Thursday 24 September 2009

ISA.....YES OR NO?

Cerita tentang calon BN yang bakal diletakkan di PRK DUN Bagan Pinang nampaknya terus panas, lebih-lebih lagi selepas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa perlu memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk diletakkan bertanding di situ.

Kenyataan Mahathir itu dah tentulah ada kaitannya dengan ura-ura menamakan bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Abdul Samad, yang pernah disabitkan oleh parti dengan politik wang sebagai calon.

Seperti biasa, ada pendapat yang berbelah bagi dalam hal ini. Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang awal-awal lagi tampil mempertahankan keputusan UMNO Bahagian itu menamakan Isa sebagai calon pilihan mereka.

Beberapa pemimpin di peringkat pusat, termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Noh Omar pula berpendapat, calon yang bersih sahaja tidak cukup untuk menjamin kemenangan kerana apa yang lebih penting ialah kepimpinan dan penerimaan masyarakat setempat.

Lain pula halnya dengan seorang lagi Ahli MT, Datuk Saifuddin Abdullah yang senada dengan Mahathir. Kata Saifuddin, langkah memilih calon yang bersih akan membuktikan UMNO serius membina imej baru yang lebih berintegriti.

Tapi dalam banyak-banyak, pendapat Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan mungkin paling menarik untuk diperhatikan.

Kata Ahmad, seorang pemimpin yang pernah bersalah akibat politik wang masih boleh diberikan peluang jika benar-benar insaf di atas perbuatan tersebut di samping telah menunjukkan kesetiaan kepada UMNO.

Dalam konteks jangka panjang, pandangan Mahathir dan mereka yang senada dengannya memang perlu dijadikan sandaran.

Tapi dalam soal kerusi Bagan Pinang, kepentingan jangka pendek harus diseiringkan. Sebab itu calon yang diletakkan mestilah menepati kemahuan setempat dan calon itu, sekiranya terpilih harus memastikan dia menjadi manusia yang baik, suci dan bersih.

Soal dia pernah melakukan kesalahan adalah perkara yang lain. Seperti kata Ahmad Maslan, yang penting ialah dia menginsafi kesalahannya dan tidak mengulanginya lagi serta mempamerkan taat setia kepada parti.

Isa telah didapati bersalah dan telah pun dihukum oleh parti atas kesalahannya. Dia juga menjalani hukumannya dengan patuh. Jadi menutup terus peluang kepadanya bukanlah sesuatu yang wajar. Dia tidak boleh dihukum berterusan. Islam tidak menganjurkan tindakan seperti itu. Masyarakat juga akan menjadi sangat bercelaru kalau setiap pesalah yang telah dihukum dan telah insaf terus disisihkan.

Sesungguhnya, integriti tidak boleh dibina hanya dengan satu tiang, tetapi mestilah oleh banyak tiang. Dan kesediaan memberikan kemaafan haruslah dijadikan salah satu daripada tiang itu…

http://depa-kata.blogspot.com/2009/09/isa-yes-or-no.html


9 comments:

Cheguman 24 September 2009 at 11:26  

Ketepikan semua kepentingan peribadi dan fokus pada mencapai kemenangan. Kita tidak ada masa untuk berpolemik. Jika betul pengundi (ingat, PENGUNDI bukan hanya kalangan penyokong UMNO) inginkan Isa Samad, teruskan. Jujurlah dalam membuat keputusan. UMNO tidak boleh kalah kali ini. Justeru PRK ini bukan masanya untuk mempertaruhkan nasib.

Beri tumpuan juga pada 30% pengundi bukan melayu. Kaji, apa kehendak sebenar mereka.

Anonymous 24 September 2009 at 14:27  

Saya ada baca satu artikel yang menggelikan hati yang menyamakan kes TS Isa dengan Dr. Mahathir yang pernah dipecat daripada parti kerana mengkritik Tengku Abd Rahman. Sudah tentu dua kes tak sama, kes TDM dipecat kerana menulis Malay Dilemma yang mempertahankan hak melayu, sementara TIS digantung kerana rasuah politik. Dosa rasuah amat besar di sisi Islam, sehinggakan menurut satu hadis, pemberi dan penerima rasuah, kedua2nya dihumban ke neraka pada hari kiamat.

voltaire 24 September 2009 at 14:53  

my oh my!!!

tok pahat 24 September 2009 at 14:54  

kalau terpilih semula Isa, sedaplah pihak lawan menggunakan keperibadian Isa yang serba tercalar. Ingat, undi pos yg memenangkan BN sebelum ini. Kalau proses pengundian cara pos bersih dan tentera membuat swing luar jangkaan, dapat 8-0 lagi BN!! dengar kata Isa kawin secara diam-diam kat luar negara pulak tu.. ini kes sensasi lagi. Kenapa pihak UMNO tak lepas-lepas menerima masalah?
Saya dengar pihak lawan juga sedang mengutip kisah lama Najib di PD ( dgn artis) saya harap Najib jgn turun dan begitu juga Dr Mahathir yg byk musuh kalangan jejuak Isa.Jika Isa tak terpilih, pasti gerak kerja Bahagian T.Kemang akan terjejas. Satu lagi, pengundi atas pagar lebih ramai dari ahli umno. Mereka mungkin membuat pilihan terakhir bila Isa dipilih atau pergeseran berlaku. UMNO jgn berbangga kemenangan dulu sebab bila-bila masa pengundi boleh menjadi hakim. Masalah MIC dan MCA sangat melucukan.

voltaire 24 September 2009 at 15:03  

The Telok Kemang pemuda Umno just missed the fight. You guys should defense Md Isa when he was charged with the corruption....you guys is a bunch of loser.And why you guys comparing Md Isa and Tun Mahathir case,that is totally different isues altogether!do your howework before you speak!.No point of fighting, cause damaged had been done.If Md Isa not selected ,what you guys can do ! I dare nobody will cling to Md Isa after that,The massage that UMNO top leaders wanted to deliver is simple....Sorry to say-Md Isa is no longer relevant to Umno leadership's aspiration.This is the fact,Bagan Pinang should learn their lesson..UMNO Telok Kemang must have an open mind in accepting new leaders,not just peoples who make more damages to the party..if you know what I mean,Look around in our DUN or Bahagian too many "kaki bodek","bodoh sombong",If you want to win these peoples must be purged

Unknown 24 September 2009 at 22:04  

Langkah pertama: bersihkan nama calon.
Langkah kedua: pujuk pengundi memilih calon.

Saya bimbang kita tak sempat selesai langkah pertama, hari mengundiu dah tiba.

Adakah itu sahaja calon yang kita ada?

Batubater 25 September 2009 at 06:19  

Memang betul yang bertanding parti bukan individu...apa2 pun harap kali ini majlis tertinggi buat keputusan pakai kepala otak bukan pakai kepala lutut!

Unknown 26 September 2009 at 01:47  

if isa stands, he will get support from indian voters for sure. i know many indians in ns who look up to him.

mack 28 September 2009 at 09:42  

UMNO/BN DENGAN PAS BERTANDING DIBAGAN PINANG JADI PENENTU SPR SUDAH SIMPATI DENGAN UMNO/BN MAKA BUATLAH PENAMAAN HARI SABTU MENGUNDI HARI AHAD HARI CUTI PASTI AKAN RAMAI PERGI MENGUNDI TAK MACAM MANIK URAI ATAU PERMATANG PASIR HARI BEKERJA SUPAYA UMNO/BN MENANG BERGAYA TAPI MALANG NYA KUASA ALLAH JADI PENENTU UMNO/BN KALAH LAGI MACAM MANA KALI INI.MUNGKIN UMNO/BN SUDAH BERFIKIR MACAM MANA NAK BAGI UNDI POS KANTUNG BN

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP