Monday 14 September 2009

Nik Aziz – harapan untuk melihat UMNO berkubur sejak tahun 60an


Harapan sejak tahun 60an lagi, untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti.

Nik Aziz berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.



"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama."

"Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana" ujar beliau.
KLIK


Nik Aziz lupa, bukankah PAS itu hanya sebuah parti yang menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa memerintah ?

UMNO bukan menentang Islam, UMNO menentang PAS yang terlalu banyak membuat perpecahan dikalangan umat Melayu Islam di Malaysia.

Nik Aziz sudah lupa, sebelum wujudnya Islam, terlebih dahulu wujudnya kaum atau bangsa yang mendukung Islam itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud ;


“Allah SWT tidak mengutus seorang nabi melainkan dalam benteng dan perlindungan dari kaumnya” (Hadis riwayat Hakim).

Mustahil Nik Aziz tidak tahu, kepentingan bangsa dalam mempertahankan Islam khususnya dalam konteks membentuk Negara seperti yang dapat dilihat dalam ‘Piagam Madinah” yang menjadi asas pembentukan Negara Islam pertama.

Dalam ‘Piagam Madinah” ini ada menyebut :

“Ini adalah piagam antara Nabi Muhammad SAW dengan orang-orang Islam yang terdiri daripada kaum Quraisy dan Yathrib (Madinah) serta orang-orang yang mengikut mereka, lalu berada bersama mereka dan berjihad bersama mereka. Mereka merupakan satu umat (ummatan wahidah), yang berbeza dari umat-umat yang lain.

Orang-orang Muhajirin yang terdiri daripada kaum Quraisy kekal dengan adapt mereka, iaitu mereka saling bertanggungjawab antara mereka dalam membayar diat, menebus orang yang ditawan dengan cara yang baik serta adil di antara orang-orang Muslim.”

Kalau dilihat dari piagam tersebut, bahawa sekalipun umat Islam keseluruhannya satu ummah, namun perbezaan suku kaum serta adat istiadat masing-masing tetap diambil kira dalam pembentukan Negara.

Tidakkah Nik Aziz nampak bahawa cirri-ciri kebangsaan sesuatu bangsa itu merupakan antara unsure-unsur yang membentuk kekuatan dan keutuhan di samping keimanan dan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam ?

Bekas Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Asri dalam buku “Meniti Arus” telah mengambarkan bahawa rangka memperjuangkan Islam, keutuhan dan kekuatan bangsa yang menganut dan mendokongnya adalah sangat penting.

Dalam buku tersebut Allahyarham Dato’ Asri ada menyebut ;
“ Islam itu tidak boleh diletakkan di atas pokok, di gantung di dahan kayu atau dilekatkan di atas dinding (macam gambar Nik Aziz). Ia mesti ada pendukungnya. Dan dalam konteks Negara kita Malaysia, pendukungnya adalah orang Melayu. Ini bermakna, Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Dari sudut yang sama, Islam akan menjadi kuat dan utuh serta terjamin masa depannya di Negara ini hanya jika kedudukan dan masa depan orang Melayu itu sendiri terjamin”.

Tidak dinafikan cakap politik Nik Aziz,
“Islam milik Allah, sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat”.

Bukankah, memperjuangkan bangsa Melayu serta memertabatkan bangsa Melayu juga memertabatkan agama Islam itu sendiri, lainlah kalau ada Melayu yang tidak mengakui bahawa dia penganut Islam atau dia berbangsa PAS yang beragama Islam.

Apakah salah kalau UMNO memperjuangkan bangsa Melayu seterusnya Islam sebagai agamanya ?

Bukankah Rasulullah SAW ada bersabda di dalam khutbah hari nahar di Mina sewaktu melakukan haji Wada': "Sesungguhnya darah kamu, harta benda dan kehormatan kamu adalah suci, haram dilanggar seperti sucinya hari ini, bulan ini, dan negerimu ini." (Riwayat Bukhari)

Kerana terlalu berhajatnya Nik Aziz melihat UMNO berkubur kerana memperjuangkan bangsa Melayu yang beragam Islam, Nik Aziz lupa akan firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat yang bermaksud ;

“Wahai orang orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok olokkan kaum yang lain(kerana) boleh jadi mereka (yang diolok olokkan) lebih baik dari mereka (yang megolok olokkan) dan jangan pula wanita wanita (mengolok olokkan ) wanita wanta yang lain (kerana) boleh jadi wanita (yang mengolok olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman; dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka ituah orang orang yang zalim”. Ayat ke 11.

Oleh kerana bernafsunya Nik Aziz ingin melihat orang Melayu hancur berkubur bersama UMNO, Nik Aziz bersekongkol dengan DAP yang terang-terangan menghina Islam, sehinggakan Nik Aziz lupa akan firman Allah dalam surah Al Ma’idah ;

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman." Ayat ke 57

Nik Aziz, apakah kerana terlalu ghairahnya hendak mengkuburkan bangsa Melayu UMNO, Nik Aziz sedia meminta pertolongan puak-puak kafir untuk mencapaikan cita-cita, sehingga sanggup menyatakan ‘pergi jahanam dengan UMNO’ kerana mengajak untuk perpaduan.

Nik Aziz lupa atau sengaja menyembunyikan akan firman Allah dalam surah Al Anfaal ;

"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." Ayat ke 73

Janganlah Nik Aziz terlalu takbur dengan hajat hendak melihat orang UMNO berkubur sehingga menjadi sombong dan angkuh, jangan terlalu bangga dengan sokongan DAP untuk melenyapkan UMNO.

Nik Aziz lupa akan firman Allah SWT yang melarang hamba-hambaNya berbangga diri ?

Allah swt telah berfirman di dalam surah Luqman, ayat ke 18 ;

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang sombong lagi membanggakan diri"

Untuk mencapai cita-cita, Nik Aziz sanggup menanamkan rasa kebencian dikalangan umat Melayu Islam, terhadap orang Melayu UMNO yang juga beragama Islam, sedangkan Rasulullah SAW juga melarang umatnya membenci sesama Islam, sebagaimana sabdanya:

"Janganlah kamu menampakkan kebencian kepada saudaramu sehingga Allah akan mengasihinya dan menimpakan bencana kepada kamu." (Riwayat Tirmizi)


Kalau inilah perjuangan Islam PAS bersama Nik Aziz, yang hanya ingin melihat orang Melayu UMNO berkubur, insyaAllah, UMNO akan terus kukuh dengan perjuangannya membela serta memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam.

4 comments:

Cheguman 14 September 2009 at 23:12  

Syabas. Hujah yang mantap.

oyabun 14 September 2009 at 23:59  

Salam..

ADA tanggapan sebahagian orang bahawa janganlah ditegur Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat walaupun beliau mengeluarkan kenyataan salah dan liar. Diamkan sahaja.

Kononnya jika ditegur juga maka lagi kuat penyokong Pas bertindak balas kerana imejnya yang menonjol sebagai Tok Guru. Dengan kata lain, Nik Aziz tidak boleh disentuh sama sekali.

Apakah perlu sama terikat dengan tanggapan itu sedangkan Nik Aziz makin banyak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar? Sudah tentu tidak, tidak boleh berdiam. Yang salah mesti disanggah apatah lagi melibatkan soal kepentingan Islam.

Berdasarkan maklumat yang diterima, sebahagian ahli dan penyokong Pas juga tidak senang dengan satu demi satu kenyataan liar Nik Aziz yang hanya memburukkan imej parti itu. Kata kesat beliau ''pergi jahanam sama UMNO" dan kenyataannya bahawa tidak salah DAP menghina Islam, cukup membingungkan.

Belum reda isu itu beliau menyatakan pula penyokong UMNO tidak akan masuk syurga, yang kemudian mengundang bantahan umat Islam termasuk Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Malah ada pemimpin Pas antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib secara terbuka tidak bersetuju dengan Nik Aziz. Menurut Harun, peluang masuk syurga adalah urusan Allah dan ia tidak bergantung kepada parti yang disertai.

Sesungguhnya sudah tercatat dalam sejarah Islam tentang beberapa kisah tok guru dan ulama yang sama ada sedar atau tidak sedar, telah mengkhianati agamanya sendiri. Dari semasa ke semasa, Islam bukan sahaja menghadapi serangan dan ujian daripada kalangan musuh Islam malah daripada segelintir ulama yang mempergunakan agama untuk kepentingan tertentu sehingga mengakibatkan kekeliruan dan perpecahan ummah. Golongan inilah yang memudaratkan Islam. Jadi mengapa kita harus gusar untuk menyanggah golongan begini?

Dalam kes Nik Aziz, rakyat percaya beliau tidak berniat untuk menghina dan memudaratkan Islam tetapi tindak-tanduknya sudah dilihat begitu. Pada pengamatan rakyat, masalah dengan Nik Aziz adalah ego dan riaknya sebagai seorang ulama. Itulah juga masalah dengan segelintir ulama, kerana ego mereka sanggup memperjudikan Islam.

Untuk berlaku adil, buatlah kajian tentang Nik Aziz sejak beliau menjadi Menteri Besar. Berapa banyak kenyataannya yang meragukan dan tidak berasaskan ajaran Islam sebenar?

bersambung..

oyabun 14 September 2009 at 23:59  

sambungan..

Dalam pada itu, rakyat ingin bertanya Nik Aziz tentang peranan yang UMNO mainkan selama ini dalam menegakkan Islam bermula dengan menulis perlembagaan negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi sehinggalah kepada pembangunan syiar Islam. Masyarakat Islam dunia turut mengakui dan mengiktiraf Malaysia sebagai model negara Islam. Kelahiran Tabung Haji, Universiti Islam, Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam, sekolah-sekolah agama dan banyak lagi yang kerajaan BN pimpinan UMNO telah lakukan atas nama pembangunan Islam.

Itu belum bercakap tentang pembinaan puluhan ribu masjid dan surau. Di Kelantan sendiri, lebih 500 masjid dibina oleh kerajaan UMNO. Menurut maklumat hanya sebuah masjid yang kerajaan Pas bina. Apa maknanya ini semua sedangkan Nik Aziz sudah memerintah Kelantan lebih tiga penggal? Apakah usaha UMNO ini tidak Islamik dan penyokong UMNO dinafikan ke syurga berdasarkan tafsiran beliau?

Rakyat bimbang pendekatan Nik Aziz bukan sahaja akan melemahkan Islam malah menakutkan orang bukan Islam yang mahu berjinak-jinak untuk memahami dan menerima Islam. Islam mesti dipromosikan dengan pendekatan sederhana, bijaksana dan toleransi sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhamad SAW.

Lebih ramai bukan Islam memeluk agama Islam di negara ini bukannya kerana peranan Pas apatah lagi Nik Aziz sebaliknya kerana UMNO. Sama ada suka atau tidak untuk diakui, itulah hakikatnya

Lebih ramai bukan Islam tertarik menyertai Islam di bawah teraju kepimpinan UMNO terutama ketika zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir Mohamad yang melaksanakan pendekatan sederhana dan progresif.

Dalam kaitan ini, UMNO yang lebih dominan tentu ada kelemahan yang boleh diperbaiki dan Pas yang jauh tercicir dalam sumbangan kepada pembangunan Islam, boleh dilonjakkan pencapaiannya. Carilah titik penyatuan terutama dalam isu-isu kepentingan umat Islam. Tetapi menghina, memburukkan dan memperlekehkan sesama orang Islam bukan caranya. Apa pun pintu taubat dan memohon kemaafan masih terbuka luas untuk kita semua lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Itu pun jika kita tidak dicengkam ego dan riak. Wallahuallam.

Salam perjuangan..

AnTi AljUbuRi 15 September 2009 at 02:23  

Itulah hakikatnya... semua yang baharu pasti akan binasa.

Sudah 50 tahun Nik Aziz mengharap...

Pada jangkaan aku dialah yang akan berkubur dahulu sebelumnya berkuburnya umno !!


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP