Monday 28 September 2009

Tabur Anwar Tabur



Demang dapat laporan daripada orang tempatan bahawa pihak PKR sudah memasuki estet-estet dan menabur beberapa habuan bagi meraih undi. Sememangnya perkhabaran ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah sudah dijangkakan sejak awal.

Nampaknya PAS akan menjadi pak sanggup sekali lagi. PAS akan merelakan apa sahaja modus operandi PKR asalkan calonnya menang. Pun tidak menghairankan kerana PAS sudah ada fatwa sendiri dalam berperang dengan UMNO: apa sahaja halal dilakukan asalkan UMNO tumbang!



Anwar adalah pakar strategi. Maksud Demang, strategi menggunakan wang. Siapa jaguh politik wang dalam UMNO? Siapa yang membawa budaya politik wang dalam UMNO? Bilakah politik wang berleluasa dalam UMNO?

Bagi golongan muda sudah tentu tidak mengalami sendiri pengalaman berpolitik bersama Anwar dan UMNO. Namun Demang percaya mereka masih ingat nama Ghafar Baba. Selain daripada bekas TPM di zaman Tun Dr Mahathir, Tun Ghafar adalah salah seorang yang dihantar oleh Tun Dr Mahathir ke London bagi mengambil semula syarikat perladangan Sime Darby dan Guthrie dan mengembalikannya ke pangkuan orang Melayu.

Tun Ghafar: pejuang yang hampir dilupakan.

Kenapa Tun Ghafar dilupakan sedangkan beliaulah yang bertanggung jawab menyelamatkan Sabah daripada kerajaan salib? Lebih tepat lagi, siapakah yang menyingkirkan Tun Ghafar? Bagaimanakah orang itu menyingkirkan Tun Ghafar meskipun dinasihati oleh banyak pihak?

Tanyalah sesiapa sahaja yang mengikuti sejarah negara dengan rapat. Pasti anda akan dapat jawapan yang tepat.

Keghairahan Anwar untuk menaiki tahta kerajaan dengan cepat menyebabkan beliau tidak memperdulikan adakah tindakannya mematuhi tata susila ataupun tidak. Wang ditabur semaunya dan sesiapa yang menerima pasti akan terjerat. Memang ada yang beranggapan bahawa 'ambil wang Anwar tetapi beri sokongan pada Ghafar. Namun kelicikan Anwar akhirnya memastikan barangsiapa yang mengambil duitnya, mereka tidak akan terlepas daripada jeratnya.

Demikian hebatnya Anwar.

Demang percaya, Anwar akan lakukan apa sahaja bagi mencapai maksudnya.

Sama-sama kita lihat adegan selanjutnya.


Demang Lebar Daun adalah blogger waadat dan TYDP II bloggers Pembela Negara BPN)

foto hiasan: money 4a jpg
lifesip.com

5 comments:

Anonymous 29 September 2009 at 00:01  

TPM merangkap Menteri Pendidikan dan Timbalan Presiden Umno petang tadi mengumumkan pembinaan 2 sekolah baru di kawasan Bagan Pinang iaitu satu sekolah rendah di Taman Intan Perdana berharga RM18 juta dan satu sekolah menengah RM20 juta bakal dibina di tempat yang sesuai.

Kata TPM, "ini bukan rasuah, ini tanggungjawab kerajaan. kerajaan sudah lama merancang untuk membuatnya, cuma kebetulan sesuai di waktu ini...". Ayat 'kebetulan' seumpama ini biasa didengar di mana-mana kempen pilihanraya sebelum ini dan akan datang. Selepas ini, macam-macam lagi projek yang 'kebetulan' akan dilancarkan di Bagan Pinang.

Cheguman 29 September 2009 at 00:19  

Alhamdulillah. Kadang-kadang kita lupa berterima kasih tetapi tidak pernah lupa mengkritik.

Bina sekolah? takkan itu sahaja jasa BN sepanjang 52 tahun memerintah negara?

Oh ye, buat sekolah bukan macam plan nak buat reban ayam, ye tak bro?

Juwa 29 September 2009 at 12:25  

Alhamdulillah setakat ni score adalah 7-0. Maksudnya, jati diri org melayu masih kuat lagi. Jgnlah org melayu senang dibodoh2kan. Kalau diumpan sekupang dan disuruh undi babi pun dia akan undi. Bagi kain kita pakai, bagi gula kita kacau. Bila undi, lihatlah bulan purnama.

Cheguman 29 September 2009 at 15:21  

JUWA, belajarlah berpolitik secara matang dengan melihat fakta. Score 7:0 itu di gelanggang mana?

Cheguman 29 September 2009 at 15:22  

Untuk makluman, JUWA ni budak upahan Anwar.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP