Friday 11 September 2009

Tindakan Menghina : Bila Pula Nak Dakwa AMK Keadilan ni?

Hadiah lembu, Ketua Pemuda PKR cabar SPRM dakwa.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin menegaskan, pihaknya tidak akan memohon maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tindakan menghadiahkan lembu secara simbolik sebelum ini, sebaliknya sedia berhadapan dengan tindakan mahkamah jika didakwa.

“Saya cabar untuk didakwa.. hendak dakwa di bawah seksyen apa? Saya juga tidak akan meminta maaf… saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan semalam.

Beliau turut menyelar keras kenyataan balas yang dikeluarkan secara biadap oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan dalam temu bual bersama Sunday Star dan mStar Online, yang disiarkan sebelum itu.

Ahmad Said mempertikaikan tindakan AMK menghantar seekor lembu kepada SPRM sebagai tindakan yang ‘bodoh dan kebudak-budakan’.


Ulasan : Tindakan AMK memang bodoh dan kebudak-budakan. Pendek akal macam ketuanya. Tidakkah tindakan ini juga " menghina " namanya? Tetapi tidak pula di dakwa? Hairankan....?

1 comments:

1Agenda 12 September 2009 at 19:31  

mamat ni tak sedaq...dia yang kena 'lembu' dia tak tau...kesian!!!


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP