Thursday 10 September 2009

MUHYIDDIN HARAP BEBERAPA NAMA DICADANG

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap, beberapa nama calon dicadangkan bagi mewakili parti itu pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Menurutnya, sehingga kini parti masih lagi belum menerima sebarang nama yang dicadangkan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan UMNO Bahagian Teluk Kemang telah membuat keputusan hanya mencadangkan nama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua UMNO Bahagian itu, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Sebelum ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dilaporkan, pihak Perhubungan UMNO Negeri itu menyerahkan kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk mencadangkan nama calon.

0 comments:


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP