Tuesday 29 September 2009

Tan Sri Isa - Calon BN pilihan rakyat Bagan Pinang

Kesudahannya pucuk pimpinan UMNO akur dengan mandat yang diberi oleh keseluruhan ahli-ahli UMNO Cawangan dan masyarakat akar umbi di Bagan Pinang. Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam PRK DUN Bagan Pinang oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berbagai-bagailah sindiran, cemuhan dari blogger-blogger pro PAS khawarij, antaranya ; ‘UMNO sudah tidak mampu menonjolkan calon bersih’.

Ada juga blog pro PAS khawarij meluahkan rasa kesal kerana UMNO tidak akur dengan nasihat bekas pemimpin UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.

Blog pro PAS khawarij mengandaikan, ‘pemilihan Isa sebagai calon BN, ini menunjukkan UMNO masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih kerana kepentingan kuasa'.

Ada juga yang blog yang membuat andaian dengan menyatakan, ‘tindakan mencalonkan Isa bagi menegelakkan tindakan boikot daripada ahli-ahli UMNO akar umbi yang menyokong kuat Isa untuk kembali menjadi Menteri Besar kerana mereka kurang senang dengan kepimpinan Menteri Besar sedia ada, Datuk Seri Mohamad Hassan'.

Begitulah kebodohan yang ditonjolkan oleh penulis-penulis blog pro PAS khawarij, dia orang ingat masyarakat di Bagan Pinang begitu bodoh macam dia, mudah sahaja kena tipu oleh tok-tok guru munafik PAS khawarij…..

Mengapa puak-puak PAS khawarij ini sebuk sangat ?

Kalau PAS khawarij selama ini angkuh dan bongkak dengan kemenangan 7-1, kenapa perlu sebuk dan kecuh bila Tan Sri Isa di umum oleh sebagai calon UMNO-BN di Bagan Pinang ?

Bukan kah PAS khawarij pakar dalam penyebaran fitnah, caci maki, putar belit, menipu, memecahbelahkan umat, apa tunggu lagi…….. pergilah buat fitnah banyak-banyak kat UMNO di Bagan Pinang…..

Pas khawarij perlu sedar, ini bukan Permatang Pauh, bukan Permatang Pasir, bukan Penanti dan bukan Manek Urai, ini DUN Bagan Pinang…….

PAS khawarij perlu tahu, masyarakat dan pengundi-pengundi bukan bodoh dan jumud macam di PRK yang lalu, memadai dengan ‘undi PAS boleh masuk syurga’, mereka bukan tempat untuk tok-tok guru PAS khawarij boleh menipu…….

PAS khawarij perlu tahu juga, bahawa kerusi DUN Bagan Pinang adalah hak milik BN yang mesti dipertahankan. Keseluruhan rakyat tempatan bersepadu dari pelbagai lapisan bangsa tidak akan berbelah bagi memberikan sokongan kepada UMNO-BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad.

9 comments:

Cheguman 29 September 2009 at 22:18  

Sebenarnya pembangkan hanya ada satu isu iaitu kes disiplin yang pernah dikenakan pada beliau. Namun perkara tersebut telah lama berlalu dan beliau sudah menjalani hukuman.

Jika kesalahan disiplin dalam parti hendak diambil kira, bagaimana dengan pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibarahim yang baru keluar penjara atas kesalahan jenayah. Malah kini sedang berhadapan dengan dakwaan salah laku seks yang cuba dielakkan.

Pengundi sudah semakin matang. Mereka cuma ingin tahu, "apakah manafaat jika aku mengundi calon sipolan-sipolan...?"

Demang yakin pengundi sentiasa ingat bahawa TS Isa sudah membuktikan keupayaannya mentadbir NS dan DUN beliau sebelum ini.

Juwa 29 September 2009 at 22:40  

Lepas ni kaki rogol pun boleh jadi calon umno. Hancuss umno.

Samurai Politik 29 September 2009 at 22:44  

NIK AJIS tu bersih ker ... Atau Pemimpin Pakatan di Selangor bersih ker ??? Nik Ajis kumpul harta sampai RM 10 JUTA .... WOW BANYAK TU .... Tapi tolak pembangunan .... Minta pula Perlabuhan di TUMPAT ....

RM 500,000 lesap dalam tempoh 2 bulan gara-gara baru memerintah negeri SELANGOR ....

Apakah PAKaTAN Bersih ????

YANG GAMBI 29 September 2009 at 23:36  

Kawan setuju sangat dengan komen DLD dan SP, kadang-kadang kita kena renung juga sejauh mana kesilapan TSIS dalam memperjuangkan maruah bangsa dan agama dalam UMNO jika dibandingkan dengan yang lain..... bukan macam pemimpin PAS khawarij yang menjual agama dan bangsa untuk kuasa dan jawatan, rakyat cuma diberi jaji 'syurga' je....

Juwa, UMNO tidak sejumud macam pemikiran anda yang mengagungkan Anwar kaki peliwat, penzina isteri orang untuk dijadikan pemimpin, sedarlah sikit.....cermin diri dulu sebelum menghina orang lain....

1Agenda 30 September 2009 at 00:07  

pertahankan pilihan rakyat. TSI boleh dan telah berjaya lakukan di semua tempat yg diwakilinya. Bagan Pinang bakal mendapat YB yg berpengalaman dan mahir mendahulukan rakyat di dalam semua tindakannya. Tahniah TSI dan Rakyat Bagan Pinang.

Anak Kuala 30 September 2009 at 01:14  

alah dalam PR kaki main jantan pun boleh tanding dan jadi YB. Yang betina kaki bogel pun boleh jadi exco. Yang kaki kena khalwat pun boleh jadi calon. Yang kaki rasuah 3 juta bini mintak pun boleh jadi yb

Politik Melayu 30 September 2009 at 09:10  

ORANG INI DIHARAMKAN MASUK DUN31- SESIAPA JUMPA SILA RENDAM DAN BUA ELOR MASIN >

Politik Melayu 30 September 2009 at 09:21  

Pedulikan apa PAS mahu cakap , yg pasi PAS genar apabila hero sebenar DUN 31 erpilih. ISA akan menang besar, ISA adalah sebenarnya calon yang digeruni Pembangkang. Kia unggu dan liha ISA bukikan apa yang un kaa adalah salah belaka

WARIS PURBA 30 September 2009 at 10:25  

Mat Sabu dulu bini orang dia sapu tapi PAS masih sayang pada dia.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP