Wednesday 30 September 2009

PAS SELANGOR & KERAJAAN SELANGOR BERMASALAH

Rakyat Malaysia beragama Islam boleh lupakan saja hasrat atau harapan untuk melihat PAS di Malaysia sanggup memperjuangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan agama dan masyarakat Islam. Sebagai contoh :

1. Isu anggota Exco Teresa Kok menegur suara azan. PAS Selangor mulanya bising-bisng juga tetapi akhirnya mengalah dan membisu.

2. Isu anggota Exco Ronnie Liu mengarahkan MBSA memulangkan semula arak yang dirampas pihak berkuasa tempatan itu kerana jual di tempat awam secara terbuka di kawasan mojoriti Melayu.

3. Isu SELCAT , Dr Hassan hanya batuk di tengah jalan .... PAS dianggap Parti PEMBAWA MASALAH kepada PAKATAN RAKYAT .....

PAS kini menunjukkan seolah-olah parti itu bergantung kepada PKR dan DAP untuk terus menonjol di Malaysia.PAS seolah-olah masih bertaring sedangkan realitinya, taring PAS semakin tumpul kerana di kikis oleh DAP dan PKR.

PR juga tidak pernah membincangkan hal-hal DASAR ISLAM kerana sudah tentu di bidas sekali lagi oleh DAP yang lebih berkuasa berbanding PAS....

1 comments:

Anonymous 1 October 2009 at 02:09  

Parti Politik DAP, PKR dan PAS hanya mula bergabung sejak PRU 12... Oleh yang demikian mereka ini belum lagi terbukti peranan masing-masing.

PKR hendak menjadikan PAS sebagai KUDA tunggangan dan DAP juga begitu terhadap PAS ...

Akhirnya depa ni berjuang atas tiada prinsip utama. Masing-masing membawa dasar dan perjuangan parti sendiri.

Sehingga kini DAP dan PAS belum pernah berbincang mengenai DASAR ISLAM dan PAS terpaksa mengalah dan akhirnya perjuangan PAS akan sia-sia saja.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP