Saturday 12 September 2009

DITENDANG KELUAR !


















2003 : TUN MAHATHIR ISYTIHAR MALAYSIA NEGARA ISLAM, BILA AGAKNYA PAS NAK ISYTIHAR KEDAH & KELANTAN NEGERI ISLAM.

1. PERTEMUAN dalam suasana muhibbah penulis dengan Ketua Penerangan PKR, YB Tian Chua memberikan beberapa anekdot yang menarik untuk dikongsikan bersama.

2. Sebelum itu, Lim Kit Siang Setiausaha Agung DAP membayangkan ketakutannya jika Pakatan Rakyat tidak berjaya meneruskan kerjasama mereka sehinga PRU-13 berikutan beberapa masalah yang melanda Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diperintah sekarang.

Datuk Mustapha Ali sangat kecewa dengan ulasan Lim Kit Siang itu kerana ia memberikan gambaran kelemahan Pakatan Rakyat.

3. Dalam pertemuan dengan YB Tian Chua, beliau menceritakan cabaran di Parlimen Batu yang terdiri daripada masyarakat Cina kaya dengan masyarakat Cina miskin, masyarakat India dan Melayu. Dalam hal tersebut, YB Tian Chua mengakui masalah bajet akibat daripada masalah ekonomi global yang turut melanda negara kita.

4. . Apa yang menariknya, YB Tian Chua menyatakan bahawa beliau tiada masalah jika PAS berniat menubuhkan negara Islam, beliau tiada masalah jika PAS sekadar bercakap mahu melaksanakan Hukum Hudud, tetapi jangan melanggar garisan yang telah dipersetujui mereka.

Persetujuan itu ialah Tidak boleh menubuhkan negara Islam dan tidak boleh melaksanakan Hukum Hudud. Jika sekadar berkempen, menulis, bercakap ya silakan kerana itulah cita-cita parti PAS tetapi bersama Pakatan tidak boleh dilaksanakan dan tidak boleh dibuat.

JIka dibuat , maka YB Tian Chua menyatakan ketika itu PAS akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat...

5. Jika begitu, nampaknya PAS dipaksa dan terpaksa beretorik sahajalah...Terimakasih kepada YB Tian Chua kerana menjelaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Sesuailah YB Tian Chua jadi Ketua Penerangan.

Tolong berikan komen yang berguna untuk Agama, Bangsa Dan Tanah Air.

Jentayuabaka
Suara Politik Taminsari

2 comments:

hanizam 12 September 2009 at 15:08  

aku rasa PAS ni digunakan bila diperlukan saje...dalam erti kata, jadi "kacau daun" untuk PR menang dalam sesuatu pilihanraya...

sedarlah pemimpin PAS, anda hanya diper"LEMBU'kan oleh sekutu anda sendiri...mahu bersatu demi agama, anda menolak secara total...sungguh menyedihkan sikap pemimpin PAS...hanya untuk mengekalkan kuasa, sanggup jadi pak turut DAP & PKR...jangan sampai kena carai talak tiga...malu sendiri nanti...

moga ALLAH membuka hati-hati mereka ini..pertahan maruah agama, bangsa & tanahair kita ini...

AnTi AljUbuRi 13 September 2009 at 00:43  

KAH KAH KAH ...

Tak tahu nak cakap macam mana!

Ada Mursyidul, ada Dewan Ulamak ..bercakap pasal siasah syaraiyah..mudharat besar dan mudharat kecil ..

Mungkin dalam kitab kuning tak ada sebut Democratic Action Parti - tu yang tak kenal ... sampai tersasul dan tersekongkol !!!

Namun talak satu aku dengan PAS tetap aku anggap sah!!

Bila mereka nak daftar Pakatan Rakyat? Siapa pengerusinya? Tentulah Al Juburi - ulamak mana layakkan! Timbalan Pengerusinya siapa?? Hadi atau Lebai Kapal?? TG Kit Siang nak letak kat mana??

Nahkoda Aziz nak letak kat mana pulak?? Buat malu Islam jer bila tok guru duduk bawah al juburi yang diakui oleh Sukma, Mior, Khairnay, Azizan dan Saiful Bukhari sebagai peliwat mereka!!!!

Malulah sikit kat jubah dan serban yang ko pakai tu !!!


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP