Tuesday 29 September 2009

Tentukan Syurga Neraka : Nik Aziz Diingatkan Tidak Merampas Kerja Allah

Oleh Hj Mohd AFandi Yusoff

Sesungguhnya Nik Aziz belum insaf dalam mempermainkan hukum Allah. Tuduhan beliau bahawa ahli UMNO tidak akan masuk syurga, kerana kononnya UMNO mengamalkan ajaran Islam palsu, itu bermakna 3.2 juta ahli UMNO akan masuk neraka.


Bagi saya tuduhan beliau kali ini bukan suatu pelik, ia merupakan ulangan dan kesinambungan daripada fatwa-fatwa songsang beliau sebelum ini. Antara fatwa sesat yang telah beliau keluarkan ialah “ kita boleh berkawan dengan syaitan”, “Allah jahat dan samseng”, “umat Islam dibenarkan mencarut, kerana Allah pun mencarut dalam al quran”, dan yang terkini ialah fatwa “orang kafir dibenarkan menghina agama Islam”. Disamping fatwa dan tuduhan beliau terhadap UMNO, “UMNO parti komunis”, “UMNO ajaran sesat Ayah Pin”, “UMNO tolak Islam, sosialis dan secular”.

Didalam beberapa hadis Rasulullah, baginda mengambarkan sabdanya : “ Sesiapa yang berani mengeluarkan fatwa tanpa sandaran nas yang kukuh, akan dilaknat oleh malaikat dilangit dan dibumi”- Riwayat Ibnu Asakir. Dan sabda Rasulullah : “ Barangsiapa yang berkata daripada al quran mengikut hawa nafsu, tunggulah tempatnya didalam neraka” – Riwayat Tarmizi.

Apabila tiba pilihanraya kecil, maka Nik Aziz akan mengeluarkan fatwa songsang untuk dijadikan isu dan bahan perbahasan dikalangan rakyat. Itu juga merupakan antara strategi parti Pas dalam menghadapi BN. Kerana bagi Pas, apabila penceramah UMNO menyerang Nik Aziz, ia akan memberi keuntungan kepada Pas, hasil daripada simpati dan kasihan belas rakyat.

Tetapi Nik Aziz perlu ingat, dia jangan terlalu angkuh, takbur dan bongkak, mendabik dada bahawa hanya ahli Pas dan Pakatan Rakyat sahaja yang akan masuk syurga. Nik Aziz perlu ingat, syurga neraka itu bukan dia punya, ia milik Allah dan Allah berhak mengurniakan kepada siapa yang layak memasukinya. Kalau Nik Aziz mahu merampas kerja Allah, dengan mengambil kunci syurga neraka untuk diagihkan kepada penyokong Pas dan UMNO, ia merupakan suatu perbuatan syirik akbar. Saya nasihatkan beliau bertaubat nasuha dengan segera sebelum tibanya sakaratul maut.

Pemuda UMNO menggesa pihak berwajib, seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, para mufti setiap negeri, agar bersuara menyatakan kebenaran, apakah hukum sebenar tuduhan Nik Aziz itu yang dilihat boleh memecah belahkan rakyat. Satu ketika dulu, Kerajaan Malaysia pernah mengeluarkan kertas putih kerajaan Malaysia pada 8hb November 1984, memperakui bahawa Pas benar-benar mengkafirkan UMNO.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan, walaupun rakyat Malaysia tahu bahawa Nik Aziz bercakap politik, hukum yang dikeluarkan adalah hukum politik. Tetapi demi untuk menjaga kesucian agama Islam, ia perlu dibenteras hingga keakar umbi, agar agama Allah tidak dijadikan alat untuk mendapatkan kuasa dan kemewahan. Memang saya akui bahawa Nik Aziz terlalu rakus dan tamak dalam mengeluarkan fatwa, ini semua berpunca daripada kebimbangan beliau, kalau-kalau Pas kecundang dalam pilihanraya.

Penulis Adalah Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

2 comments:

Juwa 29 September 2009 at 12:03  

Kalau umno kalah juga, selayaknya umno diletakkan di muzium negara. Dahla dpt undi percuma lebih 4k, itupun masih kelam-kabut lagi. Dah nazak sgt umno ni.

Writer 29 September 2009 at 17:57  

Jangan terlalu bongkak wahai orang PAS .... UMNO bukannya Parti yang akan menyerah kalah begitu sahaja.

Jangan asyik nak berpolitik saja... PAS cuma tau menghentam saja ... KERJA tak reti ... PAS di selangor jadi sampah puak Pakatan Rakyat seperti DAP dan KEADILAN ...

Malu la SIKIT .. SURUH HASAN ALI letak jawatan ... tak layak jadi pemimpin kerana di buli oleh PEMIMPIN dari PKR dan DAP


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP