Friday 18 September 2009

Pembebasan 5 Tahanan ISA-dari sudut pandangan pemimpin PAS munafik serapam ‘Khawarij’

Keputusan kerajaan membebaskan tahanan ISA tidak mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang dijadual berlangsung pada 11 Oktober ini.

Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang semuanya anggota Jemaah Islam (JI) Malaysia dibebaskan petang semalam, selepas dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Pembebasan dibuat setelah kerajaan berpuas hati bahawa kesemuanya telah menunjukkan respons pemulihan yang positif dan melahirkan kesedaran serta keinsafan di atas tindakan mereka terdahulu.

Apa kata pemimpin PAS munafik ?

“Mereka tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan”, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

"Apa perlu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghukum kita tanpa bicara yang tidak mahu lagi menyiksa kita semata-mata kerana bimbang kepentingan politik mereka akan terjejas jika terus menyiksa orang yang tidak dibuktikan kesalahannya”. KLIK

Begitulah pandangan dari pemimpin PAS munafik, mereka tidak pernah mengajar masyarakat berterima kasih kepada kerajaan, bukan sekadar pembebasan 5 orang tahanan ISA sahaja, malah kepada perkara-perkara lain pun yang telah dibuat oleh kerajaan kepada rakyat.

Alasan puak-puak PAS munafik ini, semua yang dibuat kerajaan untuk rakyat, adalah tanggungjawab kerajaan, tidak perlu berterima kasih.

Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud ;

“Sesiapa yang dilakukan kebaikan kepadanya, maka jika ia tidak dapat membalas melainkan dengan kata-kata pujian, itu bererti ia telah mensykurinya; sesiapa yang menyembunyikannya, bermakna ia telah mengkufurinya”. Imam Ibnu Hajar

Imam al-Suyuti dalam al-Jaami al-Soghir menyebut sebuah Hadis yang dengan jelas meletakkan perbuatan tidak bersyukur sebaris dengan beberapa dosa besar:

“Lima dosa Allah segerakan balasan bagi yang melakukannya : menzalimi manusia, khianat, menderhaka kepada dua ibu bapa, memutuskan silatulrahim dan jasa yang tidak disyukuri”.

Inilah ajaran yang disebarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS munafik, bahawa apa-apa kebaikan yang diterima daripada kerajaan adalah merupakan tanggungjawab dan kewajipan pemerintah yang tidak perlu disyukuri.

Padahal ini sebahagian dari hukum agama yang mana terdapat nas-nas mengenainya, nas-nas yang tidak membezakan samada kebaikan yang diterima itu datang daripada orang yang berkewajipan melakukannya atau tidak.

Pengajaran pemimpin-pemimpin PAS munafik ini ibaratkan bahawa seseorang itu tidak wajib mensyukuri jasa ibu bapanya kerana memang menjadi kewajipan ibu bapa memberi nafkah dan menjaga anaknya.

Dan jika prinsip pemimpin-pemimpin PAS munafik ini digunapakai, bagaimana pula dengan jasa Nabi kita S.A.W. yang memang menjadi kewajipan Baginda menyampaikan dakwah kepada umatnya ?

Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

“Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Beginilah rupa bentuk PEMIKIRAN KHAWARIJ yang telah menyerap atau diserapkan di dalam kepimpinan PAS munafik ini.

Khawarij, ialah kumpulan pemberontak yang lahir di zaman Syaidina Ali r.a., mereka memerangi dan menghalalkan darah Baginda dan siapa saja yang menyokong kerajaan pada masa itu.

Pada hakikatnya fenomena Khawarij adalah jelmaan daripada suatu bentuk pemikiran yang lahir sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi dan akan lahir dari semasa ke semasa. Khawarij pertama ialah ‘Zulkhuwaisirah’ yang mengkritik cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta rampasan perang dan menuduh Baginda tidak berlaku adil dalam pembahagian tersebut.

Zulkhuwaisirah tidak membantah Rasulullah S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul yang menyampaikan wahyu tetapi sebagai pemerintah yang menjalankan tugas-tugas pemerintahan.

Di zaman Syaidina Ali, kemunculannya bermula dengan sekumpulan pengikut membantah keputusan Baginda menerima tahkim. Daripada segi hukum syarak, Baginda berhak membuat keputusan tersebut sebagai seorang pemerintah. Bantahan ini diikuti dengan tindakan mencerca, memarakkan kebencian seterusnya menghukum Baginda sebagai telah melakukan dosa besar.

Pemikiran Khawarij yang bertunas daripada tidak bersetuju dengan keputusan pemerintah itu terus membesar hingga ke peringkat ekstrem atau “ghuluw” dengan menghukum Syaidina Ali dan penyokongnya sebagai Kafir dan halal darah serta wajib di perangi.

Kita lihat bagaimana tunas pemikiran Khawarij ini berkembang tahap demi tahap hingga ke tahap yang ekstrem dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang dapat disaksikan melalui bentuk-bentuk hukuman dan tindakan-tindakan yang ganjil dan pelik atau “syuzuz”.

Di dalam Kitab “Fikrul Khawarij” ada menceritakan bagaimana segerombolan Khawarij menangkap Abdullah Bin Khabbab seorang penyokong Syaidina Ali serta hambanya yang sedang hamil.

Abdullah bin Khabbab kemudiannya di sembelih di tebing sebatang sungai, sementara hamba perempuannya yang sedang mengandung tidak sahaja dibunuh tetapi juga di belah perutnya.

Sewaktu berjalan merentasi ladang kepunyaan seorang kafir zimmi mereka terserempak dengan seekor khinzir, lalu salah seorang daripadanya memancung khinzir tersebut dengan pedang. Perbuatan itu dibantah oleh teman yang lain dengan mempersoalkan apakah alasan yang menghalalkan pembunuhan khinzir kepunyaan zimmi.

Ada juga riwayat menyebut bahawa mereka kemudiannya meminta untuk membeli buah tamar dan tuan punya kebun menawarkan kepada mereka buah tamar secara percuma, tetapi mereka enggan menerimanya dengan menyatakan bahawa sebagai orang Islam mereka tidak boleh mengambilnya tanpa bayaran.

Daripada kisah yang dipaparkan ini, mari kita renungi bagaimana pemikiran Khawarij ini berkembang hingga membawa kepada kesimpulan hukum dan tindakan yang pelik lagi ganjil. Nyawa orang kafir, harta benda dan khinzirnya lebih terpelihara daripada nyawa dan harta orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Pengikut-pengikut Khawarij ini terdiri daripada mereka yang kuat beribadat dan membaca Quran seperti yang diterangkan dalam Hadis-Hadis dan diceritakan dalam sejarah.

Maka tidak hairanlah kalau kepimpinan PAS munafik ini adalah sebahagian daripada penyerapan golongan-golongan Khawarij kalau diperhatikan cara gerak laku politik mereka untuk memerangi kerajaan UMNO.

Kita sebagai umat Melayu Islam, perlu memandang serius dengan dakyah-dakyah pemimpin PAS munafik ini untuk meruntuhkan kekuasaan serta kekuatan perpaduan Melayu Islam di tanah air tercinta ini.

Dari kesempatan ini juga kawan mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri’ kepada semua muslimin dan muslimat seluruhnya serta para sahabat blogger amnya……... MAAF ZAHIR BATIN.

4 comments:

Unknown 18 September 2009 at 02:43  

Selamat hari raya aidil fitri kpd admin, para penulis blog Bagan Pinang, dan semua pengunjung samada prokerajaan, propembangkang mahupun yang berkecuali.

Maaf zahir bathin.

MK IV 18 September 2009 at 03:50  

PAS tak menyesal ke letak si kaninea ni jadi pengarah pilihanraya.

Anonymous 18 September 2009 at 11:41  

mungkin tuan-tuan boleh baca kata-kata salah seorang tahanan ISA yang baru dibebaskan baru2 ni...
Mat Sah, kemudiannya dikurung secara bersendirian selama tiga tahun, gara-gara isterinya Norlaila Othman begitu lantang memperjuangkan nasib suami dan tahanan yang lain termasuk 'menyerbu' bekas Perdana Mneteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya dengan memo bantahan di tangan.

"Saya dituduh salah akidah. Terlibat JI, KMM, Wahabi dan sabotaj Pelabuhan Klang...dipaksa mengaku salah...

"Kenapa perlu mengaku kerana saya tidak bersalah. Oleh kerana itu, tempoh tahanan saya dilanjutkan setahun ke setahun...," kata Mat Sah dengan nada yang serak dan perlahan.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22519&Itemid=1

1Agenda 18 September 2009 at 19:19  

puak2 ni memang bengong. lepas sala, tak lepas pun salah. jenis tak tau bersyukur. tak pernah ikhlas...pentingkan politik je lebih. munafik


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP