Friday 11 September 2009

Undi Bukan Melayu Milik Siapa..?




Tak lama lagi jentera pilihanraya UMNO-BN akan sekali lagi memasuki gelanggang pesta demokrasi negara kita, Pilihanraya Kecil di N31 DUN Bagan Pinang.

Sebagai penulisan yang sulung ini saya ingin membawa pembaca serta pengikut blog rasmi ini agar menumpukan fokus kepada undi bukan melayu….. Oh ya terlupa untuk merakamkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada pengendali Blog, Roshatika yang sudi menjemput saya sebagai co-author.

Sudah pun berlangsung beberapa PRK di tanahair semenanjung ini bermula dengan Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir dimana UMNO-BN kalah teruk, malah kalah kesemuanya. Daripada kesemua tujuh PRK yang disebutkan tadi, hanya Kuala Terengganu merupakan kerusi UMNO yang dirampas oleh Pembangkang dan selebihnya memang status quo, milik Pembangkang.

Pada kesemua kekalahan UMNO-BN, faktor undi bukan melayu dilihat agak besar peranannya. Oleh itu dalam senario PRK Bagan Pinang, apakah UMNO-BN akan diancam dengan kekalahan mengejut dimana nanti setelah semakan dibuat, DUN Bagan Pinang menjadi mangsa terbaru penangan pengundi bukan melayu..?

Di Negeri Sembilan sendiri pengaruh Pembangkang sudah mula menyemai benih…. Lihat sendiri secara keseluruhan daripada 36 kerusi DUN, BN hanya menang 21 sahaja iaitu 58% mandat rakyat Negeri Sembilan! Pembangkang pula berjaya membariskan seramai 15 orang wakil rakyat dalam sidang DUN di negeri adat pepatih ini. BN mentadbir kerajaan negeri dengan “simple majority” dan berpeluang menerima nasib yang sama seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pada PRU ke 13 nanti…..

Parlimen Teluk Kemang merupakan diantara kawasan yang besar merangkumi lima [5] Dewan Undangan Negeri [DUN]. Daripada 5 DUN, BN hanya menguasai 2 DUN iaitu N31 Bagan Pinang [Allahyarham Azman Mohd Noor] dan N32 Linggi [Ismail Taib].

Manakala Pembangkang pula berjaya merampas 3 kerusi DUN iaitu N29 Chuah [PKR – Chai Tong Chai], N30 Lukut [DAP – Ean Yong Tin Sin] dan N33 Port Dickson [PKR – Ravi Munusamy].

Jangan lupa bahawa Parlimen Telok Kemang juga dimenangi oleh wakil PKR Datuk Kamarul Bahrin Abas. Ini menjadikan kedudukan di Teluk Kemang memihak kepada Pembangkang dengan kedudukan 4 ; 2.

Apakah tidak mustahil untuk bahang kemenangan Pembangkang dikesemua PRK sebelum ini mampu untuk mengibarkan lagi bendera parti mereka di Bagan Pinang..?

Dengan peratusan pengundi bukan melayu melebihi 30%, kita harus berhati-hati dan mesti mula mencongak apakah sebenarnya yang sudah ada didalam benak fikiran Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guat Eng, Tein Chua, Sivarasa, S Manikavasagam, Kulasegaran dan bakal dibantu oleh Chua Jui Meng dan Tan Yee Kew….

DUN Bagan Pinang memiliki beberapa kawasan estet yang didiami secara majoriti oleh kaum India seperti di Ladang Antherthon 81% pengundi, Pekan Siliau 76% pengundi, Ladang Bradwall 66% pengundi dan Sua Betong 67% pengundi. Disinilah nanti wakil rakyat Port Dickson Yb Ravi dijangka akan mengetuai pemimpin Pembangkang berbangsa India seperti Manikavasagam, Sivarasa, Gobala Krishna dan lain lain lagi untuk berkampung, berkempen dan menghasut pengundi India dengan pelbagai dakyah mereka apatah lagi dengan cerita panas terbaru krisis Kepala Lembu dan isu perpindahan kuil di Selangor..! Apakah pemimpin MIC yang sedang sibuk berebut kerusi dalam parti mereka ketika ini akan mampu untuk membawa modal kempen yang lebik baik..??

Peratusan tinggi pengundi cina dalam DUN Bagan Pinang pula berada di Teluk Kemang 33% pengundi dan Sua Betong 24% pengundi. Angin peralihan undi kaum cina yang BERANI mengundi calon PAS sudah bermula di PRK Kuala Terengganu dan yang paling dahsyat di Kuala Sepetang sewaktu PRK Bukit Gantang..!

Dijangkakan celebrity celebrity pemimpin cina Pembangkang seperti Lim Guan Eng, Theresa Kok, Ronnie Beer Liu, Elizabeth Bogel Wong, Tien Chua, Chua Jui Meng, Tan Yee Kew akan menguasai pikiran pengundi cina dengan berbekalkan modal Anwar Ibrahim yang bakal menghapuskan DEB dan melantik TPM dari kaum mereka….

Isu sensasi kematian Teoh Beng Hock juga bakal jadi HITS ceramah dalam mana mana program kempen Pembangkang bersama pengundi pengundi cina. Apakah MCA dan Gerakan mampu menyaingi kehebatan pidato Pembangkang…? Krisis PKFZ yang membabitkan pimpinan MCA dilihat akan menjadi beban dan “liability” kepada BN..!

Malah dengan bilangan 10 wakil rakyat DAP ditambah dua wakil rakyat PKR bukan melayu dalam DUN Negeri Sembilan, kempen dikawasan majoriti cina dan India menjadikan tugas MIC, MCA dan Gerakan bakal menemui kegagalan..!!
Kesan daripada protes undi kaum cina yang kini semakin MENOLAK kepimpinan BN pernah saya ulas sebelum ini ;-

27 Ogos 2009 Untungnya Nasib Kaum Cina Sekarang… [klik sini]
16 April 2009 Kalau Ada Pilihanraya Bukit Lanjan, BN Tak Menang…. [klik sini]

Oleh itu UMNO-BN harus melipatgandakan usaha dan gerak kerja untuk menguasai 65% pengundi melayu dalam kempen PRK Bagan Pinang…. Bilangan majoriti sekitar 2,000 undi yang berjaya dicapai oleh Allahyarham Azman Mohd Noor bukanlah satu kedudukan yang selesa.

Semoga ulasan sulung ini sebagai peringatan buat kita semua tidak leka dan menambah usaha untuk bekerja kearah kemenangan… Kita sayangkan melayu dan cintakan islam, hanya UMNO yang mampu membawa wadah ini.

3 comments:

PEJUANG CYBER 11 September 2009 at 15:31  

Necaya juga kali ini kalau BN mahu benar-benar menang, bukan sipi-sipi, turunkanlah pemidato politik lama yang ramai dan masih segar serta mempunyai aura politiknya untuk memberi ceramah. Setakat ini UMNO tentunya sudah sedia dengan menjemput orang-orang lama yang masih bersedia mahu berkhidmat untuk berdepan dengan rakyat dengan cara yang lebih tersusun.

Anonymous 11 September 2009 at 16:23  

Adakah ORANG UMNO yg tak sedar diri lagi,kenapa mereka tak faham yang rakyat sekarang MEMBENCIKAN orang yang di SABITkan dengan RASUAH..

Jikalau UMNO tak mahu malu maka pilihlah CALON yg BERSIH DARI SEGI IMEJ DAN AKHLAK..

Terima kasih diatas khdmat Md Isa tetapi jikalau UMNO masih memilih Md Isa seolah-olah memilih bagi CALON PAS menang FREE .
Adakah UMNO tak belajar daripada kesilapan yang lalu..??

Dahulu rakyat UNDI PARTI tetapi sekarang rakyat undi tengok ORANG dan PARTI..

Jikalau UMNO mengikut rasa maka binasa lah seperti LDP di JEPUN.

Anonymous 11 September 2009 at 17:51  

BN perlu dan wajib menang dengan apa cara sekalipun - cara baik atau sebaliknya.

Saya percaya dalam situasi sekarang undi bukan Melayu akan lebih memihak kepada PR walaupun pemimpin BN mungkin berkempen menakut-nakutkan orang bukan melayu dengan hukum hudud Pas atau cara Pas yang kelihatan ekstrim dengan agama Islam.

Orang bukan Melayu akan hadir dalam majlis makan-makan atau majlis beri sumbangan ang pow kepada mereka anjuran BN, tetapi undi belum tentu diberi kepada BN. tambahan pula keadaan MCA dan MIC yang tidak stabil ketika ini memburukkan lagi suasana.

Oleh itu, BN perlu memberi lebih tumpuan kepada undi orang melayu dan juga undi pos.

Undi pos harus dipastikan 95% BN (kalau 100% tak logik dan nampak sangat menipunya). Anggota keselamatan perlu diwajibkan mengundi BN atau mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib. BN perlu buat macam ini atau berhadapan dengan kekalahan, yang mana satu pilihan?

BN wajib menjaga undi orang melayu supaya at least 85% BN. pelbagai sumbangan,derma dan duit raya perlu diagihkan terutamanya di kawasan kuat PR terutamanya semakin hampir tarikh PRK. biarkan pengundi2 tersebut jadi 'malu alah' dan terpaksa mengundi BN. orang melayu macam kerak nasi, lama2 lembut juga.

SPR perlu tetapkan hari mengundi hujung minggu supaya lebih ramai dapat mengundi. mentaliti penyokong PR dan BN berbeza, kalau penyokong PR, mereka sanggup balik mengundi sekiranya PRK dibuat hari bekerja berbanding penyokong BN.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP