Thursday 10 September 2009

MB TERIMA SIAPA SAHAJA CALON DARIPADA UMNO TELOK KEMANG


Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau menerima mana-mana calon Umno yang akan dicalonkan oleh Umno Bahagian Telok Kemang untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Beliau berkata nama calon dijangka diperoleh esok setelah Umno Bahagian Telok Kemang bermesyuarat pada petang dan Perhubungan Umno Negeri juga mengadakan mesyuarat pada hari yang sama.

"Senarai nama saya tunggu daripada Umno dan Barisan Nasional Telok Kemang yang akan bermesyuarat esok, kita akan terima senarai, saya akan serahkan apa yang akan diberi kepada pusat dan pada saya tidak ada niat di peringkat perhubungan untuk pinda meminda," katanya selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor,54 daripada Barisan Nasional (BN) Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah.

Pada mesyuarat exco itu juga, Mohamad memutuskan supaya Pusat Khidmat Masyarakat BN di Bagan Pinang dikendalikan secara bergilir-gilir oleh Exco kerajaan negeri.

Mohamad berkata pusat khidmat ini dibuka seperti biasa setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Beliau berkata jadual kerja yang akan bermula pada Isnin ini membolehkan BN memberikan perkhidmatan terus menerus kepada orang ramai walaupun wakil rakyat mereka tidak ada.

Sementara itu Menteri Besar tersebut juga meminta masyarakat Cina dan India yang bakal menyumbang undi antara 1,500 dan 2,000 untuk terus menyokong kerajaan pimpinannya yang kini rancak dengan pelbagai agenda ekonomi.-- BERNAMA

1 comments:

PUTERA UMNO KUALA PILAH 10 September 2009 at 16:45  

Dapatkan calon terbail memenuhi segala kriteria terbaik.

Sesungguhnya manusia itu bukanlah Tuhan mahupun mlaikat yang sempurna segalanya.

Jika UMNO/BN terikut-ikut rentak pembangkang, kita mungkin termasuk dalam pernagkap mereka walhal mereka sendiri tiada calon.

Sememangnya calon terpilih mewakili PAS adalh orang luar dari DUN Bagan Pinang dan lebih malang jika datang dari daerah lain ataupun negeri lain.

Apa sudah tiada anak jati yang mampu memimpin kawasan kampung halaman mereka.

Siapa pun di calonkann untuk mewakili BN, Pakatan Rakyat akan serang peribadi calon itu.

Lawan habis-habisan.

Pihak berkuasa kene tegas dan berani, jangan cakap tapi tak ambil tindakan. Pembangkang selalu melanggar undang2, tapi pihak berkuasa selalu bagi muka. Mereka bertambah berani.

Jangan benarkan mereka dapat masuk bertemu tentera dalam kawasan Kem!A


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP