Wednesday 9 September 2009

Awas Politik Kotor Pakatan Rakyat


PAS Negeri Sembilan bersama Keadilan Rakyat dan DAP bersiap sedia melancarkan serangan peribadi terhadap siapa jua calon pilihan UMNO.

Antara langkah awal adalah dengan cuba mengenengahkan isu kem-kem dalam UMNO Negeri Sembilan. Kononnya Menteri Besar tidak sehaluan dan yakin dengan Tan Sri Isa Samad dan jika Tan Sri Isa yang dipilih dan menang, adakah Tan Sri Isa hanya akan menjadi ADUN sahaja. PAS cuba menarik Dato Ishak Ketua UMNO Bahagian Seremban untuk terlibat sama dalam isu ini.

Pembangkang cuba menimbulkan perasaan prejudis antara Menteri Besar YAB Dato Seri Mohamad Hasan dengan Tan Sri Isa Abdul Samad dan para penyokong mereka. Ini bertujuan untuk melemahkan jentera kempen Barisan Nasional seamasa pilihan raya nanti.

Sumber dalaman PAS N9 juga menyatakan bahawa PAS Negeri Sembilan mengakui kekuatan UMNO di Bagan Pinang dan pengaruh Tan Sri Isa yang masih kuat di kawasan itu.

Maka jentera pilihan Raya Pas sudah menyediakan pasukan gerak saraf mereka untuk menyerang peribadi Tan Sri Isa ataupun beberapa nama calon BN yang sedang diperkatakan ketika ini. Mereka sedang mengumpul maklumat, dan jika Tan Sri Isa yang dipilih, maka antara isu utama yang akan dibangkitkan adalah isu Politik wang semasa Tan Sri Isa memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dahulu serta beberapa isu lama yang lain ketika Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu. Jika saudara Najib yang dipilih, isu nepotisme pula akan dibangkitkan, Tan Sri Isa menaikkan anak beliau sendiri.

Sumber dalaman PAS itu juga mengakui bahawa isu-isu tempatan adalah kurang untuk diketengahkan kerana pembangunan sememangnya banyak dan berada dalam keadaan baik di situ, jadi mereka hanya mempunyai modal dengan menyerang peribadi calon BN supaya para pengundi merasa marah dan benci pada calon BN tersebut dari awal kempen sekaligus memberi undi pada PAS.

Apa yang menariknya, orang-orang kuat PAS itu juga mengakui bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim mengagumi Tan Sri Isa dan mengakui kehebatanya selama menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu.

Awas perangkap dan taktik kotor mereka.

5 comments:

REMBAU NEWS 9 September 2009 at 08:54  

Antara tohmahan dan cerita berulang2 yang akan didengari dari PR adalah seperti berikut.

1. Rasuah - Hari2 cakap pasal rasuah, buktikan dengan fakta dan jangaan hentam kromo sahaja
2. Isu akhlak dan moral - Macam depa tinggi nilai moral (PKR tak kisah seks bebas di kalangan pemimpin yang hidup atau telah mati)
3. Isu negara Islam - Yang ni PAS je la yang cakap, itupun pada pengundi Melayu. Bagi la DAP cakap pulak.
4. Kerupsi - Agak-agaknya, macam mana anwar tu boleh hidup senang lenang hingga kini.
5. Isu kepimpinan - dalam PKR, DAP dan PAS pun tunggang terbalik, jadi tak perlu la tuduh UMNO macam2.
6. Orang yang sokong UMNO ISLAM PALSU - Kes maksiat dan sumbang mahran masih juga berlaku di Serambi Mekah, so bukan salah parti, silap manusia sebab dia tak nak jadi baik. Orang pakai ketayap pun buat maksiat.
7. Undi Hantu - Kita cabar PR senaraikan hantu2 tu, silap2 haribulan, hantu tu datangnya dari kubur mereka.
8. Undi POS - Orang Kerajaan hidup senang di bawah kerajaan BN, jadi memang patut mereka undi BN.
9. Pertelagahan antara pemimpin - perbezaan pendapat itu biasa di antara makhluk ciptaan Allah, tak caya tanya Nik Aziz dan Tn. Guru Hj Hadi.
10. BN bukan pilihan rakyat - Buka matala PR, BN masih memerintah dan masih majoriti sebab majoriti rakyat berada di sebelah pihak BN, itu fakta..

Nanti kita sambung lagi..

www.rembaunews.blogspot.com

Unknown 9 September 2009 at 09:01  

hoi... paisal sya rasa kalu nok bodek UBN tok payoh nok promote laman ni sbb kalu tgk pada surat kaba,tb1,tb2,tb3,tiap kali p/raya media spt ini akan memaparkan puok2 bn adalah tebaik-dan teragung sepatutnya dgn pendedahan spt ini BN menanag dgn setiap kali p/raya .jadi PUOK BN tok payoh guna bloglah,,,wat bazir byar bill...sya kalu tgk tb dan baca paper terima maklumat bulat2 shaja mati hidup balik takkan sya sokon PKR///

REMBAU NEWS 9 September 2009 at 09:12  

Untuk mengelakkan bewok percaya bulat2 berita dalam media semasa, maka layarilah laman ini sebagai maklumat tambahan..

Lagipun En. Bewok amat berminat dengan apa yang dipaparkan dalam blog ini, kalau tak takkan nak komen lagi lepas ni kan..

Selamat melayari laman ini, dan selamat berpuasa..

ghostWRITER 9 September 2009 at 10:44  

DAP nak jadikan Malaysia sebagai Negara Republik, bukan Negara Islam macam PAS nak... PKR serpihan UMNO... macamna PR nak pimpin negara?

Generasi Pejuang Bangsa 9 September 2009 at 12:00  

kita sepatutnya bersiap sedia skrg dan jgn ulangi lagi spt mana berlaku di Prmtg Pasir.kita terlalu defensif kerana mereka attack isi peribadi calon kita.

jadi, sy harap ia tidak berulang di bagan pinang .sy harap rakan2 semua dpt bongkar segala taktik mereka di laman blog Dun Bagan pinang agar semua jentera kita lebih bersedia terutama Penerangan yg diketuai Ahmad Maslan .


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP