Wednesday 9 September 2009

Agenda Menafikan Ketuanan Islam

Setelah 7 kali kawasan yang diwakili pembangkang menjadi kosong berikutan kematian atau perletakan jawatan maka kali ini kawasan BN pula bakal menyaksikan pilihanraya kecil (PRK).

Barangkali pemilihan kali ini akan lebih terasa debarannya bahkan sudah ada yang menganggap PRK ini bakal mencerminkan sokongan sebenar rakyat samada terhadap BN ataupun pembangkang.

Jika dilihat pada statistik,
majority pengundi adalah terdiri daripada kaum Melayu iaitu sekitar 66%. Pengundi cina mewakili lebih 20% dan selebihnya adalah pengundi kaum India. Pada pilihanraya terbaru (PRU12) UMNO yang mewakili BN mendapat majority 2333 undi menewaskan pencabarnya.

Jika mengikut pada tradisi PRK, para pengundi akan memulangkan kerusi kepada parti yang memegangnya sebelum itu Ertinya cuma orangnya sahaja yang berubah manakala parti tetap sama. Persoalannya, adakah teori tersebut masih berjalan tambahan pula dalam keadaan BN yang dilihat tidak begitu stabil?

Jika PRK di tempat-tempat lain sebelum ini boleh dijadikan petunjuk maka BN wajar berasa gusar. Manakan tidak, semasa PRK Bukit Gantang kita dapat saksikan secara solid undi kaum cina berpihak kepada PAS (di Kuala Sepetang majoriti pengundi adalah Cina dan semasa pengiraan didapati hampir 2000 undi di situ menyebelahi PAS).

Begitu juga di Permatang Pasir didapati sebuah peti undi dari kawasan Cina, hampir kesemuanya (1800 undi) diberikan kepada PAS juga,

Bagaimana pula dengan pengundi kaum India? Saya percaya ia tidak jauh berbeza dengan pengundi Cina.

Sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, terdapat lebih 30% pengundi bukan Melayu berada di Bagan Pinang. Itu sebabnya saya katakan bahawa UMNO wajar berasa gusar.

Kenapa kaum bukan Melayu begitu berminat kepada pembangkang? Teruskan mengikuti blog ini kerana itulah antara perkara yang kami akan kupas dari semasa ke semasa.

Oleh:
Demang Lebar Daun

3 comments:

Batubater 9 September 2009 at 19:08  

satu kupasan yang agak menarik...

Batubater 9 September 2009 at 19:41  

Pilihan Raya 2008
- PAS hanya menang di tiga daerah mengundi iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Ketiga-tiga kawasan itu adalah majoriti pengundi India.

PAS kalah paling teruk
- Undi undi pos. Dari 5, 191 kertas undi yang dikeluarkan, PAS hanya mendapat 1,189 undi manakala calon BN 3,080 undi.

PAS paling banyak menang
- Ladang Aterton di mana calon PAS menang dengan majoriti 84 undi.

Nampaknya pengundi India harus diberi perhatian memandangkan kes kepala lembu akan di mainkan oleh puak pembangkang

Cheguman 9 September 2009 at 21:46  

Padangbola,
Terima kasih dan saya juga bersetuju dengan saudara. Malah kita lihat di Manek Urai yang majoriti pengundi adalah Islam maka UMNO cuma kalah 65 undi sahaja. Satu tamparan hebat untuk pembangkang.

Saya yakin, beberapa isu mutakhir akan membuka mata pengundi Bagan Pinang untuk terus menolak pakatan pembangkang.


Sila layari Channels N31

Blog Archive

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP