Pesuruhjaya PAS bertaubat. Dulu Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah minta Anwar Ibrahim bertaubat. Kini, ADUN DAP gesa Pesuruhjaya PAS pula.
























Tony Pua pernah mendakwa Hassan Ali sebagai hipokrit. Selain menggesa Hassan Ali agar bertaubat, Teng juga menuduh Hassan Ali sebagai pembohong. "Orang yang mempunyai sifat sebegini mengingatkan saya kepada kata, dengan rakan seperti itu, saya tidak memerlukan musuh" kata Teng dalam Sinar Harian, pada 29 September 2009. Ini bermakna, Teng menganggap Hassan Ali bukan lagi sebagai rakan dalam pakatan pembangkang, tetapi adalah musuh mereka dalam pakatan.

























Disebabkan PAS dianggap sebagai musuh DAP dalam pakatan pembangkang, maka DAP perlu merekrut ahli-ahli PAS yang lebih liberal untuk berkerjasama dengan DAP. Contohnya seperti Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS, Shah Alam) yang sanggup menghentam Pesuruhjaya PAS sendiri untuk bersama-sama dengan DAP. Oleh itu, keahlian DAP perlu dibuka dengan lebih luas kepada ahli-ahli PAS sebegini.

Nik Aziz sekali lagi digunakan untuk menghalalkan kemasukan ahli-ahli PAS ini ke dalam DAP. Elizebeth Wong pernah gunakan Nik Aziz untuk sucikan dosanya berbogel, Nga Kor Ming gunakan kenyataan Nik Aziz untuk mempertahankan dirinya setelah mempersendakan ayat suci Al-Quran dan Teresa Kok pula menggunakan kenyataan Nik Aziz untuk meramaikan lagi ahli PAS lompat parti ke dalam DAP. Memang untungnya banyak bagi DAP dalam tempoh jangka masa panjang. Apakah orang-orang PAS sedar dengan fenomena ini?


















Bagaimana orang-orang PAS hendak sedar, ketua mereka sendiri pun tidak serik dikecam dan diherdik oleh DAP. Pada siang hari, Hassan Ali diminta bertaubat dan dituduh bohong oleh DAP dalam Sinar Harian. Pada waktu malamnya (29 September 2009), Hassan Ali boleh makan semeja dengan Ronnie Liu, Teresa Kok dan wakil rakyat DAP yang mengecamnya.

Lama-kelamaan, PAS akan berkubur di Selangor. PAS sudah hilang pendirian bila semeja dengan DAP. Inilah padahnya bila berpakat dengan DAP. Kerugian besar buat orang Melayu di Selangor. Mesej ini harus disampaikan pada pengundi di Bagan Pinang. Jangan silap membuat pilihan. PAS sudah hilang prinsip.

Sumber : Angin Perubahan

1 comments:

YANG GAMBI 2 October 2009 at 21:00  

Salam, biasalah bro, kan orang-orang DAP sudah mendalami Islam yang diajarkan Nik Aziz, mereka dah boleh tafsir dan baca ayat-ayat Quran untuk menasihati umat Islam. Ulama-Ulama PAS sudah tidak ada masa nak berceramah agama kerana sebuk dengan politik dan mencari harta kekayaan sendiri.....


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP