Saturday 26 September 2009

Awas !!! ada 'mata-mata PAS' dalam kem Tentera dan balai Polis


PAS mempunyai penyokong-penyokong di kem tentera dan balai polis yang akan bertindak sebagai ‘mata-mata’ parti itu untuk memantau kempen-kempen BN ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Begitulah kata-kata Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS, yang juga mendakwa individu-individu berkenaan termasuk pegawai tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan.

Pelik ada, hairan ada, lucu ada, nak tergelak pun ada dengan perangai-perangai pemimpin munafik PAS Khawarij ini dalam saat-saat menghadapi PRK Bagan Pinang akan datang.

Dalam masa pakar fitnah PRK, Mahfud PAS Khawarij sedang tercari-cari isu fitnah, pemimpin-pemimpin Pemuda PAS Khawarij mengeluarkan pelbagai-bagai kenyataan untuk menafikan kemenangan UMNO-BN di DUN Bagan Pinang.

PAS Khawarij ini seolah-olah sudah merasakan kekalahan di Bagan Pinang, jadi awal-awal lagi telah mencari alasan kekalahan mereka dari pengundi-pengundi POS.

PAS Khawarij memang jenis muka tidak malu, mereka inilah yang banyak menghina anggota-anggotaPolis dan Tentera dengan perbagai cacian termasuk perkataan ‘anjing suruhan’, pengamal rasuah dan macam-macam lagi.

Tetapi apabila untuk memancing undi, ada pula pihak-pihak PAS Khawarij, PKR pengkhianat dan DAP komunis ini mendakwa mempunyai ‘mata-mata’ dan penyokong dari kalangan anggota Polis dan Tentera.

Kalau benarlah seperti yang di dakwa oleh PAS Khawarij, PKR pengkhianat dan DAP komunis ini, kawan rasa anggota Polis dan Tentera yang berkenaan memang tidak ada harga dan maruah diri, selaku anggota yang dilatih bersemangat juang, berdisplin, taat setia dan tegas dalam menjalankan perintah, mereka juga ada maruah diri. Apakah mereka ini sedia menjual maruah diri dengan mengundi PAS Khawarij setelah dihina dan dicerca ?

Sebagai seorang anggota Polis atau Tentera, mereka telah diserap nilai-nilai setia dan menurut perintah, mereka adalah tulang belakang kepada kerajaan dan Negara. Kesetiaan mereka kepada pemimpin Negara dan pemerintah tidak boleh diganggu gugat oleh anasir-anasir yang membuat mereka belot kepada kesetiaan mereka.

Pengundi-pengundi DUN Bagan Pinang bukan sahaja dari Polis dan Tentera sebenarnya bukan dari golongan yang jumud pemikiran, mereka sudah banyak menyaksikan bagaimana pengkhianatan-pengkhianatan bangsa, agama dan Negara yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS Khawarij dan PKR pengkhianat, apabila menjadi barua kepada DAP komunis ini. InsyaAllah UMNO-BN akan mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang……..


5 comments:

voltaire 26 September 2009 at 13:02  

Jang oiii...bukan macam tu nak raih undi,kita dah ikut rentak diaorang ni.hati2 sikit nak tulis,polis dan tentera bukan nya jenis bodoh dan ikut telunjuk.Mereka pun ikut perkembangan dan mempunyai pendirian politik tersendiri.Jangan main ikut "sifir" lama

YANG GAMBI 26 September 2009 at 19:55  

Sdr voltarie, Kalau macam tu, tak perlu lagi duduk dalam anggota keselamatan negara, masuk politik je lah..., buat apa membiarkan diri dikerah diperintah oleh kerajaan yang anda tidak suka, kenapa mesti membiarkan diri kita menjadi pembelot kepada pemerintah yang ada....

Saya menulis berdasarkan pengalaman saya di dalam anggota keselamatan juga, kalau sudah tidak mahu menurut perintah, letak jawatan sahaja jangan membiarkan diri anda di dalam golongan 'anjing' seperti yang dikatakan PAS, PKR dan DAP....

voltaire 26 September 2009 at 23:57  

Dear oh dear,you missed my point,Be professional in your writing dont underestimate the police and arny intellegent,Have a respect in them.They are loyal to the "govermant of the day" not to the political party.Why we want to worry if PAS have "mato mato" in the force,If we believe in our cause and fight,they will be on our side.And for your info I always trust that our system is tranparent and fair to all.Dont let your article mislead the people who suppose to vote for BN

Unknown 27 September 2009 at 04:12  

Salam:-

Kepada Polis:-:MASIHKAH KAU INGAT?

Juak-juak manakah yang membakar motosikal polis di Kg. Baru di awal reformasi dulu?

Juak-juak manakah yang tergamak menggelar kamu sebagai anjing?

Juak-juak manakah yang menggelar bos kamu sebagai bapak anjing?

Juak-juak manakah yang sehingga sekarang masih membela si penjenayah Kugan ?

Kepada tentera: MASIHKAH KAU INGAT?

Juak-juak manakah yang memberikan geran tanah 999 tahun kepada cucu cicit komunis di kg.-kg baru?

Juak-juak manakah yang memperlekehkan pengorbanan teman-teman kamu yang bertarung nyawa menentang Bintang 3 dulu?

Juak-juak manakah yang membentuk kumpulan hadapan menyokong Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?

Kepada polis dan tentera: MASIHKAH KAU INGAT?

Batubater 28 September 2009 at 06:23  

Selama ini Pas dan Pakatan HARAM pembangkang sering melabelkan anggota beruniform di Malaysia seperti Polis, FRU, Rela dan juga Askar sebagai TALIBARUT kerajaan. Malah ada juga di gelar ANJING kerajaan kerana melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka. Kini di Bagan Pinang, Pas dan Pakatan HARAM pembangkang secara TAK TAHU MALU kembali menagih undi dari anggota beruniform ini

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP