Wednesday 30 September 2009

JENTERA BN KEDAH TURUN DUN BAGAN PINANG

BARISAN NASIONAL NEGERI KEDAH bermesyuarat petang tadi dan telah menyenaraikan seramai lebih 100 orang untuk turun padang di Pilihanraya Kecil N31, Bagan Pinang.

JENTERA PILIHANRAYA BN NEGERI KEDAH akan sampai pada 3hb Oktober 2009 dan telah berjanji akan bekerja lebih kuat untuk membantu kempen PRK DUN BAGAN PINANG demi memastikan agar BN mengekalkan kerusi DUN 31 Bagan Pinang.

Pihak Barisan Nasional Negeri Kedah kali ini bersedia membawa petugas-petugas yang "CONFIRM" buat kerja dan akan bermastautin di Rumah Pangsa.

Pihak Barisan Nasional Negeri Kedah juga bersetuju dengan calon Pilihan Barisan Nasional Pusat iaitu Tan Sri Mat Isa sebagai calon yang terbaik di PRK DUN BAGAN PINANG. Ini adalah satu kelebihan kepada BN untuk menang pada pilihan raya kecil itu nanti.






9 comments:

Anonymous 30 September 2009 at 19:44  

mai kedah mai..... kami dok tunggu hampa mai ni....

Anonymous 30 September 2009 at 19:46  

bawak mai beras sama.... ikan dah ada....

Anonymous 30 September 2009 at 21:41  

Eee... meluatnya dengan LAGAK anggota Bn ni. Macam takde sempadan.

Bolehlah berlagak menang, sebab undi pos dah menunggu..

Samurai Politik 30 September 2009 at 22:42  

Terima Kasih kerana awal-awal dah tau BN tentu MENANG ....

Detguaq 30 September 2009 at 23:06  

Drpa segheyau kat samurai kot?

(anon 21:41)ketaq dagu ketaq lutut ke?

Samurai Politik 30 September 2009 at 23:19  

Depa bukan ketaq lutut ... DAH MENGAKU DARI AWAL SURE KALAH ... RAMAI BLOGGER MEREKA DAH MULA CARI ALASAN KENAPA PAS KALAH ....

Alasan yang terbaik adalah mereka dalam dilema sekarang .. sebab isu SELCAT di Selangor ...

Mula ISU KUIL ... Pastu ISU BUAH PALA... THEN ISU ARAK ...LANI ISU SELCAT .... DEPA TU ROJAK ... TAK SEDAP DAN CEPAT BASI ...

Anonymous 1 October 2009 at 00:49  

Memandangkan PR sudah cop undi pos sudah ditentukan iaitu lebih 90% hak mutlak BN, maka BN perlu membuktikan yang mereka tetap menang walaupun setelah ditolak jumlah undi pos. Kemenangan undi awam untuk BN akan meningkatkan moral dan martabat BN. Jangan jadi seperti parlimen Setiawangsa di KL atau Kok Lanas di Kelantan, yang mana kemenangan ditentukan oleh undi pos, sementara undi awam BN tewas.

olah 1 October 2009 at 11:44  

Laa apasai panggil Kedah punya jentera,negeri dia org pun tak boleh jaga !nanti berjangkit kat kita no !mampos ! apasai tak panggil sekali dari Selangor,Penang,Kelantan baru meriah !!!bole belajaq dgn depa macammana nak ketaq lutut

Anak Perelih 2 October 2009 at 09:32  

beras pun tak payah bawak... bawak badan saja... semua ditanggung beres... sebab duit rasuah banyak untuk beli semua tu....


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP