Saturday 12 September 2009

LUAHAN RASA SEORANG ANAK MUDA

Saya bukanlah seorang penulis ataupun seorang ahli politik, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran PAS di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat. Sudah tentu keluarga kami adalah penyokong PAS yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin PAS yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi. Inilah yang menyedihkan kami. Selama PAS bertapak di Kelantan, setahu saya PAS tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan PAS adalah kerajaan yang bersih. Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah. Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Jambu, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah pentadbiran kerajaan PAS, semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jubakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah PAS yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan. Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' tertinggi di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok.

Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang tertinggi di Asia Tenggara. Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya.

Pakaian sami itu berwarna putih. Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat. Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan.

Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala. Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009.

Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun. Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam. Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta.

Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas. "Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. PAS telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata.

Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam. Terkeluar hal politik ketika berborak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong PAS kerana tok sami mereka berpesan jika PAS menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi. Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami.

Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas. Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu. Terlalu ramaikah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?.

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu. Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid. Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan PAS terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini?. Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya?

Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian. Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya.

ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama. Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua parti politik adalah kafir termasuklah PAS Kelantan.

Saya benci apabila PAS bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM.

Siapakah DAP? DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.Buktinya? SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya? Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu. Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku.

Satukanlah mereka Ya Allah. Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu. Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan? Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam. Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR...

Bertindaklah umat Islam, bersatulah sebelum terlambat.Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir...

Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus, selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.

6 comments:

mazlano 12 September 2009 at 08:44  

APA YANG ADIK DEDAHKAN INI ABG HARAP AKAN MEMBUKA MATA DAN MINDA MEREKA MEREKA YANG TAKSUB PADA PAS. SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK PADA YANG BENAR. SEMOGA NIK AZIZ TIDAK DI SESATKAN ALLAH DAN MEMBAWA PENGIKUT PENGIKUTNYA KE ARAH KEHANCURAN UMAH.TERNYATA SEKALI PADA PENDAPAT ABANG SYAITAN SEDANG MEMIPIN NIK AZIZ DAN PENGIKUT PENGIKUTNYA KEARAH KESESATAN.MACAM AYAH PIN.

Anonymous 12 September 2009 at 09:50  

saya pernah baca artikel di atas semasa kempen Manek Urai dulu dan kini telah di'recycle' untuk kempen Bagan Pinang.

artikel di atas boleh dibaca dengan maknanya Pas bertolerenasi kepada penganut agama lain. kalau dulu, kebanyakan orang bukan Melayu ingat orang Pas totok dan berfahaman pelampau dalam agama Islam. sekarang nampaknya penganut agama lain nampak umno yang tidak bertoleransi dgn agama mereka.

Anak Lenggong 12 September 2009 at 10:21  

Itu lah sebenarnya perlakuan pemimpinpas yang dok berkokok dia lebih islam daripada orang lain..tetapi sebenarnya mereka ni lebih terok daripada cina dap yang kafir tu:.

1. Berselindung disebalik serban..jubah dan janggut sejemput dengan menghalalkan perbuatan menjaja serta menjatuhkan maruah diri calon yang ditentang dlm pilihanraya..tengok lah apa yang terjadi terhadap calon umno di manik urai, bkt gantang dan terbaharu rohaizat di permatang pasir..pak lebai2 melayu pas ini berusaha akan mencari modal untuk memburukkan calon seagama mereka..sekarang kita tengok apa yang terjadi keatas rohaizat dan perempuan yang didakwa isteri rohaizat dan keluarga mereka sesudah pilihanraya selesai...isu ini ilang dari ingatan pak lebai2 tersebut dengan meninggalkan roahaizat dan perempaun yang didakwa isteri serta keluarga mereka menanggung malu disepanjang kehidupan mereka..maruah diri mereka dijaja diserata pelusuk negara oleh puak2 yang mengaku alim dan penganut agama islam yang lebih islam daripada orang lain..

Kepada calon umno dibagan pinang..bersedia lah menghadapi serangan fitnah daripada pak lebai2 ini sebab sekarang ni mereka dah mula mencari isu untuk menelanjangkan bakal calon yang bertanding dengan mereka dibagan pinang..

Anonymous 12 September 2009 at 13:03  

1. Hati-hati dengan isu ini. Ia mungkin boleh 'backfire' BN dan beri kelebihan kepada Pas.
2. artikel ini mungkin berkesan untuk kawasan pedalaman dan ramai melayu seperti Manek Urai berbanding Bagan Pinang yang hampir 40% bangsa india dan cina.
3. Bangsa lain akan melihat Pas lebih toleran ditambah pula dengan isu kuil di Selangor.
4. Artikel di atas juga boleh dipersoalkan. antaranya:
1) kerajaan Pas beri sumbangan RM60 ribu untuk projek tersebut. Soalannya: adakah kerajaan negeri tidak boleh beri sumbangan kepada rakyat beragama lain selain daripada Islam? adakah kerajaan negeri lain seperti Pahang,Melaka,Johor dll tidak memberi sumbangan kpd pembinaan kuil dan tempat beribadat?
2) penulis ada tulis Nabi Ibrahim ada meruntuhkan berhala dulu-dulu. Ya, itu benar. Tapi adakah kita mesti meruntuhkan berhala mereka? sedangkan firman Allah: Lakum dii nikum waliyadiin...
3)ada tak dalil yang menunjukkan Nabi minta supaya rumah atau kuil dibina lebih rendah daripada masjid spt yang ditulis penulis di atas? KLCC?

Saya harap ada sesiapa yang sudi menjawab secara ilmiah tentang persoalan di atas.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling 12 September 2009 at 14:03  

terima kasih. atas link...ini. tp percayalah itu dogeng semata2. bukan krn taksub tp sesiapa sahaja boleh mengaku menulis artikel ini. kalu betul dedahkan individu tersebut. sy yakin benar org yg hanya bercakap melalui hidden identiti adalah bersifat seperti munafik.

ROSHATIKA 12 September 2009 at 16:21  

Dalam luahan ini, siapa penulisnya adalah tidak penting tetapi kebenaran cerita yang dipaparkan.

Bagi mereka yang selalu ke Kelantan akan dapat mengesahkan cerita ini di mana kerajaan Kelantan PAS hanya membina 1 masjid sepanjang 20 tahun pemerintahan berbanding berhala yang semakin bercambah.

Untuk makluman, di Kota Bharu juga telah diwujudkan Pusat Bible di zaman PAS memerintah ini.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP