Sunday 13 September 2009

Anwar perlu serah pingat !




















Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyerah kembali semua anugerah pingat kebesaran diterima kerana perlakuan politiknya yang mengkhianati perpaduan orang Melayu. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Ketua Pembangkang itu juga sebenarnya sedar bahawa beliau tidak sepatutnya menggunakan gelaran 'Datuk' atau 'Datuk Seri' kerana perlakuannya yang mengguris hati raja-raja Melayu.

Terbaru katanya, Anwar terus menghina institusi istana apabila dengan angkuh mengatakan rela anugerah 'Datuk' dan 'Datuk Seri' padanya ditarik balik berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat Melayu.

"Dalam krisis politik Perak sebelum ini, Anwar dilihat merestui perbuatan biadab Karpal Singh menghina Sultan Perak.

"Beberapa hari lalu, beliau sekali lagi melukai hati raja-raja Melayu apabila berkata pingat itu tidak akan diserah, sebaliknya diletakkan di pagar supaya boleh diambil balik.

"Hanya individu biadab dan mengkhianati bangsa yang sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu mendakwa, Anwar dalam ceramah politiknya di Permatang Janggus menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir baru-baru ini berkata bahawa beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran yang diterimanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau memberitahu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail agar tidak menyerahkan gelaran itu tetapi hanya perlu meletak di pintu pagar untuk diambil balik oleh pihak berkaitan.

Syed Ali menambah, kenyataan yang dibuat Anwar itu adalah biadab, sombong dan tidak menunjukkan beliau sebagai pemimpin bermoral.

Suara Politik
Taminsari

1 comments:

YANG GAMBI 14 September 2009 at 06:42  

Salam, kawan setuju sangat dengan pandangan tuan, bukan setakat pingat sahaja, tetapi kerakyatan juga perlu ditari dari Anwar 'pengkhianat negara'....


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP